Seperti ku katakan, setiap hujung minggu ku penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik. namun aku sempat meluangkan masa bersama sahabat-sahabat seperjuangan ku untuk memasak. memasak?? tentu ia mengejutkan. bukanlah aku yang memasak tapi cukuplah setakat membantu mereka yang lebih mahir dalam bidang itu.
seperti tertera pada tajuk diatas kami memasak nasi maqlubah ia merupakan resipi dari timur tengah. pernah aku saksikan di kaca televisyen cara mereka membuat masakan yang enak itu. namun, kali ini aku berpeluang untuk membuat dan merasanya. di sini aku ingin berkongsi resipi dan cara membuatnya..
selamat mencuba...!!!
Bahan-bahan:
3 gelas beras Thailand Sunwhite.
1 peket syairiyyah (vermicelli)
1 biji terung besar (bazinjan)
1 ketul kentang besar
1 bunga kobis (zahri) 3 biji lemon (potong)
1 biji bawang besar(potong dadu)
1 batang kayu manis.
Air Rempah (baharat).
2 sudu besar serbuk kunyit (kurkum/usfur)
2 sudu besar rempah campuran (baharat musyakkal)
2 sudu besar serbuk cumin (jintan) (kammon)
2 sudu besar rempah kabsah
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah lada putih
2 sudu besar serbuk halia (zanjabil) #kalau tidak ada rempah di atas, masukkan rempah-rempah yang anda ada.
-pembantu chef, umair(kiri) & anwari(kanan)-
Cara-cara:
1. Basuhkan beras.
2. Rendam beras selama 20 minit.
3. Bersihkan ayam dan potong 8 bahagian (mengikut kesesuaian)
4. Rendam ayam selama setengah jam dalam perahan lemon dan sedikit air.
5. Sementara itu panas air setengah periuk besar.
6. Setelah air menggelegak, masukkan ayam yang telah direndam dengan lemon tadi.
7. Masukkan 1 sudu besar setiap rempah-rempah di atas.
8. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu sebatang kayu manis.
9. Rebus ayam tersebut hingga masak.
Sementara itu...
1. Kupaskan kulit terung.
2. Potong terung anggaran 1/2 inci tebal.
3. Terung direndam dengan sedikit garam (supaya apabila digoreng, terung tidak menyerap banyak minyak)
4. Kupas kentang.
5. Potong kentang 1/2 inci tebal
6. Potong bunga kobis.
Panaskan minyak.
Goreng terung sehingga kekuningan dan angkat.
Goreng kentang sehingga kekuningan dan angkat.
Goreng bunga kobis hingga kekuningan dan angkat.
Goreng syaiiriyyah hingga garing dan angkat.
-pembantu chef, Marwan-
Sementara itu... 1. Beras ditoskan dan letakkan dalam besen.
2. Gaul beras denga sedikit garam.
3. Masukkan satu sudu besar setiap rempah dan gaulkan dengan beras.
4. Masukkan syairiyyah dan gaulkan bersama beras.
5. Biarkan seketika.
6. Sediakan periuk di atas api.
7. Masukkan 1/4 campuran beras di atas.
8. Masukkan ayam (dari sup)
9. Masukkan 1/4 beras di atas.
10. Masukkan terung goreng.
11. Masukkan1/4 beras.
12. Masukkan kentang goreng.
13. Masukkan 1/4 beras.
14. Masukkan bunga kobis goreng.
15. Akhir sekali masukkan sup ayam yang telah ditapis.
16. Kalau sup ayam tidak cukup, tambah air panas sehingga air mencecah 1 inci (2 jari) atau lebih sikit dari paras beras dan campuran. (jangan tambah air sejuk.) Masak di atas api sederhana atau di dalam oven.
-ketua chef, Moja-
Selepas semuanya selesai. dan masa untuk makan. tetapi, segala menu diatas tidak sempurna tanpa sentuhan terakhir ini.ia merupakan antara syarat penting untuk menjadikannya 'nasi maqlubah'.kerana 'maqlubah' bermaksud terbalik..saksikan..
ittadukimas!! (^_^)
p/s: resipi ni copy dari orang lain punya website.so, kalu ade yang tak faham tu buat2 faham la...
Tentu para pembaca sekalian agak terkejut dan terkesima apabila terbaca tajuk "entry" di atas kn? mungkin dalam andaian pemikiran kalian aku akan berkongsi tentang perkara yang jiwang dan romantik ataupun isu 'cinta islami'. seandainya itulah andaian kalian, maka tidaklah jauh sangat ia tersasar.
Perkara yang ingin ku kongsikan kali ini adalah tentang sebuah buku yang baru saja aku selesai membacanya. anda boleh katakan ini ruang "book review" walaupun aku tidaklah sehebat itu untuk berbuat sedemikian. walaubagaimanapun, buku ini merupakan segelintir buku yang berjaya aku baca dari 'kulit ke kulit'. berbeza dari buku yang lain, yang kebanyakannya hanya ku baca sekadar untuk mencari jawapan kepada persoalan ataupun penyelesaian kepada masalah ku.dan aku berhenti membaca setelah aku mendapat apa yang inginkan. oleh itu, tidak banyak buku yang ku baca sampai khatam.
Namun, seperti mana aku telah nyatakan pada post ku yang lepas. aku ingin berubah. berubah menjadi seorang yang rajin membaca buku-buku ilmu dan fikrah. dan aku dapati buku ini dapat menarik minat ku..
Terus kepada isu yang di bincangkan, buku ini karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. lebih dikenali dengan Abu Saif yang mengasaskan ruang blog saifulislam.com. buku karangannya ini merupakan sambungan ataupun siri ke-2 bagi buku 'Aku Terima Nikahnya'. oleh itu buku ini mendapat nama Aku Terima Nikahnya 2 - Bercinta Sampai ke Syurga.
Suatu hari yang lepas, seorang sahabatku bertanya padaku tentang buku yang sedang aku baca ini. namun, aku tidak memberi tahu kepadanya. mungkin kerana aku agak segan untuk memberi tahu pada masa itu. mungkin dia akan dapat jawapannya setelah menbaca 'entry' kali ini.
Buat pengetahuan kalian, aku masih belum membaca buku siri pertamanya itu walaupun aku telah membeli kedua-dua siri itu. ini kerana siri yang pertamanya aku telah hadiahkan kepada kakak ku untuk meredakan sedikit masalah hati yang dia sedang hadapi. mungkin setelah membacanya dia akan merasa lega.
Buku ini banyak menceritakan tentang kehidupan rumah tangga dan permasalahan-permaslahannya. tidak dinafikan jua terdapat ruangan sebelum mendirikan rumah tangga.namun, dapat ku rasakan yang bahawa aku sepatutnya masih belum sesuai untuk membaca buku ini melihatkan diri yang masih jauh dari alam itu. tapi, ku redahi jua buku yang setebal 271 muka surat itu.
Penulis ada mengongsikan tentang pengalaman-pengalaman beliau dan isu-isu masa sebelum perkahwinan, keibubapaan dan juga masalah-masalah rumah tangga yang merumitkan. beliau turut menceritakan bagaimana perkahwinan diantara 'ikhwah' dan 'akhwat' ataupun 'muslimin' dan 'muslimat' yang perkahwinan mereka didirikan atas dasar tarbiah yang jauh dari dosa dan maksiat, malah memilih pasangan sefikrah unutk bersama masih menghadapi masalah-masalah rumah tangga hingga hancur bertaburan. bila difikirkan semula agak pelik. namun, itulah realiti hari ini. buku ini mengupas masalahnya dan membandingkan mereka yang mendirikan syariatullah dan sunnatullah.
TANGGUNGJAWAB TANPA CINTA ADALAH BEBAN DAN DERITA
ini merupakan salah satu point yang ingin ku highlightkan. dalam buku ini, penulis cuba menceritakan bagaimana perkahwinan boleh goyah andai tiada rasa cinta di dalam sesebuah rumah tangga. beliau turut menyebut tentang isteri yang akan mempertikaikan peratusan cinta suami terhadapnya. permasalahan ini amatlah ketara. ini akan melibatkan keikhlasan pasangan dalam menjalankan tugasan terhadap pasangannya. segala tanggungjawab dan kerja rumah tangga akan dirasakan seperti terpaksa dan membebankan. langkah yang sewajarnya perlu diambil oleh pasangan masing-masing agar ia dapat diselesaikan. pelbagai punca yang boleh menyebabkan kejadian ini antaranya ialah tujuan dan bagaimana perkahwinan itu didirikan.
namun, bagi yang masih jauh dari alam perkahwinan itu, dapat ku katakan teori ini juga berguna dalam hidup ku dan seluruh kaum manausia yang lain. sebagai seorang pelajar dan pekerja, kita sepatutnya mencintai apa yang kita lakukan. 'we should love what we do'. dengan itu barulah lahir rasa ikhlas dalam berkerja. dan kualiti kerja kita akan menjadi lebih elok.ia berkaitan motivasi diri dalam menangani sesuatu hal.
nampaknya sampai di situ saja perkongsian buku ku ini. buku ini aku baru sahaja selesai membacanya pada khamis malam (31/12/09) dan sekarang aku telah pun memulakan buku bacaan baru. insyaAllah, akan ku kupasnya setelah aku selesai membacanya.
Pada 25hb dan 26hb disember yang lepas, KARISMA NASIONAL(KnL) dengan kerjasama KARISMA PETALING JAYA telah menganjurkan PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL 2009 (PKN 09) dan HIMPUNAN SAMBUTAN 10 TAHUN SAMBUTAN KARISMA (HS10TK). majlis yang gilang-gemilang itu bertempat di Masjid Umar Al-Khatab, Bukit Damansara, Selangor.
Program itu bermula dengan HS10TK pada pagi jumaat itu. Bertemakan "SEDEKAD BERAKSI, SEMARAK ASPIRASI", di sertai lebih 200 orang peserta dari seluruh Malaysia yang terdiri dari ahli-ahli KARISMA dan alumni KnL sendiri. Tujuannya adalah untuk kita sama-sama memuhasabah kembali perjalanan selama 10 tahun yang telah berlalu.
Pada malamnya pula diadakan majlis perasmian Perhimpunan KARISMA Nasional 2009 dan Himpunan Sambutan 10 Tahun KARISMA. majlis dirasmikan oleh Presiden JIM, Tuan Haji Zaid Kamarudin. diikuti pula dengan Ucapan Dasar Presiden KARISMA Nasional, Saudara Abdullah Omar Muhammad Fuad. Pada malam itu juga terdapat tayangang multimedia KARISMA, penyampaian cenderahati penghargaan buat peserta Misi Kasih Padang KARISMA dan pelancaran buku "Gerakan Dakwah Pelajar" tulisan Puan Manisah Manan.
Pada keesokan harinya, sesi perbahasan ucapan dasar Presiden KnL telah diadakan. Seramai 23 orang perwakilan telah berbahas pada hari itu. pelbagai aspek dan perkara telah dibangkitkan. semoga semua perkara tersebut akan dapat dipermantapkan dan dapat diperbaiki.
Setelah semua perwakilan selesai berbahas, pengerusi tetap perhimpunan telah secara rasminya mengumumukan perletakkan jawatan kesemua barisan pimpinan KnL 2009. Seterusnya, mantan Presiden KnL bagi tahun 2007 dan 2008 merangkap alumni KnL telah menyempurnakan perlantikan baru bagi barisan pimpinan KnL bagi sesi 2010. seramai 19 orang telah terpilih.
Majlis berakhir pada petang sabtu itu setelah ucapan dari Setiausaha Agong JIM Pusat, Tuan Haji Nahar Mohd Nor dan Presiden KnL 2010, Abdullah Omar Muhammad Fuad disampaikan. semua peserta PKN2009 beransur pulang selepas selesai menunaikan solat asar.
Semoga perhimpunan selama dua hari satu malam ini bakal menaikan semangat kita semua dalam menjalankan amanahNya sebagai seorang da'i dan khalifah di bumiNya dan seterusnya mengalas misi FIDAK 2015. semoga segala perangcangan bakal tercapai dengan jayanya.insyaAllah.
Sewaktu aku ingin menulis post ini aku kebingungan. tentang apakah tajuk post ku kali ini...mungkin di akhir coretan ku ini baru ada idea yang datang mencelah. apapun, post kali ini aku hanya mengisi ruang untuk motivasi diri. almaklumlah, di UIAM ini sudah di minggu ke-3. assignment, quiz, presentation semuanya sudah bermula. begetu juga dengan aku.
Bukan setakat itu, malah jadual perjalanan hidup ku sebagai mahasiswa, dan da'i juga telah penuh sepanjang semester. ada yang sampai bertintih sampai 3 program di hujung minggu. pening kepalaku untuk mengatur dan memilih aktiviti. Namun, aku tahu dan pasti yang mana perlu diutamakan yang mana perlu diketepikan.
masa akan terus berlalu, usia akan terus tua. hari akan terus berubah. tetapi adakah kita berapa di pada waktu yang sepatutnya? Tahun Baru Hijrah sudah bermula. Tahun Baru Masihi bakal menjelang tiba. apakah azam kita sudah diperbaharui? persoalan yang paling penting, apakah azam tahun lepas sudah kita penuhi? andai sudah terlaksana Alhamdulillah. semoga usaha terus maju ke hadapan. andai belum terlaksana, percayalah perjalanan kita masih panjang. masih belum terlambat untuk terus melangkah. tapi pastikan kita melangkah ke arah yang betul.
hari ini aku sungguh gembira, entah mengapa. alangkah indahnya jika setiap hari begini. sehinggakan aku telah membeli beberapa buku bacaan dan beberapa buah daripada itu Aku hadiahkan kepada sahabatku. bagiku, aku seorang yang malas membaca tetapi ingin aku ubah sifat itu. mungkin ini satu permulaan dari perubahan yang ini ku buat dalam hidupku. semoga apa yang ku impikan ini menjadi kenyataan apabila tahun ini berakhir.
baiklah, masa untuk ber'blogging' sudah tamat. ingin ku luangkan masa dengan menbaca buku-buku ilmu. akhir sekali, ingin ku kongsi kan moto tahun baru ku iaitu:
"STUDY HARD, WORK HARD, PLAY HARD AND PRAY HARDER"
Post ini merupakan sambungan daripada post yang sebelum ini iaitu Mengapai Mentari, Mengecap Ketenangan (1). Ia berkaitan rehlah yang aku dan sahabat-sahabat telah aturkan.
Seperti kebiasaan rehlah-rehlah yang lain. Ia bertujuan untuk mengikat silaturrahim agar ia semakin ketat dan utuh. Agar ia terus bertahan lama hingga membawa kesyurgaNya..Ameen InsyaAllah...
Bermula seawal 7.30 pagi yang indah 12hb Dis 2009 iaitu hari sabtu lepas. Rombongan berkumpul di tangga besar kebanggaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan menikmati sarapan pagi. semuanya berjalan agak lancar pada pagi itu kecuali aku yang agak kelewatan untuk bangun pagi itu. Tetapi syukur padaNya, aku masih sempat untuk menyertai rehlah ini walaupun sudah di tinggal konvoy. Kebetulan pula ada salah sebuah kereta jawatan kuasa rehlah yang bergerak agak lambat yang masih tidak jauh dari kampus. Apapun, semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju.
-keindahan cipataan Ilahi-
SubhanAllah...hanya satu perkataan itu saja yang terucap setelah kaki menjejakkan kaki ke kawasan air terjun itu. Sungguh indah alam ciptaanNya! Sambil berukhwah, kami mentadabbur alam ciptaan Ilahi. Sesunggunya, Engkau Maha Kaya.
Kumpulan konvoy telah pun samapi lebih kurang 15minit sebelum ketibaan ku. Setelah aku tiba mereka sudah pun memulakan permainan air di ketuai oleh penyelaras program iaitu Aliff. kami hanya sempat bermain 2 permainan iaitu bola air dan permainan naga.
-permainan Naga Air-
Selepas itu kami teruskan sesi taaruf di tepi air terjun. Sehinggakan kami terpaksa menjerit untuk berkata-kata di sebabkan bunyi air yang kuat.
Setelah penat mandi dan bermain air, kami bersiap dengan pakaian kering. Sambil menunggu makanan tengahari kami teruskan acara dengan mendengar sedikit pengisian daripada Akhi Hamka (Engineer) dan Akhi Fazdil (Master Engineering Automotive).
-khusyuk mendengar pengisian-
Alhamdulillah, perut yang kelaparan selepas penat bermain air telah diisi dengan nasi berlaukkan ayam kari. Kami menjamah makanan tengahari itu di dalam dulang.
Kumpulan rombongan lelaki bergerak pulang dahulu manakala rombongan perempuan masih belum selesai dengan aktiviti mereka. Aku, Marwan, Muaz dan Rahman diminta untuk pulang bersama-sama mereka.
-pose sebelum pulang-
Aktiviti yang ringkas tetapi padat dengan ukhwah dan pengalaman baru. Inilah salah satu cara yang kami anjurkan demi mendekati hati-hati yang dahagakan kasih sayang Sang Pencipta. Semoga langkah yang diatur akan terus maju tanpa henti walau duri menusuki kaki.
aku hanyalah manusia biasa,
yang ingin melakukan sesuatu yang luar biasa,
aku banyak melakukan kesilapan,
tapi aku tahu membezakan cahaya dan kegelapan,
dan aku tetap aku..(^_^)
ana bangga dengan pak cik syed...
-
alhamdulillah ...
pada jamuan jimpj yg lepas...ana dipertemukan buat kali kedua dengan Pak Cik
Syed...
secara jujur ana katakan ana sememangnya bangga ...
..:: Tentang Kita ::..
-
Siapalah aku tanpa mu....
aku mungkin mungkin suami yang
terbaik buat mu....
bukan suami yang terRajin buat mu...
Bukan suami yang hebat buat mu....
tet...
Belum Habis
-
check list-to-do. ya Allah. geleng kepala. banyaknya keje perlukan saya
menyudahkannya. periksa tengah sem ada 3 lagi belum bertamu. paling dekat
hari juma...
Mari, Berguru Tentang Hidup!
-
Judul: Tuesdays with Morrie Penulis: Mitch Albom Penerbit: Sphere Tahun:
1997 Harga: RM29.90 Kata mereka, buku ini bagus, sudah menjadi bestseller,
menyent...
Self-Motivation~
-
Bismillahirrahmanirrahim
ATTENTION
Construction in Process
By
MAF, Contractor
JB, MY
Please note it may seem small from this view but the project is ac...
ceritera lama~
-
assalamualaikum ~
peh lame suda x hupdate.. last kali.. satu januari.. skrang satu februari..
peh sbulan suda.. blog ni dibiarkan bgitu saja.. stakat tgk2,...
Jom Sertai Usrah KARISMA JIM =)
-
Apa ada dengan USRAH?
Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera buat kalian.
Dimulakan dengan memuliakan Allah swt yang maha menerima taubat dan
sanjungan sela...
Just A Small Fry... I AM
-
"Life is all about getting noticed!"
Korang setuju ke dengan slogan kat atas ni? Betul tak kalau aku kata, kita
hidup kat dunia ni supaya dikenali ramai?...
mistake
-
The above pic is Dani, she's 8 years old. when she was found, she's still in
nappies, unable to speak or feed herself. the medical team says she's
normal...
Di Bawah Langit Cinta [Preview]
-
"Milik siapakah dakwah ini sebenarnya?" Suara Fathil 'Ammar memecah
keheningan malam. Unggun api di hadapannya dipandang lama. Sesekali matanya
melirik ...
Wahai Siswa, Beginilah Seharusnya kita!
-
Oleh: Mohd Dhany Mohamad SaripLega! Begitulah ekspresi majoriti siswa dan siswi apabila peperiksaan tamat. Cukup sudah tempoh yang cukup meletihkan selama sa...
Dilemma
-
BISMILLAH
Alhamdulillah segala puji untukNya. Dialah yang menguasai hati, perasaan dan
akal manusia.
Ya ALLAH berikan aku petunjukmu dalam memilih. Semoga...
Orang Lupa Yang Di Ketawakan
-
Ada tiga sekawan ingin bercuti di sebuah negara ketika musim panas. Ketika
sampai di negara tersebut, mereka mendapati semua hotel sudah penuh
ditempah. Me...
Updates & musim walimah bulan lepas
-
Bismillah.
Dah nak hampir sebulan tak update. Lepas grad, hidup semakin sibuk..dan saya
gembira dengan kesibukkan saya ini.
Saya telah mula aktif terlibat...
KEMALANGAN SANI DAN KETETAPAN SEBUAH KEMATIAN
-
* Hampir separuh dari bahagian kiri bas remuk merempuh pembahagi jalan*
**
* Apabila maut datang menjemput, pastikan kita bersedia...*
*
*
Dua hari lepas, sa...
Melangkah Sendirian:Terima Kasih MPR 2009
-
Bergambar kenang-kenangan bersama Sasterawan Negara Dato Dr Anwar Ridhwan
Saya selalu menggumam di hati yang Tuhan sentiasa mempunyai rancangan-Nya
yang ...
KEGEMBIRAAN & KEDUKAAN HARI RAYA KURBAN..
-
Salam..
Di sini ak just nk cte sket ape yg berlaku pada hari raya haji aritu..
Pada 27.11.2009 pukul 1 petang..seorang kawan karibku menalipon aku tp ak...
>>HAri InI dAN sEtErusNyA<<
-
kaki terus melangkah berlari
jatuh bersembah bangun kembali
biar bertatih asal tidak berhenti
link
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Ses...
A moment to wait
-
*Easily notice for being school senior*
Today, I visit my brother at his school. Literally comes just to give my
support for his SPM paper tomorrow (physic)...
kembali ke malaysia
-
alhamdulillah sudah selamt pulang ke Malaysia dari Beirut semalam..
minggu ini minggu terakhir untuk semester ini sebelum bermula
musim peperiksaan akhir.....
Malam terakhir di BF
-
Salam…buat semua penghuni alam maya… 1) Mohon maaf andai ada yang melawat
laman ini, tetapi tidak ada sebarang pembaharuan. Ibarat orang yang pergi ke
sebu...
Jalan Ini JalanKu
-
Delima sebagai seorang pelajar memanglah sesuatu yang merumitkan. Untuk
memilih jalan hidup yang lebih proaktif dan sering dilanda pelbagai ujian.
Tambahan...