masa akan terus berlalu, usia akan terus tua. hari akan terus berubah. tetapi adakah kita berapa di pada waktu yang sepatutnya? Tahun Baru Hijrah sudah bermula. Tahun Baru Masihi bakal menjelang tiba. apakah azam kita sudah diperbaharui? persoalan yang paling penting, apakah azam tahun lepas sudah kita penuhi? andai sudah terlaksana Alhamdulillah. semoga usaha terus maju ke hadapan. andai belum terlaksana, percayalah perjalanan kita masih panjang. masih belum terlambat untuk terus melangkah. tapi pastikan kita melangkah ke arah yang betul.
hari ini aku sungguh gembira, entah mengapa. alangkah indahnya jika setiap hari begini. sehinggakan aku telah membeli beberapa buku bacaan dan beberapa buah daripada itu Aku hadiahkan kepada sahabatku. bagiku, aku seorang yang malas membaca tetapi ingin aku ubah sifat itu. mungkin ini satu permulaan dari perubahan yang ini ku buat dalam hidupku. semoga apa yang ku impikan ini menjadi kenyataan apabila tahun ini berakhir.
baiklah, masa untuk ber'blogging' sudah tamat. ingin ku luangkan masa dengan menbaca buku-buku ilmu. akhir sekali, ingin ku kongsi kan moto tahun baru ku iaitu:
"STUDY HARD, WORK HARD, PLAY HARD AND PRAY HARDER"
2 ulasan:
hhhhhhhhooo.ni la keje ko eyh usung notebook?
apdet blog.
ahha
ape2 pon bace blog aq gak!
yelah nk buat ape lg..huhu
nti free aku singah buat kecoh kat blog ko eh..hehe
Post a Comment