Dengan Nama-Mu yang Maha Pemurah dan Maha Pengsihani...
Sudah sekian lama aku tidak menambah cerita-cerita baru di ruang luahan hati dan minda ku ini. alasannya tidak lain dan tidak bukan diriku asyik 'buzy' memanjang dan mood yang tiada selera untuk ber'blogging'..
Apapun, untuk pengetahuan semua, semester 2 sesi 2009/2010 telah bermula bagi mahasiswa yang menuntut ilmu di taman ilmu dan budi sepertiku. ikut banyak juga cerita yang ingin ku coret kan di ruangan ini. Almaklumlah, sudah lebih kurang 1 semester ataupun 3 atau 4 bulan ku tidak meng'update' blog ini. di ruangan ini aku hanya ingin beerkongsi tentang ujian Allah yang telah menimpaku... subhanallah, berat nya tidak terdaya untuk ku menanggung. walaupun begitu ku gagahi jua agar aku terus berdiri di bumi yang fana ini. keputusan peperiksan akhir semester lepas tidaklah memberangsangkan sangat. kecewa?sungguh aku kecewa.mungkin dek kekurangan kerajinan sendiri dan tabiat yang tidak sepatutnya ada pada di seorang pelajar cemerlang. aku akur dengan takdir Nya. namun, banyak perubahan yang perlu dilakukan dalam menuju jaya di dunia dan di akhirat. persoalannya mampukah aku istiqamah setelah aku membuat keputusan untuk berubah??sungguh sukar bagi ku. namun, perjalanan harus diteruskan. kaki harus terus melangkah.
Soal hati?? aku sudah pun mendapat jawapan yang ku nantikan. sesungguhnya, aku tidak terkejut dengan jawapan itu. kerana aku sudah bersedia untuk menghadapinya.malah ia seperti yang ku jangkakan. mungkin diri ku ini yang terlalu banyak kekurangan untuk memiliki seseorang seperti itu. apa pun aku doakan yang terbaik buat dirinya. semoga hidup diberkati Ilahi. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan setiap sesuatu.
Syukur alhamdulillah, disebalik ujian itu, Allah yang Maha Esa telah mengurniakanku peluang untuk aku membuat pengkhususan dalm bidang perakaunan. para sahabat ku berkata bidang itu bukan nya mudah perlu kerajinan dan kegigihan. apa pun ia sudah cukup untuk mengembirakan ku kerana itulah permintaan ibu bapa ku. semoga mereka gembira apabila mendengarnya.
Mungkin ada yang masih belum ketahui, ibu bapa ku sekarang berapa di tanah suci. pergi menunaikan rukun islam ke-5. mereka berlepas pada 14hb nov yang lepas.dan insyaAllah akan pulang 20hb dec ini.doa ku, semoga selamat perjalanan pergi dan pulang mereka.insyaAllah..
Sehingga disini saja coretan ringkas ku.sekadar berkongsi cerita dan emosi. kali ini ingin kuk berkongsi sebuah lagu yang bertajuk 'selamat tinggal silamku'.nyanyian NowSeeHeart.
waakhirulkalam.doakan ku agar terus berjaya di bumiNya ini.
wassalam~ ^_^v
Judul : Selamat Tinggal Silamku
Album : Berjalan Melihat Mentafsir
Munsyid : NowSeeHeart
Pergi jauh dariku
Biarkanku
Jangan ganggu diriku
Hai Silamku
Berat sudah kutanggung beban ini
Kelak kanku ganti dengan senyuman
Walaupun pahitnya masih ku terasa
Mungkin kali ini
Kanku mampu mengharungi
Pimpin jiwaku inidiri yang lemah
Kelak kanku ganti dengan senyuman
Walaupun pahitnya masih ku terasa
Mungkin kali ini
Kanku mampu mengharungi
Pimpin jiwaku inidiri yang lemah
Oh Kasihku
Selamat tinggal silamku
pergi jauh dariku
Selamat tinggal silamku
pergi jauh dariku
Lagu: Abu Bakar Yatim
Lirik: Mujahid Abdul Wahab, Idzhar Jumali, Iman & Firdaus.
Hakcipta Lagu: Raihan Cipta
Hakcipta Lirik: Gurindam Cipta
2 ulasan:
ALLAH beri apa yang kita perlu
ALLAH uji apa yang kita mampu...
tujuan kehidupan hanyalah satu, LILLAHI RABB
Selepas panas, pasti ada dingin, selepas ujian pasti ada hikmah...
usaha dan tawakal...
yup...off course..indeed..
inna solati wanusuqi wa mahyaya wa mamati lillahi rabbil a'lamin..:)
Post a Comment