Thursday, September 18, 2008

Aceh...dengarkanlah...

Beberapa hari yang lalu aku telah menghadiri suatu mesyuarat ataupun reunion FOA.jadi ini telah membuatkan aku ingin bercerita tentang itu.sudah sekian hari ingin menulis post ini tapi dari mana harus ku mulai...

...tapi setelah detik ini berlaku,ku mula coret jua...

16hb september 2008,lebih kurang jam 1pagi...

Hati ku terasa sebak seketika pabila merima SMS dari seorang sahabat dr Uia Nilai yg bernama farahin.berlaku sedikit perbualan diantara kami...

farahin: "aslmkum usamaaaaah... td mustafa iss kol.huuuu...sedeeeyyhhh... N ye kbo wandi n noval pndoh dh.xskoloh kt iss dh.."

usamah: "biar betik??diorang pndh mane?ble mustafa call?"

farahin: "xahu r diorg pndh mane.dlm kul 11 lbh td.mule2 mus kol.pah2 t'putus.pah2 ye ato msg suh kol mule sbb hp kwn ye abih kdt.org pn kol r mule.nsib baek tgh ade kdt."

usamah: "pastu cmne?ble diorg pndh?"
(msg terakhir ku)

farahin: "xtau la pndh bile"


perbualan sms kami terhenti disitu kerana waktu sdh lwt dan aku pun agak mengantuk setelah pulang dr prog Sambutan Malam Kemerdekaan Ke-45 di Stadium Petaling Jaya.bagi yang masih belum mengenali ku dengan dengan agak lama,mungkin mereka tertanya2 siapakah mustafa?siapa pula noval dan wandi.sesungguhnya ini bkn lah sebuah novel ataupun cerpen tetapi ini adalh suatu realiti...
mari ku imbas kembali kenangan manis yg menyentuh kalbu ku dan juga rakan seangkatan dengan ku...

kira2 5 bulan yg lalu pada 21 mac hingga 30 mac aku telah dijemput utk menyertai suatu prog yg boleh dikatakan prog yang banyak ku simpan kenangan manis yang tersemat di hati sanubari ini.ia merupakan prog yang bernama FRIENDS OF ACEH atau nama singkatannya, FOA.ia merupakan prog baktisiswa yang julung2 dianjurkan oleh CFSIIUM ke luar negeri.iaitu nanggroe aceh darussalam.sebuah negeri di rantau indonesia.prog selama 10 hari itu ckp mengamit memory.usah disebut kenalan baru malah lebih dari itu.pertemuan yang sementara tapi bnyk nostalgia.

click to comment
~keindahan masjid Baiturrahman...SubhanaAllah~

apa pun, tujuan utama kami ke sana tak lain dan tak bukan untuk berbakti.dan kami menumpukan pada anak2 mangsa tsunami yang amat memerlukan ilmu dan tunjuk ajar.sasaran kami di 2 tmpt utama iaitu pasentren babun najah dan islamic solidary school. perjalanan kami di sana dipermudahkan lagi apabila kami dibantu oleh Pemerintah Mahasiswa Universiti Syiah Kuala ataupun PEMA UNSYIAH.dan salah satu prog utama kami di sana ialah "Sesi Motivasi Bersama Presiden UIAM'' adalah hasil kerjasama baik kami dengan Pema Unsyiah.
kami juga sempat singah ke rumah anak yatim sapura yang ditaja oleh sebuah syarikat Sapura Sdn Bhd dan mendapat bantuan daripada Mercy Malaysia.kami juga sempat singah dan membeli belah di sekitar kawasan banda aceh, ke pantai Lok Nga(pantai dimana berlakunya tsunami) dan juga masjid turki yang mana masjid ini adalah masjid yang tak runtuh walaupun dirempuh tsunami yang dahsyat.selama kami di banda aceh, rumah haji menjadi tempat penginapan kami.

Pasentren Babun Najah

click to comment

~wajah2 ahli kelompok Aceh Sukses~

Aku merupakan ahli jawatan kuasa biro kebajikan prog ini dan aku juga diberi peluang untuk menjadi Facilitator untuk prog ini.aku mempunyai Co-Fci yang bernama Fiza dan AJK yang bernama Asyraf.di sini aku mendapat kumpulan yang digelar Aceh Sukses.keadaan kemudahan kelengkapan di sini sudah menampakkan taraf hidup para pelajar di pasentren ini.kami berprogram di sini selama 2 hari sahaja.iaitu dari 22hb hingga 23 hb.di sini hubungan kami dengan adik2 di sini seperti adik beradik malah ada diantara kami memangigl mereka dengan panggilan anak.

Islamic Solidary School

click to comment
~wajah2 ahli kelompok Pemburu~

perjalanan kami diteruskan lagi pada hari ke6 apabila kami terpaksa berpindah ke kediaman kami dari asrama haji ke sebuah sekolah asrama yang dipanggil Islamic Solidary School ataupun ISS.selama 3hari dan 2 malam kami menetap di situ.lokasinya agak jauh dari banda aceh dan mengambil masa selama 45minit hingga 1 jam untuk ke sana.keadaan kemudahan di sini agak baik berbanding dengan pasentren babun najah kerana sekolah ini ditaja oleh Islamic Developement Bank(IDB)..
kehadiran kami disana disambut dengan ceria oleh penhuni sekolah itu dan mereka sempat mengadakan majlis sambutan untuk kami.seperti biasa setiap faci diberi kumpulan dan kali ini ku mendapat kumpulan yang kemudian nya diberi nama Penburu.di sini berlaku sedikit perubahan apabila AJK ku asyraf di tukar kepada Farahin.tetapi aku dan fiza masih sepasukan walaupun ada diantara faci dan co-faci ditukar kerana ingin memberi peluang untuk AJK yang lain yang masih belum memegang mana2 kumpulan.
tumpuan yang lebih perlu diberikan pada adik2 di sini kerana mereka agak kasar dan kurang berminat untuk berlajar.oleh itu kami terpaksa untuk cari cara untuk menarik minat mereka.ini menyebabkan aku,fiza dan farahin lebih mengenali dan lebih rapat dengan mereka.


~Sesi bersama presiden UIAM~

~dari kiri Dean CFSIIUM,Tan Sri Sanusi Junid,(bekas presiden uia),Azli(prog manager FOA)~



~sebelum majlis Sesi Bersama Presiden UIAM~
~biro kebajikan FOA~


~aku dengan marwan di pantai Lok Nga~

click to comment
~pasukan FOA~


andai ingin ku ceritakan semuanya sudah pasti mengambil masa berhari2.jadi elok sahaja sebagai pengenalan.lagipun kami sekarang sedang merancan untuk menubuhkan sebuah NGO dengan objektif yang sama yang akan meneruskan kerja2 murni ini.dan buat masa sekarang kami sedang menyiapkan surat dan kad hari raya untuk adik2 kami di sana.

hanya satu sahaja yang ku pinta agar adik2 di sana sentiasa tahu dan mengerti bahawa kami di malaysia ini amat merindui mereka.dan sesungguhnya kami sentiasa berdoa agar Allah akan mempertemukan kami dengan anak2 aceh itu lagi...


Dimana akan ku cari
Aku menangis seorang diri
Hatiku selalu ingin bertemu
Untukmu aku bernyanyi

Untuk aceh tercinta
Aku ingin bernyanyi
Walau airmata dipipiku

Aceh dengarkanlah
Aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam mimpi

Lihatlah hari berganti
Namun tiada seindah dulu
Datanglah aku ingin bertemu
Denganmu aku menyanyi

Untuk aceh tercinta
Aku ingin bernyanyi
Walau airmata dipipiku

Aceh dengarkanlah
Aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam mimpi







dedikasi buat semua pasukan FOA,
kumpulan Aceh Sukses dari Babun Najah
dan kumpulan Pemburu dari ISS.
~wajah kalian tetap dalam kenangan~

2 ulasan:

izzahismail said...

wah,ke acheh?
best giler.an experience not to be forgotten ;)
slamat puasa!

Ahmad Usamah said...

of coz it is..such a wonderful experience..hehe..slmt berpuasa jgk.. (^_^)