Monday, December 28, 2009

"Sedekad Mengukuh Tekad"

PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL 2009
&
HIMPUNAN SAMBUTAN 10 TAHUN KARISMA
Pada 25hb dan 26hb disember yang lepas, KARISMA NASIONAL(KnL) dengan kerjasama KARISMA PETALING JAYA telah menganjurkan PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL 2009 (PKN 09) dan HIMPUNAN SAMBUTAN 10 TAHUN SAMBUTAN KARISMA (HS10TK). majlis yang gilang-gemilang itu bertempat di Masjid Umar Al-Khatab, Bukit Damansara, Selangor.


Program itu bermula dengan HS10TK pada pagi jumaat itu. Bertemakan "SEDEKAD BERAKSI, SEMARAK ASPIRASI", di sertai lebih 200 orang peserta dari seluruh Malaysia yang terdiri dari ahli-ahli KARISMA dan alumni KnL sendiri. Tujuannya adalah untuk kita sama-sama memuhasabah kembali perjalanan selama 10 tahun yang telah berlalu.

Pada malamnya pula diadakan majlis perasmian Perhimpunan KARISMA Nasional 2009 dan Himpunan Sambutan 10 Tahun KARISMA. majlis dirasmikan oleh Presiden JIM, Tuan Haji Zaid Kamarudin. diikuti pula dengan Ucapan Dasar Presiden KARISMA Nasional, Saudara Abdullah Omar Muhammad Fuad. Pada malam itu juga terdapat tayangang multimedia KARISMA, penyampaian cenderahati penghargaan buat peserta Misi Kasih Padang KARISMA dan pelancaran buku "Gerakan Dakwah Pelajar" tulisan Puan Manisah Manan.


Pada keesokan harinya, sesi perbahasan ucapan dasar Presiden KnL telah diadakan. Seramai 23 orang perwakilan telah berbahas pada hari itu. pelbagai aspek dan perkara telah dibangkitkan. semoga semua perkara tersebut akan dapat dipermantapkan dan dapat diperbaiki.
Setelah semua perwakilan selesai berbahas, pengerusi tetap perhimpunan telah secara rasminya mengumumukan perletakkan jawatan kesemua barisan pimpinan KnL 2009. Seterusnya, mantan Presiden KnL bagi tahun 2007 dan 2008 merangkap alumni KnL telah menyempurnakan perlantikan baru bagi barisan pimpinan KnL bagi sesi 2010. seramai 19 orang telah terpilih.

Majlis berakhir pada petang sabtu itu setelah ucapan dari Setiausaha Agong JIM Pusat, Tuan Haji Nahar Mohd Nor dan Presiden KnL 2010, Abdullah Omar Muhammad Fuad disampaikan. semua peserta PKN2009 beransur pulang selepas selesai menunaikan solat asar.
Semoga perhimpunan selama dua hari satu malam ini bakal menaikan semangat kita semua dalam menjalankan amanahNya sebagai seorang da'i dan khalifah di bumiNya dan seterusnya mengalas misi FIDAK 2015. semoga segala perangcangan bakal tercapai dengan jayanya.insyaAllah.

0 ulasan: