Showing posts with label Program Menarik. Show all posts
Showing posts with label Program Menarik. Show all posts

Wednesday, March 31, 2010

Kuala Lumpur International Book Fair

Alhamdulillah, aku telah pun selesai menduduki empat kertas subjek peperiksaan aku untuk sem ini. ada yang manis, ada juga yang pahit untuk dikenang. namun, aku bersyukur semuanya hampir berakhir. bebanan di kepala ini semakin ringan untuk ku tanggung. namun, aku daokan untuk semua sahabat-sahabat ku yang mana masih 'berperang' dengan pena dan kertas agar terus bersabar menghadapi ujian dunia ini. All theBest !!


walaubagaimanapun post aku kali ini bukanlah menceritakan tentang peperiksaan ku yang bakal berakhir ataupun bagaimana aku menjawab soalan-soalan peperiksaan ku, tetapi ia berkenaan pesta buku yang telah diadakan di Putra Worl Trade Centre (PWTC) baru-baru ini. alhamdulillah, aku sempat juga pergi berkunjung bersama sahabat-sahabat ku, Marwan dan Nabil. bagi peminat-peminat ataupun kaki-kaki buku ini merupakan pesta dan parti untuk mereka. almaklumlah, program ini hanya diadakan setahun sekali. kali terakhir aku pergi adalah ketika aku di pusat matrikulas UIAM petaling jaya. iaitu pada 2 tahun lepas. pesta buku tahun lepas juga aku tidak sempat untuk pergi kerana sibuk dengan program bersama pelajar yang bakal masuk ke alam universiti.


setelah tiba di terminal LRT PWTC kami sudah dapati ramai orang berpusu-pusu berjalan ke arah PWTC. apatah lagi apabila sudah masuk ke dalam. sesak dengan masyarakat malaysia yang berbilang kaum ini. namun, ia bukan penghalang untuk kami meredah lautan manusia untuk masuk ke dalam.


setibanya kami sampai didapati program pelancaran buku sedang diadakan di pentas utama.terdapat beberapa jenis buku yang dilancarkan seperti Aku Ingin Jadi Nasrallah dan Novel Bahlut oleh Faisal Tehrani.


setelah menjelajah ke beberapa ruang pameran Marwan membawa ku ke salah satu kedai pameran, Alamin Service Sdn Bhd. disitu kami berjumpa dengan penulis terkenal tanah air, Faisal Tehrani. ku akui aku bukanlah peminatnya mungkin kerana namanya yang agak kontroversi bagi sesetengah orang. namun, kami sempat bergambar dam meramah mesra dengan beliau. Marwan yang sememangnya kenalan juga merupakan junior Faisal ketika di KISAS dulu sempat bergurau senda dengan beliau setelah sekian lama tidak berjumpa.



-agaknya tentang apakah yang mereka sedang bicarakan? :)-



-aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Faisal-


-Marwan bersama Isa Kamari (tengah) dan Tuan Mazlan, Pengurus Al Amin Service (kiri)-


kami juga sempat bergambar dengan Isa Kamari yang juga berada di kedai yang sama dengan Faisal. Marwan sempat mengambil autograf Isa Kamari untuk buku yang telah dibeli oleh adiknya.

setalah beredar kami berjalan lagi dan singgah ke beberapa kedai yang lain. dan sebelum pulang dek kerana kaki dan badan yang keletihan kami bercadang untuk singgah ke kedai JIM Media. tetapi kami ternampak ustaz Hasrizal di gerai Geleri Ilmu yang terletak tidak jauh dari kedai JIM Media.

-wajah ceria Ustaz Hasrizal yang sibuk menanda tangani buku pembeli-

-aku juga tidak melepaskan peluang ^_^-

tidak sangka aku dapat bertemu dan berjumpa dengan penulis buku 'Aku Terima Nikahnya' itu. sememangnya aku meminati penulisan beliau yang sungguh menarik itu. terdetik dihati ku,
"kalau la aku bawak buku aku tu mesti boleh dapat autograf dia..adoi.."

kekesalan yang amat sekali ketika itu. namun begitu, terdapat juga beberapa lagi karya beliau yang dijual di kedai tersebut namun aku tidak membeli nya.mungkin lain kalilah. sebenarnya aku sudah tertarik dengan banyak sangat buku tetapi aku terfikir, seandainya aku beli masih belum tentu aku akan bacanya lagi. oleh itu aku membuat keputusan untuk tidak membeli dan hanya akan membeli buku ketika aku ingin membacanya sahaja. buku yang aku sedang baca sekarang pun masih belum habis lagi.malah sudah beberapa minggu ku tinggalkan disebabkan kesibukan diri. apapun, kami gembira dapat berjumpa dengan penulis-penulis buku yang kami minati. bukan senang untuk mendapat peluang ini.

seperti yang aku nyata kan, kami ingin singgah ke gerai JIM Media untuk kali terakhir sebelum pulang. sebelum pada itu kami ada juga singah dan kami dapati Pak Utih, pakar motivasi silang jantina berada di kedai itu. kami sempat beramah mesra dengan beliau. namun, setelah kami pergi ke kedai itu lagi dia sudah pun berangkat pulang.



-gerai JIM Media dari depan-



-kanak-kanak berpusu melihat seorang pelukis potrait JIM Media sedang melukis-

-mencari buku ke??-
setelah letih menawan bangunan PWTC itu, kami berangkat keluar dari tempat itu. kami singgah d The MAll yang bersebelahan dengan PWTC. aku sempat pergi membeli kalkulator untuk peperiksaan ini untuk mengantikan kalkulator ku yang telah hilang dahulu. oleh kerana jam sudah menunjukkan pukul 7.15 kami membuat keputusan untuk solat maghrib dan makan malam di The Mall itu.
Alhamdulillah, perjalanan sepetang kami amat mengembirakan hati ini. tidak rugi aku meluangkan masa belajar untuk persediaan akhir sem ini dengan pergi ke pesta buku ini. apatah lagi dapat berjumpa dan bergambar dengan penulis yang diminati. ia sedikit sebanyak dapat memupuk minat membaca ku. sekian. v[^_^]v

Read more...

Saturday, March 27, 2010

Konsert Lifeline 4 Gaza


ketika aku menaip post ini aku baru sahaja beberapa jam pulang dari konsert ini. walaupun pelajar-pelajar uiam sedang bergelut dengan musim peperiksaan aku, marwan, muaz ruslan, hafiz dan lokman sempat meluangkan secalit masa yang ada ini untuk sama-sama mengingati semangat perjuangan sahabat-sahabat dan saudara-saudara di Gaza, Palestin. aku sendiri pada petang itu baru sahajamenduduki kertas pertama peperiksaanku untuk sem ini.Alhamdulillah.semuanya bisa di atur. apapun, konsert ini amat meriah sekali.bagi ku ia telah menaikkan semangat ku untuk terus berjuang dijalan dakwah ini.

sejauh pemantauan ku, konsert nasyid seperti ini tidak pernah lagi diadakan di malaysia. di mana penonton berlompat-lompat sambil menyanyikan lagu-lagu yang dipersembahkan. aku kurang pasti tetapi dalam anggaran ku lebih 500 orang penonton telah menghadiri konsert ini. dapat dilihat semangat pemuda-pemuda dan remaja-remaja yang hadir berkobar-kobar melaungkan takbir dan menyanyikan lagu-lagu jihad.

-Shautul Harokah (Soha)-
inilah ada beberapa gambar yang sempat aku ambil. ianya mungkin tidak berapa jelas kerana aku hanya mengunakan kamera 2 megapixel telefon bimbitku. dan ada juga video yang ku rakam.tetapi pixelnya pecah dan kabur. jadi aku tidak dapat aku kongsikannya disini.
tidak lupa juga pada malam itu muaz dan kumpulan nasyid Da'ie turut membuat persembahan yang cukup mantap. Da'ie telah memulakan persembahan malam itu dituruti oleh muaz dan shoutul harokah. dan sebelum majlis menutup tirai mereka membuat persembahan gabungan dengan menyanyi lagu "Islami ya quds". majlis ditutup dengan bacaan doa rabitoh dan qunut nazilah.
hasil daripada konsert ini, banyak pihak yang tertarik dengan persembahan Soha dan bercadang untuk memangil mereka untuk program-program akan datang. almaklumlah, mereka berjaya menaikan semangat para belia yang hadir pada malam itu. semoga, kehadiran mereka ke malaysia pada masa akan datang akan diadakan dengan lebih meriah lagi.insyaAllah..

Read more...

Monday, January 4, 2010

Menjadi Diriku

Pada post kali ini aku tidak bercadang untuk menaip panjang. Cukuplah sekadar gambar ataupun fotograf yang menceritakan perjalanan hidupku sepanjang sem ni ataupun sepanjang aku berdiam diri dalam masa beberapa minggu ini. banyak aktiviti yang ku lalui.bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. apa pun, semester 2 sesi 09/10 di uia ini amat menyeronokkan sekali. dan ia bakal berakhir. hendak diceritakan memang tidak kesempatan. hanya gambar-gambar menarik yang dapat ku kongsikan... v(^_~)v


INI SEJARAH KITA (ISK)
anjuran Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) dearah Gombak
-bersemangat selepas mendengar pengisian-
-pose maut selepas mandi air terjun-
-lompat semua..!!!!-

*gambar-gambar ketika program tidak berjaya ditayangkan


Aktiviti di Masjid KLIA

-titanic???-

-bersama YDP JIM Johor (tengah berbaju merah) -


Cash@Campus

anjuran persatuan ekonomi dan sains pengurusan (EMSS)

-wakil daripada Security Commision sedang menyampaikan ceramah-

-Timbalan Dekan KENMS, Dr. Zarinah (berdiri bertudung putih) turut menyertai aktiviti-

-para peserta yang memenuhi dewan-

Economics Championship 2010 (EC10)

anjuran persatuan ekonomi dan sains pengurusan (EMSS)
-khusyuk-

-mengaplikasikan ilmu first aid-

-malam perlawanan akhir: FC El-Guaje vs Gaza FC-

-malam perlawanan akhir; stage crew-

ASEAN LOGICS 2010 Conference

anjuran WAWASAN CLUB dan ASEAN Foundation

-full dress rehearsal; di main hall CAC-

-full dress rehearsal; di bilik sidang media-

-Tun Dr. Mahathir sedang menyampaikan ucapan-

-candid; sedang menungu sidang media Tun Dr. Mahathir selesai-

-memori bersama Tun Dr. Mahathir-

Seminar Mars dan Venus

26hb Februari 2010

anjuran KARISMA daerah gombak

-aku selaku pengrah program mengiringi En. Tarmizi, YDP JIM Gombak selaku perasmi majlis untuk menyempunakan simbolik perasmian-

-Dr. Harlina, Naib Presiden JIM banyak berkongsi cerita dan pandangan islam tentang interaksi lelaki dan wanita di dalam kerja-
-penyampaian bertenaga dari pak utih; menceritakan perbezaan lelaki dan wanita dari segi fizikal dan mental-


-para peserta yang terdiri daripada ahli KARISMA dan pelajar UIAM-


Islamic Performing Art Concert 2010

anjuran unit kebudayaan, UIAM
-PC crew bersama kumpulan nasyid Aspirasi dan Adi Akmal Deevotees-


-with love; PC crew-

-PC dan L.O.V.E-


-memori bersama Presiden UIAM, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Rektor, Profesor Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid-



IPAC 10 appreciation night

-IPAC PC crew-

-aku dan drum-

inilah beberapa cebisan gambar yang dapat ku kongsikan. ada juga gambar program yang tidak dapat ku paparkan seperti program Mahabah Week kerana tidak berkesempatan. walaubagaimanapun program anjuran economics and management society (EMSS) itu, bagiku terdapat banyak kekurangan. sambutan dari pelajar juga agak kurang. mungkin masalah dari segi pengurusan dan masa yang tidak mengizinkan. almaklumlah, aku sendiri tidak dapat memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya kerana program itu bertembung pada minggu yang sama dengan seminar mars dan venus dan ipac.

beberapa orang sahabat bertanya kepada ku. "tidakkah aku penat berprogram?tidak sibuk ke?" penat memang penat. sibuk memang sibuk. tetapi bagi ku, aku tidaklah sesibuk sesetengah orang yang lain. yang mana ada diantara pelajar-pelajar uia yang lain lagi sibuk dengan dunia berpersatuan ini. semua program yang aku sertai mempunyai sebab-sebab yang tertentu. sesetengahnya aku terima ajakan sahabat-sahabat ku kerana minat ku sendiri. ada juga kerana sekadar memenuhi permintaan dan sekadar menolong kerana ilmu dan pengalaman ku yang diperlukan. sesetengah program pula merupakan kewajipan bagiku untuk persiapan dihari muka dan persediaan menjadi seorang da'ie. tidak pernah ku kesali apa yang ku lalui ini. tidak pernah ku kesali jalan yang ku tempuhi ini. walaupun ada masa air keringat perlu dititiskan. walaupun kadang-kadang air mata jatuh ke bumi kerana kegagalan ku. namun, aku percaya. apa yang ku lalui ini adalah ketentuan Ilahi. ada hikmah atas setiap sesuatu. Tuhanku telah memberi pilihan kepada ku. dan inilah jalan yang ku pilih untuk menjadi diri ku.

seperti biasa di penghujung post aku akan berkongsi sebuah lagu. kali ini lagu ini merupakan tajuk post ini sendiri. bagiku, lagu ini adalah simbolik untuk meraikan diriku ini. kerana apa yang aku jadi hari ini adalah pilihan ku sendiri. v[^_^]v

tak seperti bintang di langit,

tak seperti indah pelangi,

kerana diriku bukanlah mereka,

ku apa adanya..

dan wajahku memang begini,

sikapku jelas tak sempurna,

ku akui ku bukanlah mereka,ku apa adanya...

menjadi dirikudengan segala kekurangan,

menjadi diriku,atas kelebihanku..

terimalah aku seperti apa adanya,

aku hanya insan biasa,

ku pun tak sempurna..

tetap ku bangga,

atas apa yang ku punya,

setiap waktu ku nikmati,

anugerah hidup yang ku miliki... (^_^)

nyanyian edCoustic



Read more...

Monday, December 28, 2009

"Sedekad Mengukuh Tekad"

PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL 2009
&
HIMPUNAN SAMBUTAN 10 TAHUN KARISMA
Pada 25hb dan 26hb disember yang lepas, KARISMA NASIONAL(KnL) dengan kerjasama KARISMA PETALING JAYA telah menganjurkan PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL 2009 (PKN 09) dan HIMPUNAN SAMBUTAN 10 TAHUN SAMBUTAN KARISMA (HS10TK). majlis yang gilang-gemilang itu bertempat di Masjid Umar Al-Khatab, Bukit Damansara, Selangor.


Program itu bermula dengan HS10TK pada pagi jumaat itu. Bertemakan "SEDEKAD BERAKSI, SEMARAK ASPIRASI", di sertai lebih 200 orang peserta dari seluruh Malaysia yang terdiri dari ahli-ahli KARISMA dan alumni KnL sendiri. Tujuannya adalah untuk kita sama-sama memuhasabah kembali perjalanan selama 10 tahun yang telah berlalu.

Pada malamnya pula diadakan majlis perasmian Perhimpunan KARISMA Nasional 2009 dan Himpunan Sambutan 10 Tahun KARISMA. majlis dirasmikan oleh Presiden JIM, Tuan Haji Zaid Kamarudin. diikuti pula dengan Ucapan Dasar Presiden KARISMA Nasional, Saudara Abdullah Omar Muhammad Fuad. Pada malam itu juga terdapat tayangang multimedia KARISMA, penyampaian cenderahati penghargaan buat peserta Misi Kasih Padang KARISMA dan pelancaran buku "Gerakan Dakwah Pelajar" tulisan Puan Manisah Manan.


Pada keesokan harinya, sesi perbahasan ucapan dasar Presiden KnL telah diadakan. Seramai 23 orang perwakilan telah berbahas pada hari itu. pelbagai aspek dan perkara telah dibangkitkan. semoga semua perkara tersebut akan dapat dipermantapkan dan dapat diperbaiki.
Setelah semua perwakilan selesai berbahas, pengerusi tetap perhimpunan telah secara rasminya mengumumukan perletakkan jawatan kesemua barisan pimpinan KnL 2009. Seterusnya, mantan Presiden KnL bagi tahun 2007 dan 2008 merangkap alumni KnL telah menyempurnakan perlantikan baru bagi barisan pimpinan KnL bagi sesi 2010. seramai 19 orang telah terpilih.

Majlis berakhir pada petang sabtu itu setelah ucapan dari Setiausaha Agong JIM Pusat, Tuan Haji Nahar Mohd Nor dan Presiden KnL 2010, Abdullah Omar Muhammad Fuad disampaikan. semua peserta PKN2009 beransur pulang selepas selesai menunaikan solat asar.
Semoga perhimpunan selama dua hari satu malam ini bakal menaikan semangat kita semua dalam menjalankan amanahNya sebagai seorang da'i dan khalifah di bumiNya dan seterusnya mengalas misi FIDAK 2015. semoga segala perangcangan bakal tercapai dengan jayanya.insyaAllah.

Read more...

Saturday, December 19, 2009

Mengapai Mentari, Mengecap Ketenangan (2)

Post ini merupakan sambungan daripada post yang sebelum ini iaitu Mengapai Mentari, Mengecap Ketenangan (1). Ia berkaitan rehlah yang aku dan sahabat-sahabat telah aturkan.


Seperti kebiasaan rehlah-rehlah yang lain. Ia bertujuan untuk mengikat silaturrahim agar ia semakin ketat dan utuh. Agar ia terus bertahan lama hingga membawa kesyurgaNya..Ameen InsyaAllah...


Bermula seawal 7.30 pagi yang indah 12hb Dis 2009 iaitu hari sabtu lepas. Rombongan berkumpul di tangga besar kebanggaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan menikmati sarapan pagi. semuanya berjalan agak lancar pada pagi itu kecuali aku yang agak kelewatan untuk bangun pagi itu. Tetapi syukur padaNya, aku masih sempat untuk menyertai rehlah ini walaupun sudah di tinggal konvoy. Kebetulan pula ada salah sebuah kereta jawatan kuasa rehlah yang bergerak agak lambat yang masih tidak jauh dari kampus. Apapun, semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju.


-keindahan cipataan Ilahi-

SubhanAllah...hanya satu perkataan itu saja yang terucap setelah kaki menjejakkan kaki ke kawasan air terjun itu. Sungguh indah alam ciptaanNya! Sambil berukhwah, kami mentadabbur alam ciptaan Ilahi. Sesunggunya, Engkau Maha Kaya.


Kumpulan konvoy telah pun samapi lebih kurang 15minit sebelum ketibaan ku. Setelah aku tiba mereka sudah pun memulakan permainan air di ketuai oleh penyelaras program iaitu Aliff. kami hanya sempat bermain 2 permainan iaitu bola air dan permainan naga.

-permainan Naga Air-

Selepas itu kami teruskan sesi taaruf di tepi air terjun. Sehinggakan kami terpaksa menjerit untuk berkata-kata di sebabkan bunyi air yang kuat.

Setelah penat mandi dan bermain air, kami bersiap dengan pakaian kering. Sambil menunggu makanan tengahari kami teruskan acara dengan mendengar sedikit pengisian daripada Akhi Hamka (Engineer) dan Akhi Fazdil (Master Engineering Automotive).

-khusyuk mendengar pengisian-


Alhamdulillah, perut yang kelaparan selepas penat bermain air telah diisi dengan nasi berlaukkan ayam kari. Kami menjamah makanan tengahari itu di dalam dulang.

Kumpulan rombongan lelaki bergerak pulang dahulu manakala rombongan perempuan masih belum selesai dengan aktiviti mereka. Aku, Marwan, Muaz dan Rahman diminta untuk pulang bersama-sama mereka.

-pose sebelum pulang-

Aktiviti yang ringkas tetapi padat dengan ukhwah dan pengalaman baru. Inilah salah satu cara yang kami anjurkan demi mendekati hati-hati yang dahagakan kasih sayang Sang Pencipta. Semoga langkah yang diatur akan terus maju tanpa henti walau duri menusuki kaki.


-peserta-peserta rehlah-

Waallahu 'alam.. (^^,)

gambar kredit kepada Akhi Zahid Zuhri

syukran akhi .. :)

Read more...

Tuesday, December 30, 2008

KKBK suatu pengajaran

Pada mulanya aku tidak ingin berkongsi tentang program ini.kerana ia suatu yang biasa bagi ku.tetapi selepas mendapati program ini berjaya memasuki akhbar Sinar Harian, aku mengubah fikiran ku.
program yang ku maksud kan itu adalah Karnival Kebudayaan Belia & Komuniti (KKBK). anjuran KARISMA. anda dapat melihat iklan tentang program ini pada post ku yang bertarikh 21 dis lalu.

KKBK suatu pengajaran?

mungkin semua urusetia yang terlibat dalam program ini akan bersetuju dengan pendapat ku ini. anda pun akan setuju andainya anda berkunjung ke karnival itu. sebagai seorang urusetia KKBK saya akui terdapat banyak sangat kekurangan dalam organisasi karnival.malah ada peniaga juga menegur dan memberi nasihat kepada kami.tidak kurang pula yang marah akan pengurusan karnival ini yang masihbelum profesional.apa pun segala nasihat dari semua pihak kami terima dengan hati yang terbuka. sesungguhnya kami masih belajar dan memohon agar di beri tunjuk ajar.

buat semua urusetia, teruskanlah berusaha untuk menganjurkan program seumpama ini.berfikirlah secara posotif.sesungguhnya apa yang disusunNya itu ada hikmah disebaliknya.mungkin Dia sedang mengajar kita tentang sesuatu dari program ini.sebagai seorang yang berfikir adakah kita melihatnya?marilah kita sama-sama bermuhasabah. menilai kembali dimana silap dan kurangnya kita. mungkin kita ada membuat kesilapan terhadapNya.siapa tahu.

apa pun di kesempatan ini ingin ku ucapkan jutaan terima kasih kepada YB Rodziah Ismail dan kerajaan negeri Selangor atas sumbangan kewangan dan sokongan moral yang di berikan. tidak lupa juga kepada para penaja yang turut serta memberi sumbangan.

KKBK dalam Sinar Harian

Read more...

Tuesday, October 21, 2008

Riang Ria Ijtima' Aidilfitri AMAL UIAM

Pada 19hb Alumni Maahad Muhammadi(AMAL) telah mengadakan Ijtima' Aidilfitri AMAL UIAM.kehadiran agak kurang memberangsangkan tetapi program tetap berjalan lancar.Alhamdullillah...
Program dimulakan dengan ucapan dari persiden AMAL UIAM,dan diteruskan kepada ucapan wakil pelajar yang bakal graduat dari UIA iaitu bro asyraf dan sis fadilah.acara pada malam itu diteruskan pula dengan acara penyampaian cenderamata kepada pelajar yang bakal graduat iaitu seramai 10 orang.




tidak seri majlis tanpa persembahan sebagai kenangan.pada mlam itu kami dimuliakan dengan kehadiran seorang artis tanahair,Halim dari kumpulan Deevotees.kami sempat menyaksikan persembahab Halimberduet dengan Fakri, timb. presiden AMAL.dan di ikuti oleh persembahan lakonan dari wakil AMAL.
sebelum bersurai seperti kebiasaan majlis hari raya yang lain jamuan makan tidak pernah ketinggalan.kami di jamukan dengan nasi beryani yang ditaja oleh salah seorang ahli AMAL.Jutaan terima kasih diucapkan.
tidak banyak gambar yang boleh ku pertontonkan kerana pada malam itu ku sendiri menjadi pengacara majlis.suatu bidang yang mencabar dan baru bagi ku.apapun,aku sempat merakam sedikit keratan persembahan dari Halim yang menyanyikan lagu Ayat-Ayat Cinta...sekian..(^0^)



Read more...