Monday, October 13, 2008

Walimah ku...

Jangan terkejut pabila kalian membaca tajuk di atas.bukan aku ingin menceritakan tentang walimah ku.kerana aku masih belum mendirikan rumah tangga. hanya persoalannya sahaja yang ingin ku timbulkan.


Hati ku terdetik dan tertanya2 "bilakah saat itu akan tiba bagi diri ku?"

persoalan itu timbul apabila aku menghadiri sebuah majlis perkahwinan salah seorang sahabatku, mujahid bersama isterinya nihlah. majlis perkahwinan mereka itu disambut dengan meriah sekali.

~mujahid sedang menyarung cincin setelah selamat diijab kabulkan~

~moga mesra kalian bersama berkekalan..InsyaAllah~

~sempat bergambar bersama pengantin baru~

Sayu hati ini pabila melihat sahabat yang selalu bersama, menceriakan suasana sudah berpunya, sudah melayari bahtera perkahwinan.entah bila pula giliran diri ini akan tiba.ku sering terfikir "adakah aku sudah bersedia?". Hanya Allah sahaja yang mampunyai jawapan bagi persoalan itu...

Apapun aku berdoa agar mujahid dan nihlah kekal bahagia hingga ke akhirnya.dan aku berdoa juga agar aku ditetapkan jodoh dan dikurniakan seorang wanita yang solehah agar mengisi kekosongan dipelamin walimah ku nanti...insyaAllah




Oh Tuhan
Seandainya telah Kau catatkan

Dia milikku tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah
Kumohon apa yang telah Kau takdirkan
Kuharap dia adalah yang terbaik untukku
Kerana Engakau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanmu

Ya Tuhanku
Yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Sematkan setulus kasih di jiwa

Kupasrah kepadamu
Kurniakanlah aku pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Allah
Kumohon apa yang telah kau takdirkan
Kuharap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanmu

Ya Tuhanku
Yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Semaikan impian hambaMu ini
Jangan Engkau tinggalkanku sendiri

Agar ku bisa bahagia

Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkanlah yang telah patah
Kuinginkan bahagia di Dunia dan Akhirat
PadaMu Tuhan kumohon segala.....

4 ulasan:

Maryam said...

amboi2...

yang ni nak langkah bendul gak ke? hahaha...

takpe dik,
perjalanan masih jauh :)

Ahmad Usamah said...

eh..langkah bendul pe..kalu jodoh dah dtg.buat tungu lme2 lg.nti melepas plak haha..

Anonymous said...

"Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik..." (An-Nur:26)

Ahmad Usamah said...

SubhanAllah...