Saturday, July 4, 2009

Tujuan Perniagaan

Di antara tujuan perniagaan diwujudkan ialah memenuhi tuntutan agama. Ini sesuai dengan tujuan syari'at diturunkan. Syari'at Islam diturunkan untuk memenuhi tahap dharuriyyah(keperluan asas) manusia yang didefinasikan sebagai pemeli-haraan 5 perkara asas untuk kehidupan manusia iaitu:

1.AGAMA

2.NYAWA

3.AKAL

4.KETURUNAN

5.HARTA

Oleh itu Islam mengharamkan mafa'sid (segala yang boleh memberi kesan negatif keatas salah satu atau kelima-lima perkara ini) dalam kegiatan perniagaan kerana jelas ia boleh memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian dharuriyyah iaitu pemeliharaan kelima-lima perkara ini. Umpamanya, arak diharamkan oleh Islam.

1. Kita boleh memahami rasionalnya dengan menganalisa kesan negatif arak terhadap agama, nyawa, akal, ketu-runan dan harta manusia.

2. Apabila ianya boleh menjejas perkara-perkara ini ia akan merosakkan kehidupan bermasyarakat, menjejas ketahanan masyarakat dan nasib masa depan generasi akan datang.Perceraian, homoseksual, anak luar nikah, jenayah serta ketidakstabilan politik akan berleluasa.

3. Apabila perkara yang mafa'sid ini ditegah dan tidak dibenarkan untuk diperniagakan atau di keluarkan maka akan lahir masyarakat yang sihat, berakhlak mulia, produktif dan berkualiti tinggi.


Oleh itu kegiatan perniagaan dalam Islam adalah satu ibadah yang sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan kehendak syari'at Islam akan mendapat keredhaan Allah.
Ini selari dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi:

Sesuatu itu wajib apabila yang wajib tidak dapat dilaksanakan tanpanya.

Memenuhi tanggungjawab terhadap diri dan kehidupan sosial sesuai dengan kesan falsafah yang diasaskan oleh tauhid, tu-juan kewujudan sesuatu syarikat ialah untuk memenuhi tanggungjawab berikut:

  • Keperluan diri secara sederhana
  • Keperluan keluarga
  • Keperluan masa depan. Membantu dalam menghadapi perkara-perkara yang datang tanpa diundang
  • Keperluan anak-anak akan datang
Perkhidmatan dan sumbangan sosial, termasuk berusaha untuk menegakkan
agama Islam, membantu kearah pencapaian matlamat negara seperti membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan, menstabilkan harga, keselamatan,dan lain-lain.


Oleh itu jelas bahawa dalam Islam falsafah perniagaan ialah untuk membangunkan spiritual, mental dan jasmani manusia supaya manusia dapat melaksanakan tugasnya sebagai Khalifatullah fi Al-ardh' dengan sebaik mungkin. Dalam Islam apa sahaja yang kita lakukan untuk mencari harta adalah dilihat sebagai alat untuk menca-pai matlamat yang unggul iaitu untuk mentaati Allah dalam semua aspek kehidupan kita.

Oleh itu termasuk diantara tujuan perniagaan ialah untuk usahawan mendapatkan keuntungan kerana itu merupakan hak yang diberikan kepada mereka kerana usaha dan risiko yang harus mereka tanggung.


bisnes
dipetik dari buletin Jihad Bisnes Edisi 1
JK Dana KnL

0 ulasan: