Wednesday, July 8, 2009

Langkah Tercipta...

Semester 1 sesi 2009/2010 bakal menjelang tiba. Menyambut lebih 15000 pelajar taman ilmu dan budi ini untuk meneruskan lagi perjuangan dan sisa-sisa hidup yang bakal berakhir jua. keputusan peperiksaan semester lepas sudah pun keluar. ada yang menangis kegembiraan ada juga menangis kesedihan. aku??mungkin di pertengahan..huhu
hatiku berdebar menyambut semester baru ini. perjalanan masih jauh, cabaran berbaris menunggu. kelas, quiz, test, tutorial, assignment dan pelbagai lagi kerja dan tugas sebagai seorang pelajar. entahlah, mungkin bukan aku seorang yang berasa begini kerana perasaan malasku menyelubungi jiwaku..Argh, aku benci perkataan itu! aku benci perkataan M-A-L-A-S.tapi mengapa ia kian kali singgah kepada ku.perkataan yang bisa menjatuhkah seorang pemimpin unggul, perkataan yang bisa menggagalkan seorang pelajar cemerlang,perkataan, yang bisa menggalahkan pahlawan perang.
Duhai jiwa yang diselubungi kemalasan,
apakah yang harusku lakukan bagi mengubahnya??
Oh tuhanku, berikan aku kekuatan, berikan aku kerajinan untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat..ameen..
kesibukan e-fest '09 terasa, badan ku keletihan begitu juga rakan-rakan seperjuangan. masalah demi maasalah menjelma menguji kesabaran diri seorang hamba.poster, handbill, banner, bunting, promosi merupakan bidang kuasaku.jutaaan terima kasih ku ucapkan buat sahabat-sahabat yang sudi membantu. tanpa kalian, kerja ku tidak mungkin dapat ku uruskan sendiri. hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. semoga kejayaan program ini menjadi suatu hadiah sebagai tanda kemenangan dan kepuasan setelah penat siang malam bekerja.
semoga segala usaha dalam menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan menjayakan program ini dikira sebagai salah satu ibadah disisiNya...ameen
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah…Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah…Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
Sekian...

Read more...

Saturday, July 4, 2009

Tujuan Perniagaan

Di antara tujuan perniagaan diwujudkan ialah memenuhi tuntutan agama. Ini sesuai dengan tujuan syari'at diturunkan. Syari'at Islam diturunkan untuk memenuhi tahap dharuriyyah(keperluan asas) manusia yang didefinasikan sebagai pemeli-haraan 5 perkara asas untuk kehidupan manusia iaitu:

1.AGAMA

2.NYAWA

3.AKAL

4.KETURUNAN

5.HARTA

Oleh itu Islam mengharamkan mafa'sid (segala yang boleh memberi kesan negatif keatas salah satu atau kelima-lima perkara ini) dalam kegiatan perniagaan kerana jelas ia boleh memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian dharuriyyah iaitu pemeliharaan kelima-lima perkara ini. Umpamanya, arak diharamkan oleh Islam.

1. Kita boleh memahami rasionalnya dengan menganalisa kesan negatif arak terhadap agama, nyawa, akal, ketu-runan dan harta manusia.

2. Apabila ianya boleh menjejas perkara-perkara ini ia akan merosakkan kehidupan bermasyarakat, menjejas ketahanan masyarakat dan nasib masa depan generasi akan datang.Perceraian, homoseksual, anak luar nikah, jenayah serta ketidakstabilan politik akan berleluasa.

3. Apabila perkara yang mafa'sid ini ditegah dan tidak dibenarkan untuk diperniagakan atau di keluarkan maka akan lahir masyarakat yang sihat, berakhlak mulia, produktif dan berkualiti tinggi.


Oleh itu kegiatan perniagaan dalam Islam adalah satu ibadah yang sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan kehendak syari'at Islam akan mendapat keredhaan Allah.
Ini selari dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi:

Sesuatu itu wajib apabila yang wajib tidak dapat dilaksanakan tanpanya.

Memenuhi tanggungjawab terhadap diri dan kehidupan sosial sesuai dengan kesan falsafah yang diasaskan oleh tauhid, tu-juan kewujudan sesuatu syarikat ialah untuk memenuhi tanggungjawab berikut:

  • Keperluan diri secara sederhana
  • Keperluan keluarga
  • Keperluan masa depan. Membantu dalam menghadapi perkara-perkara yang datang tanpa diundang
  • Keperluan anak-anak akan datang
Perkhidmatan dan sumbangan sosial, termasuk berusaha untuk menegakkan
agama Islam, membantu kearah pencapaian matlamat negara seperti membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan, menstabilkan harga, keselamatan,dan lain-lain.


Oleh itu jelas bahawa dalam Islam falsafah perniagaan ialah untuk membangunkan spiritual, mental dan jasmani manusia supaya manusia dapat melaksanakan tugasnya sebagai Khalifatullah fi Al-ardh' dengan sebaik mungkin. Dalam Islam apa sahaja yang kita lakukan untuk mencari harta adalah dilihat sebagai alat untuk menca-pai matlamat yang unggul iaitu untuk mentaati Allah dalam semua aspek kehidupan kita.

Oleh itu termasuk diantara tujuan perniagaan ialah untuk usahawan mendapatkan keuntungan kerana itu merupakan hak yang diberikan kepada mereka kerana usaha dan risiko yang harus mereka tanggung.


bisnes
dipetik dari buletin Jihad Bisnes Edisi 1
JK Dana KnL

Read more...

Friday, July 3, 2009

E-FEST '09

Economics Fiesta 2009 or E-Fest ‘09 will be organized by Economics And Managements Science Society which is under Kulliyyah of Economics and Management Science, International Islamic University Malaysia (IIUM). This coming spectacular event will take place mainly at Cultural Activities Center (CAC), IIUM on 19th July to 25th July this year.
The nature of the program is a one week festival fill with variety of programs that related to concept of economics excellence that plays the important role to obtain success without forsaken the great Islamic values. There will 10 sub-programme going to be organized along the week by more than 250 committed crew.
Those events are I-Tech fair, Book fair, Business exhibition, Business seminar, Muslim bazaar, Forum Bicara Ad-din (collaboration with IKIM), Econ Sprint, E-Sports, Going Green, Health care Therapy Campaign.
The main objectives of thie glorious event is
  • to expose students with the reality of how entrepreneurship can inject the development of economy in Malaysia.
  • to promote and encourage business minded among Muslim students.
  • to guide students on how to become a successful Islamic entrepreneur.

Right now, all of the organizing committees are working hard in order to make this enormous event a successful. We are grateful for those who have been helping us along this journey. Wishing thank you might just not be enough for your kindness.
For more detail please log on to our webblog: http://economicsfiesta.blogspot.com/

Read more...

Thursday, July 2, 2009

adoi..~_~

untuk pengtahuan rakan-rakan semua diriku ini amat malas melayan tag mengetag ni.malas nak layan dan malas nak tag orang lain.buat serabut otak jer..huhu..tapi almaklumlah tag ini telah diberi oleh abg aku, Huzaifah or lebih glamour dengan panggilan Jai kat uia ni(glamour la jgk..huhu..jgn marah bro)..ahaks..so nak tak nak terpaksa la aku melayan..huhu..so lets check it out..

>> 5 fakta menarik tentang pemberi award nih..

:: 1st, die ni abang kandung aku.sbb tu jgk die tag aku..haha

:: bufday die ari nih(2july)..haha..tak wish lg ni.sj nk buat senyap..haha

:: ni yang paling best..die baru tukar makwe..hahaha.bulan lps la..huhu

:: seorang yang angin jgk kadang-kadang.sampai kite pn hangin..tp kite adik.buat senyap je la..haha

:: n last skali die grad ujung tahun ni..heh

>>Tulis 10 fakta/hobi tentang diri sndiri sbelum memilih penerima award seterusnya.. (10??aku xde la hobi bnyk cam tu..adoi~~layan je la..huhu)

> pendiam..agak la..

> tak tetap pndirian sikit

> iman naik slow tp turun laju plak..huhhu..sedey..

> kurang keyakinan diri

> kurang motivasi

> suka makan..hahaha

> umur 21tahun(muda lagi..ahaks)

> bufday aku 4 jun 88..ha, ingt tau..huhu

> Anak ke-2 daripada 5 orang adik-beradik.sume laki..pergh

> aku ni businessman..aku da ade syarikat sendiri..anything, juz give a call..huhu


>> Pilih penerima award seterusnya..n describe tentang mereka..

danial- member usrah

izah - gud fren of mine

hidayah - member yang ganas..haha

kalu korg rajin layan je la eh..kalu malas.buat dek je la..lol..c ya ^_^

Read more...

Wednesday, July 1, 2009

bertaubatlah kamu dengan sebenar-benar taubat


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam dan selawat dan salam ke atas junjungan besar para Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, dan seluruh ahli keluarga dan para sahabat seluruhnya.


Ya Allah Yang Maha Besar, ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa besar ataupun dosa-dosa kecilku, yang jelas ataupun yang samar, yang aku ketahui ataupun yang tidak aku ketahui sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui akan sesuatu dan Maha Pengampun.pada Mu aku sembah dan pada Mu jua tempat ku memohon pertolongan.


Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni juga dosa-dosa ibu bapaku, sesungguhnya mereka telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang, rahmatilah mereka, kasihilah mereka seperti mana mereka kasih padaku semasa aku kecil.


Ya Allah, ampunilah dosa-dosa abang dan adik-adik ku, ampuni jua dosa-dosa kaum kerabatku, dan semua sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan dan seluruh kaum muslimin yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.

Ya Allah, aku hamba Mu yang lemah merayu memohan ampun dan maaf dari Mu yang Maha Sempuna dan Maha Mulia.Ampunilah aku dari segala dosa-dosa ku yang lampau dan akan datang.

Ya Allah, aku menghadapi hari ini dengan bersaksi terhadap-Mu, dan terhadap para malaikat pemikul Arasy, dan para malaikat-Mu dan setiap makhluk-Mu, bahawa Engkau merupakan Ilah yang benar dan Nabi Muhammad ialah hamba-Mu dan utusan-Mu.(Riwayat Al-Tirmizi)

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan,kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk, dan azab kubur.Ya Allah, berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanafaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan.(Riwayat Muslim)



Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu(riwayat Ahmad & Al-Tirmizi), dan jangan kau pesongkan hatiku setelah kau memberi petunjuk kepada ku, kurniakanlah aku rahmat dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk untuk ku dalam menyelesaikan urusan ku.(Tafsir Ruhil Ma'ani' tafsir ayat 10 surah al-Kahfi)


Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. wahai Tuhan kami, berilah ampun bagiku da kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.(surah ibrahim:40-41)


Wahai Tuhan ku, aku telah menganiaya diri aku sendiri dan Engkautidak mengampukan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami daripada orang yang rugi. (surah al-A'araf:23)

Berikanlah aku rezki dan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan periharalah kami daripada azab neraka.(surah al-Baqarah:201)

Maha Suci Engkau, Tuhan yang Maha Agung dan salam sejahtera keatas para Rasul dan segala puji-pujian hanyalah untuk Engkau, Tuhan sekalian alam.

Ameen Ya Rabbal Alamin



beberapa petikan doa diambil dari buku Doa & Zikir Harian

disusun oleh Ust. Haji. Zahazan Mohamed

Read more...