embaca buku teks yang setebal 3inci itu, malah setiap dari mereka sepatutnya sudah pun bersedia dengan nota-nota ringkas dan latihan-latihan yang mencukupi. dan sememangnya bukan masa untuk tidur berlebihan atau pun menghadap permainan komputer berpanjangan. ia adalah masa untuk kita berjaga malam dan bersiap awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran. tetapi bukan bermaksud tidur tidak dijaga kesihatan di abaikan.malah menjadi salah satu faktor utama untuk menjadi seorang individu muslim adalah badan yang sihat. bayangkan, andaikan seorang pelajar yang rajin mengulangkaji pelajaran dari awal semester hingga kehujungannya. dia hanya tumpukan pada pelajarannya sehingga mengabaikan kesihatan.makan minum tidak dipedulikan sangat. malah dengan niat ingin menjimat masa dia hanya mengambil makanan segera sebagai alas perut. maka, tiada kemungkinankah beliau akan jatuh sakit? apatah lagi apabila beliau jatuh sakit pada hari peperikasaan. sungguh tertekan, sungguh menguji perasaan.malah menguji iman. bagi mereka yang lemah imannya sudah tentu tuhan yang akan dipersalahkan.nauzubillahi min zalik.AKADEMIK DAN TARBIYAH
Bagi mereka yang sudah bersedia awal dengan nota-nota dan latihan serta sudah berusaha dan berdoa semampu mungkin, syabas diucapkan. Anda sudah pun berjaya mengharungi ujian sebagai seorang pelajar. Mengapakah aku berkata sedemikin? Kerana menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja berjaya dalam peperiksaan malah berjaya dari awalnya. Iaitu berjaya dari segi cara hidup, pengurusan masa, makanan yang terjaga dan ibadah yang sempurna. Kebanyakan kita hari ini hanya memandang pada keputusa grad sahaja. sedangkan kita lupa syahsiah dan ibadah serta aqidah seseorang pelajar muslim juga amatlah penting.malah lebih dari menduduki peperiksaan. masyarakat kita hari ini terlalu mementingkan kejayan akademik dari pembangunan tarbiyah para pelajar. para ibu bapa berpesan kepada anak-anak mereka "belajar elok-elok, dapat pointer tinggi-tinggi dan jangan tinggal solat, jangan lupa baca al-quran". aku ingin bertanya pada kalian. adakah seruan berbunyi sedemikian adalah sebaik-baik seruan?? sedar tidak sedar dalam kata seru diatas tadi ibu atau bapa tadi telah mengutamakan dunia daripada akhirat.mereka menyeru kepada pelajaran dahulu(hal duniwi) dan baru kemudian solat dan baca al-quran(hal ukhrawi). adakah itu sebaik-baik seruan? sebagai seorang muslim sudah tentu tidak.setiap hari kita diseru sebanyak 5 kali sehari yang berbunyi "Hayya ala solah, hayya ala falah" dan itulah juga sebaik-baik serta semulia-mulia seruan. marilah kita sama-sama mengaplikasikan seruan sebegitu. solatlah dulu baru kita belajar..insyaAllah.. 
semuanya disebabkan diri manusia yang tidak berserah diri kepada Allah. mereka berpendapat mereka bahawasanya mereka dapat menentukan apa yang akan terjadi masa hadapan, mereka percaya apa yang diimpi dan dirancang selalunya menjadi. sungguh silaplah seandainya ada sesiapa yang berfikir sedemikian. Allah telah firman dalam kitabNya yang agung yang bermaksud :Waakhirul kalam, berdoalah seikhlas hati, usaha dan ikhtiar bersungguh-sungguh, dan tawakal sepenuhnya. itu sahaja point yang ingin ku sampaikan pada post kali ini. dan insyaAllah anda akan menjadi pelajar muslim yang berjaya jika mengamalkan nya..selamat mencuba -sekadar ratapan bersama

(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Az-Zumar : 9)
Read more...








