menyebut tentang adat dan budaya ingin sekali aku menyebut permasalahah yang timbul antara adat dan syariah islam.pada aidilfitri,salah satu adat umat melayu adalah ziarah kubur.ziarah kubur ini dibenarkan di dalam islam. Aku juga turut menziarah kubur nenek ku pada 1syawal itu. Menzirahi kubur ini adalah sunnah Nabi . Cuma, Nabi tidak pernah menzirahi kubur pada hari2 tertentu.Malahan nabi pernah menziarahi kubur pada waktu malam seperti hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a.
“Bahawasanya Nabi s.a.w. pernah keluar ke Baqi’ (tempat pemakaman kaum Muslimin), lalu baginda mendoakan mereka.” Kemudian ‘Aisyah bertanya tentang hal itu, baginda menjawab: “Sesungguhnya aku diperintah untuk mendoakan mereka.” – Hadis riwayat Imam Ahmad
Jadi, tiada salahnya kita meziarahi kubur nenek moyang kita asalkan tujuannya TIDAK MELANGGAR SYARIAT ISLAM. mengapakah aku menekankan sebegitu rupa?tentu ada sebabnya.tajuk post ku kali ini menyebut tentang 'bid'ah'.adakah anda tahu apa itu bid'ah?
“Barang siapa mereka cipta perkara2 (agama) dari kami yang bukan dari kami maka ia tertolak” (HR Imam al-Bukhari)
::: Ziarah Kubur Pada Hari Raya :::
Jadi,apakah benar ada kelebihan membaca surah yasin di kubur?jika dilihat kepada hadith2 yang sahih dari Nabi kita akan dapati keadaan sebaliknya. sebagai cotoh hadith yang diriwayatkan oleh imam muslim di dalam sahihnya, Nabi bersabda :
“Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, maka sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.”
(HR Muslim dan al-Tirmizi daripada hadith Abu Hurairah)
Berdasarkan hadith ini, ia menunujukkan tanah perkuburan bukanlah tempat membaca al-Quran. ini kerana nabi telah menyamakan rumah yang tidak dibaca al-quran di dalamnya dengan tanh perkuburan.ini sekaligus memberi isyarat tanah perkuburan itu bukan tempat untuk membaca al-Quran. hadith sahih yang diriwayatkan oleh imam muslimini jelas bertentangan maksudnya denagan hadith yang tidak diketahui darjatnya di atas.
Orang ramai berkata al-quran di baca untuk di sedeqahkan kepada simati.tetapi Imam al-Nawawi r.h pula di dalam Syarah Muslim (jilid 1, ms. 90) telah berkata:
Adapun bacaan al-Qur’an (yang pahalanya dikirimkan kepada simati) maka yang masyhur di dalam mazhab Syafi’i tidak dapat sampai kepada si mati yang dikirim…Sedang dalilnya bagi Imam al-Syafi’i dan pengikut-pengikutnya ialah firman Allah:
“bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.”
Dan Sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi.
~~gerai menjual bunga dan air dikawasan perkuburan untuk kemudahan penziarah kubur~~
Dalam hal ini terdapat Khilaf fiqhi (terdapat pelbagai pendapat Imam). Aliran Salafiyya spt Syaikh alUthaymeen (Fatawa alUthaymeen), almarhum Syaykh Ben Baz (Lajnah Daimah), Syaikh Albani (fatawa Medinah & Ahkam alJanaiz # 123) berpendirian keras dgn menegahnya atas alasan bid’ah dan diciplak dari amalan Yahudi-Kristian. Pendapat ini disandarkan kepada alKattabi (Ma’alim asSunnan 1/27) dan Syaikh Ahmed Syakir (syarah sunan atTermidzi 1/103). Syaikh Syakir berpendapat amalan menabur bunga dan meletak kalungan bunga ini diambil dari amalan masyarakat Kristian Koptic di Mesir.
Adapun Lajnah Fatwa alAzhar (pengerusi: Syaikh Atiyah Saqr) berpendapat setelah ditimbang dari dua pendapat yg harus dan haram, dimenangkan pendapat yg mengharuskan kerana terdapat asal dari asSunnah di mana biasa Nabi meletak pelapah tamar dan ranting yg masih hidup di atas pusara (Hadith Bukhari-Muslim). Jika bebunga hidup digunakan mengganti pelepah tamar dan ranting kayu, maka disitulah keharusannya. Tetapi jika karangan bunga itu dari jenis yg mahal atau menyerupai acara kaum bukan Islam, maka ia ditegah.
Jadi,bagaimana pandangan anda tentang perkara ini?masih berpegang pada sesuatu yang sesat?
Sesungguhnya setiap yang baru itu bida'h,dan setiap bida'h itu sesat dan setiap yang sesat itu tempatnya di neraka.tepuk dada tanya iman sendiri..WaAllahu A'lam..
rujukan:
http://soaljawab.wordpress.com
0 ulasan:
Post a Comment