Tuesday, October 21, 2008

Puisi Perjuangan Di Sungai Pisang

Pada hari sabtu yang lalu aku, marwan, zulfadhli, zulhilmi, syawal dan iqbal telahpergi ke suatu tempat yang agak famous bagi budak2 UIA gombak.iaitu sungai pisang.atau dalam bahasa inggeris ia di panggil Banana River...
Tujuan kami ke sana tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melepas tekanan setelah menjawab kertas peperiksaan Halaqah pada pagi itu.ingatkan senang sangat.tapi susah juga rupanya peperiksaan itu.Di samping menghayati keindahan dunia ciptaan Ilahi yang Maha Kaya.SubhanaAllah..!!

Inilah puisi perjuangan yang tidak pernah sunyi dari halangan dan cabaran yang ku nukilkan sempena perjalanan kami ke Sg Pisang.selamat membaca..!!


Perjuangan,
di saat kaki mula melangkah,
tidak pernah pun terlintas akan adanya bahaya,
<~perjalanan bermula~>















tetapi setelah bermula,
langkah demi langkah ku ceburi,
baru ku sedar,
ia penuh onak dan duri
















merentasi samudera kehidupan,
ibarat para pengembara merentasi lautan,













menyeberangi lautan kegelapan,
yang tiada siapa sangka akan ad hujung nya,
















mendaki tangga kesabaran,
yang tiada siapa sangka ada puncaknya,















oh perjuangan,
pelbagai gambaran dunia yang harus kami hadapi,
penuh onak dan duri,
















pelbagai tanda yang kabur maknanya,
dalam mencari tanda menuju kearahNya,





lorong-lorong yang berliku,
kami tempuhi jua,
walaupun sudah pasti ia tidak akan mudah,
















kadang kala kami perlukan bantuan,
tetapi dari pada siapa harus kami pinta?
dari sahabat?
kekasih hati?
ayah dan ibu?
sudah tentu dari Mu, Ya Rabbi,















dalam menempuhi jalan yang benar,
ada masa nya kaki tersalah langkah memijak duri yang menusuk diri,
tersalah langkah,tersesat jalan,
itulah lumrah sebuah perjuangan,
















Ya Allah,
apa yang perlu kami lakukan andainya kami tersalah arah?
sesungguhnya kami hamba yang lemah,
hanya kamu yang Maha Mengetahu,
akan kami cari jua jalan pulang nya,
jalan pulang yang lurus,
jalan untuk mendekati Mu,












kerana Kami tahu,
dan kami berpegang pada kata-kataMu,
bahawa setiap perjuang ada ganjarannya,















walaupun ia pahit ,getir dan penuh pancaroba,
kami akur,
kami pasrah,
















setiap titis peluh dan darah,
dalam menentang musuh-musuh Mu,
tidak habis di telan masa,
segoris luka dijalanMu,
kan menjadi saksi perjuangan,

















kami tahu akan ganjaran dari Mu yang menanti,
di dunia yang fana ini,
nikmat Mu kadang kala mengaburi mata,
ampuni kami andai nikmat Mu yang maha hebat itu kami kufuri,





sesungguhnya,
kami mahu segala nikmat mu,
dan kami mahu bersyukur,
merafak setinggi-tinggi penghargaan,
agar diri ini sentiasa ingat padaMu,
dan tergolong dalam golongan orang yang bersyukur,
tetapi,
ia tidak semudah itu andai kami leka pada sesuatu yang sementara,
di dunia yang fana,
















sesungguhnya nikmat di dunia hanya pinjaman,
hiasan yang mengaburi mata belaka,
sehingga terleka perjuangan masih belum tamat,
perjuangan menuju Mu,



dalam perolehi ganjaran Mu yang tiada batasnya di syurga yang tiada tamat...
oh perjuangan..

5 ulasan:

keretasorong said...

macam knl itu p------g n itu kereta....
knp letak gmbr tuh kesian empunya diri..hahaha:))

Anonymous said...

A very creative and interesting entry.

Ahmad Usamah said...

to keretasorong
saje nk kne kn die hahah
kalu die tngk msti die mengamuk haha

to muallimah sakinah
haha..tq2..

Dini Syarif said...

Alangkah pedih rasa di hati,
Betapa nestapa melanda diri,
Tatkala tidak diundang pergi...

Argh, kenapa tak ajak naqibmu sekali :)

Ahmad Usamah said...

bkn aku tidak mengundang mu,
ingin sekali ku berbuat begitu,
tapi apakan daya ku,
sekiranya perut mu lebih penting dr menyertaiku..

hehe jgn mrah..
kn ade fmly day ari tu..haha