
Read more...



masa akan terus berlalu, usia akan terus tua. hari akan terus berubah. tetapi adakah kita berapa di pada waktu yang sepatutnya? Tahun Baru Hijrah sudah bermula. Tahun Baru Masihi bakal menjelang tiba. apakah azam kita sudah diperbaharui? persoalan yang paling penting, apakah azam tahun lepas sudah kita penuhi? andai sudah terlaksana Alhamdulillah. semoga usaha terus maju ke hadapan. andai belum terlaksana, percayalah perjalanan kita masih panjang. masih belum terlambat untuk terus melangkah. tapi pastikan kita melangkah ke arah yang betul.

hari ini aku sungguh gembira, entah mengapa. alangkah indahnya jika setiap hari begini. sehinggakan aku telah membeli beberapa buku bacaan dan beberapa buah daripada itu Aku hadiahkan kepada sahabatku. bagiku, aku seorang yang malas membaca tetapi ingin aku ubah sifat itu. mungkin ini satu permulaan dari perubahan yang ini ku buat dalam hidupku. semoga apa yang ku impikan ini menjadi kenyataan apabila tahun ini berakhir.
baiklah, masa untuk ber'blogging' sudah tamat. ingin ku luangkan masa dengan menbaca buku-buku ilmu. akhir sekali, ingin ku kongsi kan moto tahun baru ku iaitu:
"STUDY HARD, WORK HARD, PLAY HARD AND PRAY HARDER"
Read more...
-keindahan cipataan Ilahi-
-permainan Naga Air-

-khusyuk mendengar pengisian-
-pose sebelum pulang-
-peserta-peserta rehlah-
Waallahu 'alam.. (^^,)
gambar kredit kepada Akhi Zahid Zuhri
syukran akhi .. :)
Read more...
-Laskar Mentari-
Peserta Rehlah
Dengan Nama-Mu yang Maha Pemurah dan Maha Pengsihani...
Sudah sekian lama aku tidak menambah cerita-cerita baru di ruang luahan hati dan minda ku ini. alasannya tidak lain dan tidak bukan diriku asyik 'buzy' memanjang dan mood yang tiada selera untuk ber'blogging'..

Di antara tujuan perniagaan diwujudkan ialah memenuhi tuntutan agama. Ini sesuai dengan tujuan syari'at diturunkan. Syari'at Islam diturunkan untuk memenuhi tahap dharuriyyah(keperluan asas) manusia yang didefinasikan sebagai pemeli-haraan 5 perkara asas untuk kehidupan manusia iaitu:
1.AGAMA
2.NYAWA
3.AKAL
4.KETURUNAN
5.HARTA
Oleh itu Islam mengharamkan mafa'sid (segala yang boleh memberi kesan negatif keatas salah satu atau kelima-lima perkara ini) dalam kegiatan perniagaan kerana jelas ia boleh memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian dharuriyyah iaitu pemeliharaan kelima-lima perkara ini. Umpamanya, arak diharamkan oleh Islam.
1. Kita boleh memahami rasionalnya dengan menganalisa kesan negatif arak terhadap agama, nyawa, akal, ketu-runan dan harta manusia.
2. Apabila ianya boleh menjejas perkara-perkara ini ia akan merosakkan kehidupan bermasyarakat, menjejas ketahanan masyarakat dan nasib masa depan generasi akan datang.Perceraian, homoseksual, anak luar nikah, jenayah serta ketidakstabilan politik akan berleluasa.
3. Apabila perkara yang mafa'sid ini ditegah dan tidak dibenarkan untuk diperniagakan atau di keluarkan maka akan lahir masyarakat yang sihat, berakhlak mulia, produktif dan berkualiti tinggi.
Oleh itu kegiatan perniagaan dalam Islam adalah satu ibadah yang sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan kehendak syari'at Islam akan mendapat keredhaan Allah.
Ini selari dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi:
Sesuatu itu wajib apabila yang wajib tidak dapat dilaksanakan tanpanya.
Memenuhi tanggungjawab terhadap diri dan kehidupan sosial sesuai dengan kesan falsafah yang diasaskan oleh tauhid, tu-juan kewujudan sesuatu syarikat ialah untuk memenuhi tanggungjawab berikut:
The nature of the program is a one week festival fill with variety of programs that related to concept of economics excellence that plays the important role to obtain success without forsaken the great Islamic values. There will 10 sub-programme going to be organized along the week by more than 250 committed crew.
untuk pengtahuan rakan-rakan semua diriku ini amat malas melayan tag mengetag ni.malas nak layan dan malas nak tag orang lain.buat serabut otak jer..huhu..tapi almaklumlah tag ini telah diberi oleh abg aku, Huzaifah or lebih glamour dengan panggilan Jai kat uia ni(glamour la jgk..huhu..jgn marah bro)..ahaks..so nak tak nak terpaksa la aku melayan..huhu..so lets check it out..
>> 5 fakta menarik tentang pemberi award nih..
:: 1st, die ni abang kandung aku.sbb tu jgk die tag aku..haha
:: bufday die ari nih(2july)..haha..tak wish lg ni.sj nk buat senyap..haha
:: ni yang paling best..die baru tukar makwe..hahaha.bulan lps la..huhu
:: seorang yang angin jgk kadang-kadang.sampai kite pn hangin..tp kite adik.buat senyap je la..haha
:: n last skali die grad ujung tahun ni..heh
>>Tulis 10 fakta/hobi tentang diri sndiri sbelum memilih penerima award seterusnya.. (10??aku xde la hobi bnyk cam tu..adoi~~layan je la..huhu)
> pendiam..agak la..
> tak tetap pndirian sikit
> iman naik slow tp turun laju plak..huhhu..sedey..
> kurang keyakinan diri
> kurang motivasi
> suka makan..hahaha
> umur 21tahun(muda lagi..ahaks)
> bufday aku 4 jun 88..ha, ingt tau..huhu
> Anak ke-2 daripada 5 orang adik-beradik.sume laki..pergh
> aku ni businessman..aku da ade syarikat sendiri..anything, juz give a call..huhu
>> Pilih penerima award seterusnya..n describe tentang mereka..
danial- member usrah
izah - gud fren of mine
hidayah - member yang ganas..haha
kalu korg rajin layan je la eh..kalu malas.buat dek je la..lol..c ya ^_^
Read more...
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan,kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk, dan azab kubur.Ya Allah, berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanafaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan.(Riwayat Muslim)
Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu(riwayat Ahmad & Al-Tirmizi), dan jangan kau pesongkan hatiku setelah kau memberi petunjuk kepada ku, kurniakanlah aku rahmat dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk untuk ku dalam menyelesaikan urusan ku.(Tafsir Ruhil Ma'ani' tafsir ayat 10 surah al-Kahfi)
Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. wahai Tuhan kami, berilah ampun bagiku da kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.(surah ibrahim:40-41)
Wahai Tuhan ku, aku telah menganiaya diri aku sendiri dan Engkautidak mengampukan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami daripada orang yang rugi. (surah al-A'araf:23)
Berikanlah aku rezki dan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan periharalah kami daripada azab neraka.(surah al-Baqarah:201)
Maha Suci Engkau, Tuhan yang Maha Agung dan salam sejahtera keatas para Rasul dan segala puji-pujian hanyalah untuk Engkau, Tuhan sekalian alam.
Ameen Ya Rabbal Alamin
beberapa petikan doa diambil dari buku Doa & Zikir Harian
disusun oleh Ust. Haji. Zahazan Mohamed
embaca buku teks yang setebal 3inci itu, malah setiap dari mereka sepatutnya sudah pun bersedia dengan nota-nota ringkas dan latihan-latihan yang mencukupi. dan sememangnya bukan masa untuk tidur berlebihan atau pun menghadap permainan komputer berpanjangan. ia adalah masa untuk kita berjaga malam dan bersiap awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran. tetapi bukan bermaksud tidur tidak dijaga kesihatan di abaikan.malah menjadi salah satu faktor utama untuk menjadi seorang individu muslim adalah badan yang sihat. bayangkan, andaikan seorang pelajar yang rajin mengulangkaji pelajaran dari awal semester hingga kehujungannya. dia hanya tumpukan pada pelajarannya sehingga mengabaikan kesihatan.makan minum tidak dipedulikan sangat. malah dengan niat ingin menjimat masa dia hanya mengambil makanan segera sebagai alas perut. maka, tiada kemungkinankah beliau akan jatuh sakit? apatah lagi apabila beliau jatuh sakit pada hari peperikasaan. sungguh tertekan, sungguh menguji perasaan.malah menguji iman. bagi mereka yang lemah imannya sudah tentu tuhan yang akan dipersalahkan.nauzubillahi min zalik.
Bagi mereka yang sudah bersedia awal dengan nota-nota dan latihan serta sudah berusaha dan berdoa semampu mungkin, syabas diucapkan. Anda sudah pun berjaya mengharungi ujian sebagai seorang pelajar. Mengapakah aku berkata sedemikin? Kerana menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja berjaya dalam peperiksaan malah berjaya dari awalnya. Iaitu berjaya dari segi cara hidup, pengurusan masa, makanan yang terjaga dan ibadah yang sempurna. Kebanyakan kita hari ini hanya memandang pada keputusa grad sahaja. sedangkan kita lupa syahsiah dan ibadah serta aqidah seseorang pelajar muslim juga amatlah penting.malah lebih dari menduduki peperiksaan. masyarakat kita hari ini terlalu mementingkan kejayan akademik dari pembangunan tarbiyah para pelajar. para ibu bapa berpesan kepada anak-anak mereka "belajar elok-elok, dapat pointer tinggi-tinggi dan jangan tinggal solat, jangan lupa baca al-quran". aku ingin bertanya pada kalian. adakah seruan berbunyi sedemikian adalah sebaik-baik seruan?? sedar tidak sedar dalam kata seru diatas tadi ibu atau bapa tadi telah mengutamakan dunia daripada akhirat.mereka menyeru kepada pelajaran dahulu(hal duniwi) dan baru kemudian solat dan baca al-quran(hal ukhrawi). adakah itu sebaik-baik seruan? sebagai seorang muslim sudah tentu tidak.setiap hari kita diseru sebanyak 5 kali sehari yang berbunyi "Hayya ala solah, hayya ala falah" dan itulah juga sebaik-baik serta semulia-mulia seruan. marilah kita sama-sama mengaplikasikan seruan sebegitu. solatlah dulu baru kita belajar..insyaAllah.. 
semuanya disebabkan diri manusia yang tidak berserah diri kepada Allah. mereka berpendapat mereka bahawasanya mereka dapat menentukan apa yang akan terjadi masa hadapan, mereka percaya apa yang diimpi dan dirancang selalunya menjadi. sungguh silaplah seandainya ada sesiapa yang berfikir sedemikian. Allah telah firman dalam kitabNya yang agung yang bermaksud :Waakhirul kalam, berdoalah seikhlas hati, usaha dan ikhtiar bersungguh-sungguh, dan tawakal sepenuhnya. itu sahaja point yang ingin ku sampaikan pada post kali ini. dan insyaAllah anda akan menjadi pelajar muslim yang berjaya jika mengamalkan nya..selamat mencuba -sekadar ratapan bersama

(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Az-Zumar : 9)
Read more...Di balik kesibukan diri ini dalam urusan harian yang penuh dengan tekanan, kehidupan yang penuh dengan asignment, quiz, test, dan tugas-tugas seorang mahasiswa mahupun sebagai seorang da'i di bumi-Nya, aku bersama kakakku, kak huda, kak yati dan seorang lagi sahabat mereka, Hidayah, sempat membawa diri ini ke sebuah tempat yang indah dan tenang. Itulah Taman Metropolitan, Kepong. Taman ini amat terkenal sebagai tempat bermain layang-layang.
apapun tujuan dan niat untuk beristirehat dan menangkan fikiran dari masalah peribadi tetap tidak dirosakkan. kami sempat duduk santai dan menjamah coklat yang kami beli di pasaraya giant. kami duduk di tepi tasik nan luas, seluas mata memandang dan melupakan segala masalah harian. menarik nafas hela sambil bergelak ketawa. hati yang resah kembali tenang.
Satu petang yang indah, satu hari yang bahagia. Andaikan setiap hari kita akan merasa setenang itu. tetapi apakah ada orang yang sentiasa bahagia? sudah tentu tidak,setiap manusia tidak lari dari masalah duniawi apatah lagi ukhrawi. Walaubagaimanapun, sebagai muslim kita dituntut untuk mencari ketenangan diri di dunia ini bukan mencari masalah yang membelenggu jiwa.


-ammar berada pada kedudukan ke-7 dari kiri duduk-
-aku berdiri paling atas paling hujung sebelah kanan-
gambar ketika darjah 4, di SRI Aman
wajah cerianya

Read more...
wahai rakan2, mari lah kita sama2 hayati hadith ini...
tetapi hari ini kita sibuk dgn hal2 dunia.hingga leka,lupa dan alpa..
tidk salah jika ingn sibuk dgn hal2 dunia.mahupun berhibur di dunia.tetapi jgn lah kita lupa kita diturunkn didunia ini ada tugasan nya.jadilah seperti mana video clip ini...
tidak kira apa yg kita lakukan.pasti kan solat jgn di lupa kan...
solatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
waAllahu 'alam... =D
Speaker DUN, V Sivakumar diseret keluar.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempat yang tidak didedahkan pada petang ini.
Dan R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa.
Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.
Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.
Sekumpulan ADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang juga digantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan.
10.19am Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat ditahan polis berdekatan DUN Perak kerana memasuki kawasan larangan polis 500 meter dari bangunan tersebut.
Wakil rakyat PAS bagi Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan wakil PSM bagi Sungai Siput, D Jeyakumar antara ADUN dan ahli parlimen pembangkang yang telah ditahan.
9.45am Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ditahan polis di belakang bangunan utama pentadbiran Perak - yang menempatkan DUN.
9.24am Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN sebelum pembukaan rasmi sidang.
8.50am Sekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuk ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee [foto, tersenyum] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.
8.30am Semua ADUN Barisan Nasional tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalam sebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang berpakaian hitam di luar bangunan tersebut - yang menempatkan DUN Perak.