Alhamdulillah, aku telah pun selesai menduduki empat kertas subjek peperiksaan aku untuk sem ini. ada yang manis, ada juga yang pahit untuk dikenang. namun, aku bersyukur semuanya hampir berakhir. bebanan di kepala ini semakin ringan untuk ku tanggung. namun, aku daokan untuk semua sahabat-sahabat ku yang mana masih 'berperang' dengan pena dan kertas agar terus bersabar menghadapi ujian dunia ini. All theBest !!
walaubagaimanapun post aku kali ini bukanlah menceritakan tentang peperiksaan ku yang bakal berakhir ataupun bagaimana aku menjawab soalan-soalan peperiksaan ku, tetapi ia berkenaan pesta buku yang telah diadakan di Putra Worl Trade Centre (PWTC) baru-baru ini. alhamdulillah, aku sempat juga pergi berkunjung bersama sahabat-sahabat ku, Marwan dan Nabil. bagi peminat-peminat ataupun kaki-kaki buku ini merupakan pesta dan parti untuk mereka. almaklumlah, program ini hanya diadakan setahun sekali. kali terakhir aku pergi adalah ketika aku di pusat matrikulas UIAM petaling jaya. iaitu pada 2 tahun lepas. pesta buku tahun lepas juga aku tidak sempat untuk pergi kerana sibuk dengan program bersama pelajar yang bakal masuk ke alam universiti.
setelah tiba di terminal LRT PWTC kami sudah dapati ramai orang berpusu-pusu berjalan ke arah PWTC. apatah lagi apabila sudah masuk ke dalam. sesak dengan masyarakat malaysia yang berbilang kaum ini. namun, ia bukan penghalang untuk kami meredah lautan manusia untuk masuk ke dalam.
setibanya kami sampai didapati program pelancaran buku sedang diadakan di pentas utama.terdapat beberapa jenis buku yang dilancarkan seperti Aku Ingin Jadi Nasrallah dan Novel Bahlut oleh Faisal Tehrani.
setelah menjelajah ke beberapa ruang pameran Marwan membawa ku ke salah satu kedai pameran, Alamin Service Sdn Bhd. disitu kami berjumpa dengan penulis terkenal tanah air, Faisal Tehrani. ku akui aku bukanlah peminatnya mungkin kerana namanya yang agak kontroversi bagi sesetengah orang. namun, kami sempat bergambar dam meramah mesra dengan beliau. Marwan yang sememangnya kenalan juga merupakan junior Faisal ketika di KISAS dulu sempat bergurau senda dengan beliau setelah sekian lama tidak berjumpa.
-agaknya tentang apakah yang mereka sedang bicarakan? :)-
-aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Faisal-
-Marwan bersama Isa Kamari (tengah) dan Tuan Mazlan, Pengurus Al Amin Service (kiri)-
-wajah ceria Ustaz Hasrizal yang sibuk menanda tangani buku pembeli-
kami juga sempat bergambar dengan Isa Kamari yang juga berada di kedai yang sama dengan Faisal. Marwan sempat mengambil autograf Isa Kamari untuk buku yang telah dibeli oleh adiknya.
setalah beredar kami berjalan lagi dan singgah ke beberapa kedai yang lain. dan sebelum pulang dek kerana kaki dan badan yang keletihan kami bercadang untuk singgah ke kedai JIM Media. tetapi kami ternampak ustaz Hasrizal di gerai Geleri Ilmu yang terletak tidak jauh dari kedai JIM Media.
-wajah ceria Ustaz Hasrizal yang sibuk menanda tangani buku pembeli-
-aku juga tidak melepaskan peluang ^_^-
tidak sangka aku dapat bertemu dan berjumpa dengan penulis buku 'Aku Terima Nikahnya' itu. sememangnya aku meminati penulisan beliau yang sungguh menarik itu. terdetik dihati ku,
"kalau la aku bawak buku aku tu mesti boleh dapat autograf dia..adoi.."
kekesalan yang amat sekali ketika itu. namun begitu, terdapat juga beberapa lagi karya beliau yang dijual di kedai tersebut namun aku tidak membeli nya.mungkin lain kalilah. sebenarnya aku sudah tertarik dengan banyak sangat buku tetapi aku terfikir, seandainya aku beli masih belum tentu aku akan bacanya lagi. oleh itu aku membuat keputusan untuk tidak membeli dan hanya akan membeli buku ketika aku ingin membacanya sahaja. buku yang aku sedang baca sekarang pun masih belum habis lagi.malah sudah beberapa minggu ku tinggalkan disebabkan kesibukan diri. apapun, kami gembira dapat berjumpa dengan penulis-penulis buku yang kami minati. bukan senang untuk mendapat peluang ini.
seperti yang aku nyata kan, kami ingin singgah ke gerai JIM Media untuk kali terakhir sebelum pulang. sebelum pada itu kami ada juga singah dan kami dapati Pak Utih, pakar motivasi silang jantina berada di kedai itu. kami sempat beramah mesra dengan beliau. namun, setelah kami pergi ke kedai itu lagi dia sudah pun berangkat pulang.
-gerai JIM Media dari depan-
-kanak-kanak berpusu melihat seorang pelukis potrait JIM Media sedang melukis-
setelah letih menawan bangunan PWTC itu, kami berangkat keluar dari tempat itu. kami singgah d The MAll yang bersebelahan dengan PWTC. aku sempat pergi membeli kalkulator untuk peperiksaan ini untuk mengantikan kalkulator ku yang telah hilang dahulu. oleh kerana jam sudah menunjukkan pukul 7.15 kami membuat keputusan untuk solat maghrib dan makan malam di The Mall itu.
Alhamdulillah, perjalanan sepetang kami amat mengembirakan hati ini. tidak rugi aku meluangkan masa belajar untuk persediaan akhir sem ini dengan pergi ke pesta buku ini. apatah lagi dapat berjumpa dan bergambar dengan penulis yang diminati. ia sedikit sebanyak dapat memupuk minat membaca ku. sekian. v[^_^]v
3 ulasan:
Percaya atau tidak, abang Faisal Tehrani sedang memberi tips-tips untuk menjadi kurus....adeh
aku pun ade snap gambar dgn ustaz hasrizal abdul jamil hari tu. hehe
haha..gud for u guys.. :)
Post a Comment