Tuesday, June 2, 2009

Sukarnya bergelar usahawan..!!!

pada post yang lepas aku ade menceritakan tentang syarikat yang telah aku tubuhkan.buat makluman kalian, aku sudah pun memulakan perniagaan ini beberapa bulan lebih awal daripada tarikh yang disebutkan itu.bezanya sebelum ini aku tiada syarikat yang berdaftar dan sejak hari itu aku sudah ada. maklumlah, diri ini perlukan pengalaman dan ilmu juga sebelum menubuhkan syarikat sendiri. setelah beberapa bulan, baru ku mengerti tentang susah payah dalam menguruskan perniagaan ini. bukan semudah yang disangka, malah lebih sukar dari yang difikirkan.tapi aku harus terus berdiri mengolak langkah dalam mencari rezeki dengan penat lelah ku sendiri.barulah aku dapat berbangga bahawasanya aku sudah dapat pelihara hidup sendiri dan tidak perlu lagi wang tajaan dari 'FAMA' (singkatan bagi 'Father Mother').

buat masa sekarang, aku hanya mendapat projek-projek kecil sahaja. bukanlah aku ingin mengeluh tapi aku bersyukur.aku akui bahawanya itu juga rezeki dariNya yang Esa. tetapi, aku impikan seandainya aku mendapat projek-projek besar yang lebih menguntungkan.lebih-lebih lagi aku sedang menghadapi masalah yang agak besar yang sememangnya memerlukan wang untuk menyelsaikannya.aku tidak mahu menyusahkan ibu bapa ku lagi dan apatah lagi para sahabat yang sememangnya ringan tangan untuk membantu.aku ingin uruskannya sendiri selagi mana aku mampu.apakah masalahnya?harap maaf.tidak dapat didedahkan :p..

sebenarnya, aku pernah ditawarkan beberapa tawaran yang agak besar.sememangnya dapat mengembirakan hati ini seandainya projek itu jatuh ke dalam gengaman.tapi, bak kata ayat quran yang mulia yang bermaksud "maka kamu merancang, dan Allah juga merancang, dan Allah lah sebaik-baik perancang". itulah hakikat keadaannya. tidak semestinya apa yang terhidang indah dihadapan kita adalah bermakna ia milik kita. tetapi Allah yang menetap samada ia milik kita ataupun sebaliknya. Subhanallah.Maha Suci Allah..

ku sedar, hidup ini sememangnya begitu.bak kata orang "bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah". masih banyak perlu ku pelajari, masih jauh harus ku harungi, masih tinggi harus ku daki. dalam usaha menjadi muslim sejati. buat rakan-rakan pembaca sudikah kalian berkongsi ilmu dan pengalaman.sesungguhnya diri ini budak baru belajar...sekian (^_^)


3 ulasan:

Anonymous said...

mane tau ini batu2 kecik b4 dtg batu2 besar plak akan dtg an. amek masa utk tabahkan hati, kuatkan smgt. apepon, duit, duit jugak akhirat jgn lupa ye usamah :)

Azree Hanifiah said...

Kena start dari kecil, barulah nanti bila ditimpa musibah semasa bisnes besar kita tahu macam mana nak bangun kembali.

Ahmad Usamah said...

kepada maryam muhammad:

ye..baik kak maya..huuhu..kalu sy cbuk dgn bisnes smpai lpe akhirat akak tegur la ye..heh..diri ini terbuka menerima teguran yg berj=hikmah.ingt yg berhikmah je tau..hehe (^_^)

to azree:
btol3(dgn nada upin & ipin)..setuju sngt..hmm.tp skang ni pn da berpeluh..nti xtau la cam ne..waallahua'lam..semoga Allah permudahkan kan..insyaAllah