Tuesday, June 16, 2009

singgah sebentar di taman metropolitan

Di balik kesibukan diri ini dalam urusan harian yang penuh dengan tekanan, kehidupan yang penuh dengan asignment, quiz, test, dan tugas-tugas seorang mahasiswa mahupun sebagai seorang da'i di bumi-Nya, aku bersama kakakku, kak huda, kak yati dan seorang lagi sahabat mereka, Hidayah, sempat membawa diri ini ke sebuah tempat yang indah dan tenang. Itulah Taman Metropolitan, Kepong. Taman ini amat terkenal sebagai tempat bermain layang-layang.





Terletak tidak jauh dari Taman Ilmu dan Budi, UIA hanya mengambil masa kira-kira 15minit perjalanan berkereta. Walaupun pada asal rancangan kami keluar bersama hanya pergi mencari santapan tengahari, kami telah terlajak ke giant untuk membeli sedikit makanan dan kemudian ke taman itu pula. biasalah alang-alang sudah keluar biarlah hingga ke petang, alang-alang mencelup perkasam biarlah ke pangkal lengan (ade kaitan ke?..haha).




Aku tergamam di saat mataku pertama kali memandang kearah taman reakreasi yang terbentang luas serta bertasik nan indah itu. kelihatan kemeriahan yang amat menenangkan bersama kanak-kanak, keluarga, dan para remaja sedang beriadah dan beristirehat. dari luar pagar taman itu sudah kelihatan bepuluh-puluh layang-layang bertebangan diawanan. banyak aktiviti yang dapat dilakukan disana antaranya, berjogging, berbasikal, bersenam, dan bermacam-macam lagi.

Tidak aku nafikan ada juga terdapat perkara yang amat merosakkan pandangan mata apabila kelihatan beberapa 'couple' sedang bermesra-mesra dan bertepuk-tampar. beberapa kali kami mengutuk apabila mata dan hati merasa berat untuk menerima. tetapi apakan daya dinegara ini ia dipanggil hak peribadi selagi tiada kuasa penguatkuasaan dari pihak yang sepatutnya, perkaara sejijik itu akan terus berlaku. maka, disitulah tugas-tugas para da'i dipertangungjawabkan.


apapun tujuan dan niat untuk beristirehat dan menangkan fikiran dari masalah peribadi tetap tidak dirosakkan. kami sempat duduk santai dan menjamah coklat yang kami beli di pasaraya giant. kami duduk di tepi tasik nan luas, seluas mata memandang dan melupakan segala masalah harian. menarik nafas hela sambil bergelak ketawa. hati yang resah kembali tenang.


Satu petang yang indah, satu hari yang bahagia. Andaikan setiap hari kita akan merasa setenang itu. tetapi apakah ada orang yang sentiasa bahagia? sudah tentu tidak,setiap manusia tidak lari dari masalah duniawi apatah lagi ukhrawi. Walaubagaimanapun, sebagai muslim kita dituntut untuk mencari ketenangan diri di dunia ini bukan mencari masalah yang membelenggu jiwa.




p/s:dedikasi buat kak huda, kak yati n dayah
senyum sokmo,la tahzan (^_^)

4 ulasan:

Beejan said...

dorang tu kakak enta yang betol ker?

Ahmad Usamah said...

tak la..
kenal mse dlm society..

keretasorong said...

ramainya benda berenang dilanggit biru???

.:.rosak gile BM, sem dpn nk amek BM lah =p

Ahmad Usamah said...

to kereta sorong
erkk..
xphm la..ade mksd tersirat ke mmg ade typo error?huhu