Monday, September 22, 2008

SAUDARA BARU, SAUDARA KITA

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

dan

Hidayah Centre (Pusat Sokongan Saudara Baru)

Majlis Berbuka Puasa Kali Ke-4

“Saudara Baru, Saudara Kita”


Tarikh

20 September 2008 / 20 Ramadhan 1429H (Sabtu)

Masa

5.00 petang - 10.00 malam

Tempat

Dewan Persidangan Utama,

Kompleks Perbadanan Putrajaya



Objektif Program
.: Mengumpulkan dana demi menjayakan pengoperasian Hidayah Centre di seluruh Malaysia :.
.: Meraikan saudara baru dan juga para dermawan :.
.: Mewujudkan jaringan perhubungan di kalangan masyarakat :.
.: Mengukuhkan ukhuwwah sesama saudara seagama :.
.: Memberi peluang kepada para hadirin untuk menyelami di samping memahami kehidupan saudara baru :.









Ketibaan tetamu


Berbuka Puasa




















Makan Malam dan Persembahan Nasyid oleh kumpulan Saff-One & Demascus




Solat Isyak dan Tarawikh
Dipimpin oleh
Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)



Tazkirah
Disampaikan oleh
Tuan Haji Ayub Abdul Rahman
(Bekas Paderi Roman Katholik, Pendakwah Rabithah A-Alam Al-Islami)



Apakah itu Hidayah Centre?

Penubuhan Hidayah Centre di bawah naungan JIM adalah dengan matlamat-matlamat berikut:
1. Penempatan sementara saudara baru
2. Pusat perlindungan saudara baru
3. Pusat pendidikan dan bimbingan saudara baru
4. Kerja-kerja penghubung dengan agensi kerajaan dan NGO lain
5. Dakwah kepada bukan Islam dan proses pengislaman

Setelah 3 tahun berada di persada perjuangan dalam menyebarluaskan Islam dan memberikan sokongan kepada saudara baru kita, antara pencapaian Hidayah Centre adalah seperti berikut;

1. Beroperasi di 14 lokasi di seluruh negara termasuk di negeri-negeri strategik seperti Sabah dan Sarawak
2. Memberikan bimbingan kepada saudara baru
3. Memberikan kaunseling pemulihan dan pemantapan akidah saudara baru
4. Program-program pembinaan dakwah
5. Program berterusan seperti Hidayah Centre Evening Talk
6. Latihan Dakwah Praktikal
7. Sambutan hari raya
8. Pengislaman saudara baru dan lain-lain

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


(As-Saff : 10-11)

2 ulasan:

Anonymous said...

menarik..mantap2...
mungkin sdra auz88 bakal jadik tenaga penggerak HC pulak lepas ni?
insyaallahhhh..teruskan!

Ahmad Usamah said...

erk..jd pengerak HC?tp msh kurng pengalaman n ilmu la..mgkn mse dpn nti bleh r..huhu