Saturday, June 20, 2009

buat mereka yang bergelar pelajar

MUSIM PEPERIKSAAN SUDAH BERMULA...!!!
Bagi pelajar UIA, gombak khususnya dan umumnya kepada mereka yang bergelar pelajar diluarsana yang senasib dengan kami, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER !!!


PELAJARAN DAN KESIHATAN

Bagi pelajar Taman Ilmu dan Budi, UIA sesetengah dari mereka sudah pun memulakan peperiksaan mereka. Di saat genting ini bukan lagi masa untuk membaca buku teks yang setebal 3inci itu, malah setiap dari mereka sepatutnya sudah pun bersedia dengan nota-nota ringkas dan latihan-latihan yang mencukupi. dan sememangnya bukan masa untuk tidur berlebihan atau pun menghadap permainan komputer berpanjangan. ia adalah masa untuk kita berjaga malam dan bersiap awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran. tetapi bukan bermaksud tidur tidak dijaga kesihatan di abaikan.malah menjadi salah satu faktor utama untuk menjadi seorang individu muslim adalah badan yang sihat. bayangkan, andaikan seorang pelajar yang rajin mengulangkaji pelajaran dari awal semester hingga kehujungannya. dia hanya tumpukan pada pelajarannya sehingga mengabaikan kesihatan.makan minum tidak dipedulikan sangat. malah dengan niat ingin menjimat masa dia hanya mengambil makanan segera sebagai alas perut. maka, tiada kemungkinankah beliau akan jatuh sakit? apatah lagi apabila beliau jatuh sakit pada hari peperikasaan. sungguh tertekan, sungguh menguji perasaan.malah menguji iman. bagi mereka yang lemah imannya sudah tentu tuhan yang akan dipersalahkan.nauzubillahi min zalik.



AKADEMIK DAN TARBIYAH


Bagi mereka yang sudah bersedia awal dengan nota-nota dan latihan serta sudah berusaha dan berdoa semampu mungkin, syabas diucapkan. Anda sudah pun berjaya mengharungi ujian sebagai seorang pelajar. Mengapakah aku berkata sedemikin? Kerana menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja berjaya dalam peperiksaan malah berjaya dari awalnya. Iaitu berjaya dari segi cara hidup, pengurusan masa, makanan yang terjaga dan ibadah yang sempurna. Kebanyakan kita hari ini hanya memandang pada keputusa grad sahaja. sedangkan kita lupa syahsiah dan ibadah serta aqidah seseorang pelajar muslim juga amatlah penting.malah lebih dari menduduki peperiksaan. masyarakat kita hari ini terlalu mementingkan kejayan akademik dari pembangunan tarbiyah para pelajar. para ibu bapa berpesan kepada anak-anak mereka "belajar elok-elok, dapat pointer tinggi-tinggi dan jangan tinggal solat, jangan lupa baca al-quran". aku ingin bertanya pada kalian. adakah seruan berbunyi sedemikian adalah sebaik-baik seruan?? sedar tidak sedar dalam kata seru diatas tadi ibu atau bapa tadi telah mengutamakan dunia daripada akhirat.mereka menyeru kepada pelajaran dahulu(hal duniwi) dan baru kemudian solat dan baca al-quran(hal ukhrawi). adakah itu sebaik-baik seruan? sebagai seorang muslim sudah tentu tidak.setiap hari kita diseru sebanyak 5 kali sehari yang berbunyi "Hayya ala solah, hayya ala falah" dan itulah juga sebaik-baik serta semulia-mulia seruan. marilah kita sama-sama mengaplikasikan seruan sebegitu. solatlah dulu baru kita belajar..insyaAllah..

KESUNGGUHAN DAN TAWAKAL
Apakah itu tawakkal?apakah pula kaitannya dengan kesungguhan? ketahuilah sungguh rapat kaitannya. tawakal maksudnya berserah diri sepenuhnya terhadap Allah yang Maha Esa setelah kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu yang dikehendaki.jadi bayangkan, seandainya seseorang itu telah berusaha bersungguh-sungguh sehabis mungkin dan telah menjawab peperiksaan sebaik mungkin dan apabila tiba hari keputusan dia mendapati keputusannya yang kurang memuaskan. jadi bayangkan perasaannya? seringkali ke dengaran kes-kes bunuh diri disebabkan kekecewaan antaranya apabila kehilangan kerja, bankrap, penceraian atau putus hubungan dengan orang tersayang dan bermacam-macam perkara lagi.semuanya disebabkan diri manusia yang tidak berserah diri kepada Allah. mereka berpendapat mereka bahawasanya mereka dapat menentukan apa yang akan terjadi masa hadapan, mereka percaya apa yang diimpi dan dirancang selalunya menjadi. sungguh silaplah seandainya ada sesiapa yang berfikir sedemikian. Allah telah firman dalam kitabNya yang agung yang bermaksud :
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu, Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.[159]" [Ali Imran : 159]
ini bermakna kita hanya makhluk yang lemah. kita tidak dapat menentukan masa depan kita sendiri. kerana yang Maha menentukan segala-galanya dan memiliki Qada' dan qadar adalah Allah 'azzajalla.

Waakhirul kalam, berdoalah seikhlas hati, usaha dan ikhtiar bersungguh-sungguh, dan tawakal sepenuhnya. itu sahaja point yang ingin ku sampaikan pada post kali ini. dan insyaAllah anda akan menjadi pelajar muslim yang berjaya jika mengamalkan nya..selamat mencuba -sekadar ratapan bersama


(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Az-Zumar : 9)

0 ulasan: