Beberapa minggu kebelakangan ini hati ku tidak berapa keruan. Entahlah apa yang menganggu samada hanya mainan syaitan laknatullah atau pun ia memang benar hati ku yang berkata. Sungguh aku tidak mengerti apa yang tersurat di hati sendiri..aduh..
Walauapapun, terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti ini bukanlah sesuatu yang menguntungkan. Di dunia apatah lagi untuk bekalan akhirat. Hanya memendam kehendak demi kepentingan semua adalah keputusan terbaik. apatah lagi terdapat halangan yang membantutkan cita. "Ah, lupakan sahaja dan serahkan saja padaNya yang Esa". Getus hatiku yang yang keberatan untuk menerima sesuatu takdirNya.Astagfirullah.Ampuni hambaMu yang hina dina ini Ya RabbulIzati.Berikanlah aku kekuatan menghadapi ujian Mu, sungguh lemah diri ini andai aku gagal menghadapinya.
Entah mengapa, dalam keadaan yang hati yang bercelaru ini ku temui sesuatu yang yang mampu menenangkannya. sudah tentu cara yang paling utama adalah mengadu padaNya disepertiga malam(walaupun aku jarang melakukannya..huhuh).tetapi ia menggambarkan suasana yang sedang ku hadapi sekarang. Ia membuatkan perasaan ku ibarat dijentik oleh 1 buah lagu yang ku maksudkan itu bermain ditelinga. Sungguh menyedarkan kembali akan realiti hidup ini. Sehinggakan ku mengulanginya beberapa kali untuk sekian waktu sebagai motivasi diri. Lagu tersebut adalah nyanyian UNIC iaitu Atas Nama Cinta. Lagu yang ber'genre'kan nasyid ini sudah lama berada dipasaran nasyid malaysia. Namun, tidak pernah pula aku betul-betul menghayati makna liriknya yang bagi ku sungguh menginsafkan. Andai kalian ingin mendengarnya boleh sahaja kalian menekan ke tajuk lagu tertera yang telah di'link'kan untuk dimuat turun.
Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya.
Walaubagaimana sekalipun, musim peperiksaan sudah pun bermula.masa untuk kembali ke dunia nyata dan menghabiskan segala yang telah aku mulakan, iaitu pelajaranku.semester ini semster pendek. sungguh cepat dan pantas masa berlalu tapi alhamdulillah aku masih mampu berdiri teguh menghadapinya. hanya 2 subjek yang perlu ku harungi dan semoga Allah pernudahkan segalanya..ameen ya rabbal 'alamin..Disamping itu, kesibukan Economics Fiesta 2009(E-Fest '09) yang bakal menjelma pada julai depan, masih banyak kerja yang perlu dilaksanakan. sehingga aku terpaksa mengorabankan cuti ku nanti untuk kerja-kerja publisiti program. kemungkinan aku hanya sempat melawat atuk yang amat ku rindui yang semakin tenat di JB itu.Ibu bapa ku juga mungkin tidak sempat ku temui, kerana mereka terpaksa terbang ke sabah pada awal julai ini selama 1 minggu...waduh..cek rindu kat mak abah(dalam loghat kedah)..
7 ulasan:
syukaran.. :)
rasa yg dtg dr hati itu hakiki,but its a challenge to handle it.If u think its important in d path to get ur goal in dis life,keep it. If not so let it out frm burden ur mind. Gudluck 4 evrytin:)
yelah..btol3..
kne bt istikarah n kuatkn tawakal kat Allah..
insyaAllah..i'll do my best..
ehem!
hehe :P
i pray for the best untuk ko :)
ape yg ehem tu..hehe
tq izah.. :)
"Ya muqallibal qulub, thabit qulubana a'la dinnik wa'ala tho'atik" ameen...
amenn~~ (-_-)
Post a Comment