Monday, January 4, 2010

Menjadi Diriku

Pada post kali ini aku tidak bercadang untuk menaip panjang. Cukuplah sekadar gambar ataupun fotograf yang menceritakan perjalanan hidupku sepanjang sem ni ataupun sepanjang aku berdiam diri dalam masa beberapa minggu ini. banyak aktiviti yang ku lalui.bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. apa pun, semester 2 sesi 09/10 di uia ini amat menyeronokkan sekali. dan ia bakal berakhir. hendak diceritakan memang tidak kesempatan. hanya gambar-gambar menarik yang dapat ku kongsikan... v(^_~)v


INI SEJARAH KITA (ISK)
anjuran Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) dearah Gombak
-bersemangat selepas mendengar pengisian-
-pose maut selepas mandi air terjun-
-lompat semua..!!!!-

*gambar-gambar ketika program tidak berjaya ditayangkan


Aktiviti di Masjid KLIA

-titanic???-

-bersama YDP JIM Johor (tengah berbaju merah) -


Cash@Campus

anjuran persatuan ekonomi dan sains pengurusan (EMSS)

-wakil daripada Security Commision sedang menyampaikan ceramah-

-Timbalan Dekan KENMS, Dr. Zarinah (berdiri bertudung putih) turut menyertai aktiviti-

-para peserta yang memenuhi dewan-

Economics Championship 2010 (EC10)

anjuran persatuan ekonomi dan sains pengurusan (EMSS)
-khusyuk-

-mengaplikasikan ilmu first aid-

-malam perlawanan akhir: FC El-Guaje vs Gaza FC-

-malam perlawanan akhir; stage crew-

ASEAN LOGICS 2010 Conference

anjuran WAWASAN CLUB dan ASEAN Foundation

-full dress rehearsal; di main hall CAC-

-full dress rehearsal; di bilik sidang media-

-Tun Dr. Mahathir sedang menyampaikan ucapan-

-candid; sedang menungu sidang media Tun Dr. Mahathir selesai-

-memori bersama Tun Dr. Mahathir-

Seminar Mars dan Venus

26hb Februari 2010

anjuran KARISMA daerah gombak

-aku selaku pengrah program mengiringi En. Tarmizi, YDP JIM Gombak selaku perasmi majlis untuk menyempunakan simbolik perasmian-

-Dr. Harlina, Naib Presiden JIM banyak berkongsi cerita dan pandangan islam tentang interaksi lelaki dan wanita di dalam kerja-
-penyampaian bertenaga dari pak utih; menceritakan perbezaan lelaki dan wanita dari segi fizikal dan mental-


-para peserta yang terdiri daripada ahli KARISMA dan pelajar UIAM-


Islamic Performing Art Concert 2010

anjuran unit kebudayaan, UIAM
-PC crew bersama kumpulan nasyid Aspirasi dan Adi Akmal Deevotees-


-with love; PC crew-

-PC dan L.O.V.E-


-memori bersama Presiden UIAM, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Rektor, Profesor Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid-



IPAC 10 appreciation night

-IPAC PC crew-

-aku dan drum-

inilah beberapa cebisan gambar yang dapat ku kongsikan. ada juga gambar program yang tidak dapat ku paparkan seperti program Mahabah Week kerana tidak berkesempatan. walaubagaimanapun program anjuran economics and management society (EMSS) itu, bagiku terdapat banyak kekurangan. sambutan dari pelajar juga agak kurang. mungkin masalah dari segi pengurusan dan masa yang tidak mengizinkan. almaklumlah, aku sendiri tidak dapat memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya kerana program itu bertembung pada minggu yang sama dengan seminar mars dan venus dan ipac.

beberapa orang sahabat bertanya kepada ku. "tidakkah aku penat berprogram?tidak sibuk ke?" penat memang penat. sibuk memang sibuk. tetapi bagi ku, aku tidaklah sesibuk sesetengah orang yang lain. yang mana ada diantara pelajar-pelajar uia yang lain lagi sibuk dengan dunia berpersatuan ini. semua program yang aku sertai mempunyai sebab-sebab yang tertentu. sesetengahnya aku terima ajakan sahabat-sahabat ku kerana minat ku sendiri. ada juga kerana sekadar memenuhi permintaan dan sekadar menolong kerana ilmu dan pengalaman ku yang diperlukan. sesetengah program pula merupakan kewajipan bagiku untuk persiapan dihari muka dan persediaan menjadi seorang da'ie. tidak pernah ku kesali apa yang ku lalui ini. tidak pernah ku kesali jalan yang ku tempuhi ini. walaupun ada masa air keringat perlu dititiskan. walaupun kadang-kadang air mata jatuh ke bumi kerana kegagalan ku. namun, aku percaya. apa yang ku lalui ini adalah ketentuan Ilahi. ada hikmah atas setiap sesuatu. Tuhanku telah memberi pilihan kepada ku. dan inilah jalan yang ku pilih untuk menjadi diri ku.

seperti biasa di penghujung post aku akan berkongsi sebuah lagu. kali ini lagu ini merupakan tajuk post ini sendiri. bagiku, lagu ini adalah simbolik untuk meraikan diriku ini. kerana apa yang aku jadi hari ini adalah pilihan ku sendiri. v[^_^]v

tak seperti bintang di langit,

tak seperti indah pelangi,

kerana diriku bukanlah mereka,

ku apa adanya..

dan wajahku memang begini,

sikapku jelas tak sempurna,

ku akui ku bukanlah mereka,ku apa adanya...

menjadi dirikudengan segala kekurangan,

menjadi diriku,atas kelebihanku..

terimalah aku seperti apa adanya,

aku hanya insan biasa,

ku pun tak sempurna..

tetap ku bangga,

atas apa yang ku punya,

setiap waktu ku nikmati,

anugerah hidup yang ku miliki... (^_^)

nyanyian edCoustic



Read more...

Nasi Maqlubah

Seperti ku katakan, setiap hujung minggu ku penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik. namun aku sempat meluangkan masa bersama sahabat-sahabat seperjuangan ku untuk memasak. memasak?? tentu ia mengejutkan. bukanlah aku yang memasak tapi cukuplah setakat membantu mereka yang lebih mahir dalam bidang itu.
seperti tertera pada tajuk diatas kami memasak nasi maqlubah ia merupakan resipi dari timur tengah. pernah aku saksikan di kaca televisyen cara mereka membuat masakan yang enak itu. namun, kali ini aku berpeluang untuk membuat dan merasanya. di sini aku ingin berkongsi resipi dan cara membuatnya..

selamat mencuba...!!!

Bahan-bahan:
3 gelas beras Thailand Sunwhite.
1 peket syairiyyah (vermicelli)
1 biji terung besar (bazinjan)
1 ketul kentang besar
1 bunga kobis (zahri)
3 biji lemon (potong)
1 biji bawang besar(potong dadu)
1 batang kayu manis.
Air Rempah (baharat).
2 sudu besar serbuk kunyit (kurkum/usfur)
2 sudu besar rempah campuran (baharat musyakkal)
2 sudu besar serbuk cumin (jintan) (kammon)
2 sudu besar rempah kabsah
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah lada putih
2 sudu besar serbuk halia (zanjabil)
#kalau tidak ada rempah di atas, masukkan rempah-rempah yang anda ada.

-pembantu chef, umair(kiri) & anwari(kanan)-

Cara-cara:

1. Basuhkan beras.
2. Rendam beras selama 20 minit.
3. Bersihkan ayam dan potong 8 bahagian (mengikut kesesuaian)
4. Rendam ayam selama setengah jam dalam perahan lemon dan sedikit air.
5. Sementara itu panas air setengah periuk besar.
6. Setelah air menggelegak, masukkan ayam yang telah direndam dengan lemon tadi.
7. Masukkan 1 sudu besar setiap rempah-rempah di atas.
8. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu sebatang kayu manis.
9. Rebus ayam tersebut hingga masak.


Sementara itu...
1. Kupaskan kulit terung.
2. Potong terung anggaran 1/2 inci tebal.
3. Terung direndam dengan sedikit garam (supaya apabila digoreng, terung tidak menyerap banyak minyak)
4. Kupas kentang.
5. Potong kentang 1/2 inci tebal
6. Potong bunga kobis.

Panaskan minyak.
Goreng terung sehingga kekuningan dan angkat.
Goreng kentang sehingga kekuningan dan angkat.
Goreng bunga kobis hingga kekuningan dan angkat.
Goreng syaiiriyyah hingga garing dan angkat.

-pembantu chef, Marwan-

Sementara itu...
1. Beras ditoskan dan letakkan dalam besen.
2. Gaul beras denga sedikit garam.
3. Masukkan satu sudu besar setiap rempah dan gaulkan dengan beras.
4. Masukkan syairiyyah dan gaulkan bersama beras.
5. Biarkan seketika.
6. Sediakan periuk di atas api.
7. Masukkan 1/4 campuran beras di atas.
8. Masukkan ayam (dari sup)
9. Masukkan 1/4 beras di atas.
10. Masukkan terung goreng.
11. Masukkan1/4 beras.
12. Masukkan kentang goreng.
13. Masukkan 1/4 beras.
14. Masukkan bunga kobis goreng.
15. Akhir sekali masukkan sup ayam yang telah ditapis.
16. Kalau sup ayam tidak cukup, tambah air panas sehingga air mencecah 1 inci (2 jari) atau lebih sikit dari paras beras dan campuran. (jangan tambah air sejuk.) Masak di atas api sederhana atau di dalam oven.
-ketua chef, Moja-

Selepas semuanya selesai. dan masa untuk makan. tetapi, segala menu diatas tidak sempurna tanpa sentuhan terakhir ini.ia merupakan antara syarat penting untuk menjadikannya 'nasi maqlubah'.kerana 'maqlubah' bermaksud terbalik..saksikan..


video


ittadukimas!! (^_^)


p/s: resipi ni copy dari orang lain punya website.so, kalu ade yang tak faham tu buat2 faham la...

Read more...

Friday, January 1, 2010

"Bercinta Sampai ke Syurga"

Tentu para pembaca sekalian agak terkejut dan terkesima apabila terbaca tajuk "entry" di atas kn? mungkin dalam andaian pemikiran kalian aku akan berkongsi tentang perkara yang jiwang dan romantik ataupun isu 'cinta islami'. seandainya itulah andaian kalian, maka tidaklah jauh sangat ia tersasar.
Perkara yang ingin ku kongsikan kali ini adalah tentang sebuah buku yang baru saja aku selesai membacanya. anda boleh katakan ini ruang "book review" walaupun aku tidaklah sehebat itu untuk berbuat sedemikian. walaubagaimanapun, buku ini merupakan segelintir buku yang berjaya aku baca dari 'kulit ke kulit'. berbeza dari buku yang lain, yang kebanyakannya hanya ku baca sekadar untuk mencari jawapan kepada persoalan ataupun penyelesaian kepada masalah ku.dan aku berhenti membaca setelah aku mendapat apa yang inginkan. oleh itu, tidak banyak buku yang ku baca sampai khatam.

Namun, seperti mana aku telah nyatakan pada post ku yang lepas. aku ingin berubah. berubah menjadi seorang yang rajin membaca buku-buku ilmu dan fikrah. dan aku dapati buku ini dapat menarik minat ku..


Terus kepada isu yang di bincangkan, buku ini karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. lebih dikenali dengan Abu Saif yang mengasaskan ruang blog saifulislam.com. buku karangannya ini merupakan sambungan ataupun siri ke-2 bagi buku 'Aku Terima Nikahnya'. oleh itu buku ini mendapat nama Aku Terima Nikahnya 2 - Bercinta Sampai ke Syurga.

Suatu hari yang lepas, seorang sahabatku bertanya padaku tentang buku yang sedang aku baca ini. namun, aku tidak memberi tahu kepadanya. mungkin kerana aku agak segan untuk memberi tahu pada masa itu. mungkin dia akan dapat jawapannya setelah menbaca 'entry' kali ini.

Buat pengetahuan kalian, aku masih belum membaca buku siri pertamanya itu walaupun aku telah membeli kedua-dua siri itu. ini kerana siri yang pertamanya aku telah hadiahkan kepada kakak ku untuk meredakan sedikit masalah hati yang dia sedang hadapi. mungkin setelah membacanya dia akan merasa lega.

Buku ini banyak menceritakan tentang kehidupan rumah tangga dan permasalahan-permaslahannya. tidak dinafikan jua terdapat ruangan sebelum mendirikan rumah tangga.namun, dapat ku rasakan yang bahawa aku sepatutnya masih belum sesuai untuk membaca buku ini melihatkan diri yang masih jauh dari alam itu. tapi, ku redahi jua buku yang setebal 271 muka surat itu.

Penulis ada mengongsikan tentang pengalaman-pengalaman beliau dan isu-isu masa sebelum perkahwinan, keibubapaan dan juga masalah-masalah rumah tangga yang merumitkan. beliau turut menceritakan bagaimana perkahwinan diantara 'ikhwah' dan 'akhwat' ataupun 'muslimin' dan 'muslimat' yang perkahwinan mereka didirikan atas dasar tarbiah yang jauh dari dosa dan maksiat, malah memilih pasangan sefikrah unutk bersama masih menghadapi masalah-masalah rumah tangga hingga hancur bertaburan. bila difikirkan semula agak pelik. namun, itulah realiti hari ini. buku ini mengupas masalahnya dan membandingkan mereka yang mendirikan syariatullah dan sunnatullah.

TANGGUNGJAWAB TANPA CINTA ADALAH BEBAN DAN DERITA


ini merupakan salah satu point yang ingin ku highlightkan. dalam buku ini, penulis cuba menceritakan bagaimana perkahwinan boleh goyah andai tiada rasa cinta di dalam sesebuah rumah tangga. beliau turut menyebut tentang isteri yang akan mempertikaikan peratusan cinta suami terhadapnya. permasalahan ini amatlah ketara. ini akan melibatkan keikhlasan pasangan dalam menjalankan tugasan terhadap pasangannya. segala tanggungjawab dan kerja rumah tangga akan dirasakan seperti terpaksa dan membebankan. langkah yang sewajarnya perlu diambil oleh pasangan masing-masing agar ia dapat diselesaikan. pelbagai punca yang boleh menyebabkan kejadian ini antaranya ialah tujuan dan bagaimana perkahwinan itu didirikan.
namun, bagi yang masih jauh dari alam perkahwinan itu, dapat ku katakan teori ini juga berguna dalam hidup ku dan seluruh kaum manausia yang lain. sebagai seorang pelajar dan pekerja, kita sepatutnya mencintai apa yang kita lakukan. 'we should love what we do'. dengan itu barulah lahir rasa ikhlas dalam berkerja. dan kualiti kerja kita akan menjadi lebih elok. ia berkaitan motivasi diri dalam menangani sesuatu hal.
nampaknya sampai di situ saja perkongsian buku ku ini. buku ini aku baru sahaja selesai membacanya pada khamis malam (31/12/09) dan sekarang aku telah pun memulakan buku bacaan baru. insyaAllah, akan ku kupasnya setelah aku selesai membacanya.
sekian...

Read more...