Sunday, December 13, 2009

Mengapai Mentari, Mengecap Ketenangan (1)


Post kali ini ingin ku kongsikan tentang 2 rehlah yang telah aku sertai. satu di pantai Bagan Lalang dan satu lagu di kawasan air terjun Hulu Yam. kedua-dua rehlah itu dianjurkan pada mingu lepas.

9 Dis 2009, Rabu
Bagan Lalang,

Seawal jam 4.30 pagi aktiviti rehlah kami sudah bermula. aku, marwan, muaz dan rahman telah bermalam di surau zubair pada malam itu untuk bangun menunaikan qiamullail sebelum bergerak ke destasi pada pukul5. mengikut perancangan, kami akan menunaikan subuh di tepi pantai dan menyaksikan keindahan matahari terbit diufuk barak nan indah. pada awal pagi itu kami disertai lagi oleh beberapa oranag sahabat yang akan turut sama menyertai rehlah ini. Hakim, Syazwan, Faris, Daniel, dan Nabil turut menunaikan ibadah disepertiga malam itu.


Diatas sebab-sebab kelewatan dan masalah kekeliruan tentang laluan mana yang hendak kami lalui untuk ke sana, kami hanya sempat menunaikan subuh di masjid Universiti Putra Malaysia(UPM) dan mentari terbit juga hanya sempat kami lihati dari dalam kereta. namun perjalanan harus diteruskan mungkin ketenangan hanya mampu kami kecapi disana.
-kelihatan beberapa chalet yang sedang dibina dikawasan tepi pantai-

Rombongan yang sertai 9 jejaka menaiki dua buah kereta itu tiba di persisiran pantai Bagan Lalang lebih kurang pada jam 8 pagi. agak kecewa kerana air pantai yang masih surut. kami mulakan 'mood' pagi itu dengan sesi taaruf sambil menjamah biskut dan air kosong yang dibawa dari kampus. pelbagai cerita yang di kongsikan. pelbagai perkara baru yang dapat dipelajari dari sahabat yang lain. kami juga sempat menceritakan kisah hidup kami yang jarang diketahui oleh orang lain. sungguh menarik buat kami semua.

-sesi taaruf, pelbagai cerita yang dikongsikan-


-Daniel dan Syazwan khusyuk mendengar-

Air pasang semakin menghampiri persisiran pantai setelah kami selesai sesi taaruf. kemudian aku dan nabil pergi mencari sedikit makan pagi dek perut yang kelaparan. sedang yang lain bersiap dengan pakaian mandi dan sempat juga menunaikan Solat Sunat Dhuha di tepi pantai bersejadahkan pasir pantai nan suci.
















-solat sunat Dhuha-


Aku hanya menyaksikan para sahabat yang lain bermain bola air sambil menenangkan fikiran dan memikirkan masa depan ku yang mungkin banyak perubahan perlu kuhadapi.


Setelah puas bermandi-manda kami bersiap dan berangkat pulang. dalam perjalanan kami sempat singgah makan tengahari di kawasan CFSIIUM, Nilai. Alhamdulillah, aku sempat menyertai kelas pada jam 2 petang itu.


Alhamdulillah, hatiku yang agak kusut pada ketika itu kembali tenang. Semangatku telah pulih untuk terus melangkah untuk hari yang mendatang. Pelbagai lagi cabaran sebagai seorang khalifah di muka bumi ini harus ku tempuhi. Terima kasih buat para sahabat kerana memberi sokongan yang diberi. Semoga semua mendapat redha dariNya.

-Laskar Mentari-

Peserta Rehlah

8 ulasan:

keretasorong said...

lagu dlm memori mp3 kepalaku.

" air pasang PAGI, surut pukul 5,.... "

.::.nyayian WaWan

huhuhuhu


.:."WaKTU aDalaH sEbaHAGIAn dR PEYELeSaIAn" (^_^)

Ahmad Usamah said...

haha..best nye wawan n maman nyanyi..tlg nyanyi lagu bangau plak..haha :P

marwan_amz said...

Apa Maman ngan Usamah nak declare WAR?

mu'az said...

uit...gambar nk credit
hahahahhja

Ahmad Usamah said...

owh lupe letak..
nti la len kali..huhu

Danial Izzat said...

knp muka ana mcm x mndi je! hahaha

Danial Izzat said...

knp muka ana mcm x mndi je! hahaha

Ahmad Usamah said...

gmbr yg mane???
da mmg xmandi kot :P