Sunday, May 31, 2009

Wajah Baru & Semangat Baru

Sudah agak lama aku tidak berkarya di laman ku sendiri ini. Entahlah.aku pn tidak tahu apa sebabnya.Mungkin semangat ku untuk menulis dan berkongsi hanyalah hangat-hangat goreng pisang (pepatah ganti bagi 'hangat-hangat tahi ayam' sebab bunyi tak berapa sedap). Apapun bagi pungunjung setia aku ucapkan jutaan terima kasih kerana sanggup meluangkan masa untuk menjenggah ke laman karya ku yang mungkin tidak semantap yang lain punya.
namun, seperti mana yang anda dapat saksikan wajah baru laman ini, itu menandakan aku ingin mencari semangat baru untuk kembali menulis dan berkongsi. banyak yang telah berlaku terhadap diri yang kerdil ini sepanjang tempoh penyepian ku. ada yang indah dan ada juga yang mampu menyebabkan diri ini rebah tersungkur di hadapan Nya memohon pertolongan kekuasaan-Nya yang Maha Hebat. apa pun, aku berpegang "Life Must Go ON..!!"..tiada masa untuk merintih dan mengadu. hanya doa sahaja yang ku pohon dari Nya agar aku terus berdiri teguh dijalan Nya.

buat masa sekarang aku sedang menjalani semester pendek di tempay pengajian ku dan sedang sibuk dengan program E-Fst '09 yang bakal berlansung pada awal semester 1 nanti. banyak juga kerenah dan masalahnya dalam mengorganisasikan program ini. Almaklumlah, ini program pertama ku sertai dalam Economics and Management Science Society atau EMSS, sebuah persatuan perwakilan pelajar kuliyyah ekonomi di taman ilmu dan budi ini. banyak perkara perlu aku pelajari dan ramai orang yang harus aku temui.

tidak lupa juga, aku baru sahaja menubuhkan syarikat milik aku sendiri.pada tanggal 18 Mei 2009 aku telah bergelar usahawan muda. namun ku mengerti onak dan duri dalam menghadapi dunia seorang usahawan. walaupun begitu, semoga niat dan semangaku dalam mencari rezeki demi masa depan ku dan mengapai redhaNya serta menyebarkan agamaNya hingga ke serata dunia akan membuatkan aku terus tabah dalam menghadapi alam yang baru ini. lagipun, memang tujuan sebenarku menubuhkan syarikat yang bernama One Aim Event Solution, sebuah syarikat pengurus caraan adalah untuk mengumpul dana agar aku dapat selamat di hari yang mendatang dan agar aku dapat belajar erti berdikari di dunia yang penuh dengan perkara yang diluar jangkaan seorang insan yang lemah ini.

wa akhirul kalam, aku memohon doa dariNya yang maha menentukan segala-segalanya di alam ini agar dimurahkan rezeki dan dikuatkan hati dan jiwa ini agar terus berdiri dalam mengahadapi liku-liku hidup yang penuh ujian dan cabaran ini. Semoga Allah permudahkan..InsyaAllah..

5 ulasan:

Azah said...

waah,...
bisnes ape tu?
huhu...
lepas ni program2 amanianz, blh la sponsor ek?
:)

Ahmad Usamah said...

to azah
bisnes event management..
sponsor?
heheh
bisnes br start ma..xde duit lg..huhuhuh
nti kalu nk buat program ke nk tmph banner,bunting poster,ts-shirt bleh la tmph dgn sy.
kalu program nk uruskan artis n pa sistm or program training pn bleh r...

zahidzuhri said...

wah...anta sorangker?

Ahmad Usamah said...

sorg??
lebih kurg la
tp ana bnyk gne networking..so xbrt la sngt keje ni..huhu..

Nor Athirah bt Md Sharif said...

salam, syabas dan tahniah! May Allah bless..ameen.