Salah seorang daripada pencaramah yang dijemput ada berkata "diambang ramdhan ini pun korang masih sempat lagi nnak fikir pasal bisness ye"apabila ku fikirkan kembali kata2 itu aku ketawa sendirian.ada betul juga katanya itu.tp aku tidak mahu bercerita panjang tentang prog ni sbb aku sudah pun membuat post yang khas untuk program bertemakan perniagaan ini.anda boleh tekan perkataan 'IMPAC' diatas untuk membajar post tersebut.
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE-45
Tentang sambutan hari malaysia ke 45 ni juga aku sudah postkan pada masa yang lalu.bagi mereka2 yang masih membaca post itu,bukan niat utama ku untuk pergi mendengar ceramah DSAI tetapi untuk mengedarkan risalah Hidayah Center.
untuk terus ke post itu bolehlah anda tekan di sini.
3R: REMAJA RAI RAMDHAN
tugas ku pada program ini bukanlah sebagai AJK tetapi hanya untuk menjadi faci untuk sesi Explorace.aku dikehendaki untuk menjaga salah satu checkpoint yang ditempatkan di pintu masuk KLCC yang berhadapan dengan tasik.punya lah ramai orang dikawasan itu.tebal habis muka ku.di tambah pula tugas di checkpoint aku adalah mengedar risalah.
sesungguhnya kita manusia yang lemah dan hanya Dia yang Mha Esa dan Maha berkuasa menetapkan segala2 nya.explorace kami itu hanay berjalan selama 15minit sahaja.kami ditegur oleh pegawal keselamatan di situ dan disuruh berhenti untuk melakukan aktiviti tersebut.maka terpaksalah kami berpindah ke plan B yang sememangnya tidak pernah dibincangkan sebelum program berlangsung.akhirnya semuanya bertukar menjadi "indoor game" sahaja.
and the best part has come.makan!!bukan sekadar makan tapi berbuka puasa di burger king, KLCC.pergh..nikmatnya terasa amat!! hanya Allah sahaja yang mampu memahami apabila setelah kepenatan kita diberi Vanila Coke sebagai upahnya.Alhamdulillah ku ucapkan...
Program ini pula adalah prog kerjasama Karisma daerah gombak dan JK khidmat masyarakat JIM.Dan tempat tuju kami adalah Hospital Selayang. Sememangnya sebuah hospital yang besar.
Aku tidak dapat menyatakan jumlah yang tepat jumlah peserta yang hadir pada program ini.tetapi angaran kasarnya peserta wanita lebih 20orang dari UIA manakala peserta lelaki hanya 3orang iaitu nuh, auzan dan aku. sebagai seorang lelaki aku agak kesedihan.kemanakah perginya jejaka tampan UIA gombak?Wallahu 'alam..walaubagaiman sekali pun aku berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk menyertai program ini dan berjumpa dengan mereka2 yang memerlukan belas kasihan dan bantuan dari kita...
Iftar perdana hidayah center ini juga aku telah letak kan post khas untuk prog ini.ia sebuah program yang menarik dan tujuan adalah sebagai tanda kasih dan ambil berat kita tentang saudar2 baru kita. program ini berkonsepkan makan sambil menderma.dimana para peserta akan membeli kerusi (RM100) atau meja (RM1000) dan sebahagian daripada wang bayaran itu akan diderma kan kepada Hidayah Center sebagai wang ihsan saudara2 baru.
BALIK KAMPUNG...!!
Aku mula pulang ke kampung pada 25hb dahulu.itu pun hampir sahaja aku terlepas tiket. bas.maklumlah ketika musim perayaan ini semua orang mahu pulang ke desa halaman.dan agak malanglah andai terpaksa beraya di kampus.lebih2 lagi bagi diri ku yang yang belajar di UIA majoriti palajar yang ada di kampus ketika hari raya sudah tentu pelajar antarabangsa yang datang dari seluruh pelusuk dunia.sedih bukan kepalang andainya aku terpaksa beraya di sini..
Ikutkan hati ada lagi ingin ku kongsi kan bersama anda tapi setakat ini dahulu. Nanti kan pula post hari raya ku yang bakal keluar tidak lama lagi.insyaAllah..Akhir kata, semoga Allah merima segala amalan ku di bulan yang mulia ini sebagai ibadah dan amal yang soleh...Sekian
"Ya Allah yang Maha Berkuasa, yang menpunyai seluruh langit dan bumi. Aku memohon pada Mu agar kau terima segala amalan ku di bulan Ramdhan Mu yang mulia ini.Ya Allah yang Maha Pemurah tiada tempat lagi untuk ku memohon belas kasihan selain dari Mu. Kau limpahkanlah hidupku,ahli keluargaku dan umat islam seluruhnya dengan rahmat dan inayah dari Mu yang Maha Agung. Kepada Mu kami meminta pertolongan dan kepada Mu jualah kami kembali."
...::Ameen Ya Rabbal Alamin::...
0 ulasan:
Post a Comment