Thursday, October 16, 2008

Untuk mu, Nuh...

Sebelum aku menaip lebih jauh, pertama sekali ingin memohon seribu keampunan buat empunya milik badan yang akan ku ceritakan nanti.bukan untuk mengaibkan anda tetapi sebagai dedikasi buat seorang sahabat yang aku 'agak' kagumi(nanti aku akan ceritakan kenapa..hehe).

Post ku kali ini aku ingin mencerita kan tentang seorang sahabatku, Nuh, yang baru sahaja membuka balutan kaki beliau semalam (15hb 10).tentu anda tertanya "membuka balutan apa?".beginilah ceritanya...



kisahnya bermula apabila pada suatu malam di bulan ramadan lebih kurang 1 minggu sebelum aidilfitri,dia diajak oleh 2 orang sahabatnya yang lain (nama tidak dapat disebut untuk mengelakkan keaiban :P) untuk bermain squash di stadium uia. mungkin betul kata kata pepatah malang tidak berbau.menurut kata2 beliau, ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi iaitu stadium dan pada ketika itu beliau berada di cafe mahalah(asrama) faruq.untuk pengetahuan anda tangga cafe tersebut adalah tinggi dan kawasan sekitar agak gelap(pencahayaan kurang).

hendak di jadikan cerita, dengan takdir Ilahi, dia tergelincir dan dikatakan dia cuba untuk menyelamatkan diri dia telah melompat tetapi dia tersalah landing/mendarat pada salah satu anak tangga dan terus terjatuh.beliau menyangka kaki hanya terseliuh sahaja.begitu juga 2orang lagi sahabatnya yang sanggup berhenti bermain squash setelah nuh memanggil mereka.nuh dihantar ke klinik uia dan doktor yang bertugas mengatakan ia hanya terseliuh.apapun,doktor meminta agar kami menghantarnya ke hospital untuk X-ray.aku turut mengikut mereka ke hospital pada malam itu.


~wajah sahabat yang mengajak Nuh bermain squash(nama tidak dapat disebutkan:p)~

setelah lebih 2jam menunggu giliran, lebih kurang pukul 3 pagi setelah diperiksa oleh doktor di hospital tersebut.nuh yang berkerusi roda ditolak ke bilik x-ray. hasilnya, disangkakan terseliuh biasa tetapi ianya retak telah membuat kami terkejut.pada tulang kaki nya terdapat sedikit retakan yang menyebabkan kakinya dibalut dan disimen.akhirnya kami selesai urusan di hospital tersebut lebih kurang pukul 4pagi.dan seterusnya kami pulang dan mencari makanan untuk bersahur.begitulah kisahnya yang terpaksa menyambut aidilfitri berkaki tiga(2kaki + 1tongkat hehe).

apa yang membuat aku kagum tentangnya.dia sanggup pergi ke majlis perkahwinan mujahid & nihlah dan 1 lagi perkahwinan lain pada hari yang sama itu dan tidak ketinggalan majlis hari raya JIM pusat juga dia pergi pada sabtu dan ahad lepas.walaubagaimanapun melihatnya berjalan bertatih dari bilik nya ke kelas halaqah malam pada hari pertama balutannay dibuka sekali lagi membuat ku kagum.

aku akhiri dedikasi ku ini doa agar kaki anda,nuh cepat sembuh dan berjalan seperti sedia kala.insyAllah..dan ingatlah sesungguhnya Allah memberi kesusahan & kesakitan kepada kita kerana Dia sayang dan tidak lain dan tidak bukan untuk menguji seandainya kita seorang hamba yagn bersyukur ataupun tidak.dan semoga kita semua tergolong dalam golongan hambaNya yang ber syukur...


dedikasi buat Nuh
~jangan marah ye..hehe~

5 ulasan:

ABU IFFAH said...

Haha nape tak sensorkan mukan dua orang yang ajak Nuh men squash tue???

Ahmad Usamah said...

mmg sj nk tnjk muke tp name xnk bgtau haha

Nuh Zuleffendi said...

hehehe...skrng dah ok dah...
cuma x leh lari je lagi....
tp drive kate dah boleh dah....
alhamdulillah, bgn pagi tadi bengkak kat sebelah kanan kaki sudah hilang...
sekarang ni tinggal bengkak kat kiri kaki je...
jalan kaki 2 part of fisiotheraphy...
sbb otot kaki masih lmh sbb x berjalan 3 minggu, 2 yg training otot kaki...
apa pon.....trima kasih sbb ceritakan pengalaman ana retak kaki:)
~bila x leh grk kaki ni, baru tahu betapa susahnya hidup tanpa kaki...
sbnrnya dpt inspiration bila nampak ada pelajar yg berkerusi roda pon still jalan pegi kelas...terfikir gak, mcm mana assyahid syeikh ahmad yasin dlm keadaan kekurangan dpt menggerunkn israel, kita yg lengkap anggota still terpengaruh dgn ghuzwatul fikr israel...

Ahmad Usamah said...

chayok2..dimana ade kemahuan disitu ade jln..nk xnk je kite ni sbnrnye..btoi x?hehe..ape pn bersyukur la dpt berjln kmbali

Anonymous said...

~bila bc citer ni,lg feel dr yg tuan pnya bdn citer...:( mmg sedih&sgt kagum...nuh ada citer gak kt k.as yg lps jatuh 2,siap leh jln lg!
apepn,ruh seorang mujaheed i2 yg diimpikan..^_^
utk NUH:SYAFAKALLAHU SYIFAAN AJILAN!(sgaja dedicate kt sini,bkn dlm blog nuh...=p)bagus la,dh buka balutan...mg dipermudahkan jihad ilmumu&menjadikan kita hambaNYA yg lebih bersyukur,ameen