PROGRAM RAKAN MUDA-KELAB MA'ARUF
WAWASAN DESA IPT
TARIKH:
25-27 JULAI 2008
TEMPAT:
KAMPUNG BUKIT KAPAR
ANJURAN:
JABATAN BELIA DAN SUKAN,
GERAKAN BELIA 4B BUKIT KAPAR
GERAKAN BELIA 4B BUKIT KAPAR
DAN
KELAB MA'RUF UIAM
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَإِٓلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣
Maknanya:Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (13)
PENGENALAN
Untuk makluman semua,program baktisiswa ini adalah program kebajikan untuk penduduk kg dan lebih dikenali dengan program anak angkat.Ia merupakan program anjuran kementerian belia dan sukan untuk pelajar2 universiti dan penduduk2 kg yang terpilih.tujuan utamanya sudah tentu untuk saling berkenal-kenalan dan memupuk nilai kasih sayang serta memberi peluang kepada pelajar untuk membuat kebajikan.
kelab ma'aruf pula merupakan sebuah kelab dakwah yang berdaftar di uia gombak dan diberi peluang ini untuk menganjurkan program ini.kami,peserta program seramai 40 orang telah bertungkus lumus untuk memastikan program ini berjalan lancar.
manakala kg bkt kapar adalah sebuah kg yang besar dan terletak di daerah klang, selangor.apa yang istimewa tentang kg ini adalah hampir ke semua ataupun 99% penduduk kg ini adalah berbangsa jawa...
JUMAAT,25hb JULAI 2008
(hari pertama)
Kami bertolak dari uia gombak ke kg. bkt. kapar lebih kurang jam 9 pagi(spttnye pkl8.tp bas lambat).selepas mendengar ucapan/amanat dari presiden kelab ma'aruf ,bro ridzuan kami mengorak langkah dengan penuh semangat & hati yang girang menuju ke destinasi...
~~majlis pembukaan dan sesi suai kenal~~
setibanya kami di sana,kami disambut dengan paluan kompang dan wajah ceria penduduk2 kg itu.perasaan gembira dan gementar bercampur baur setelah kaki pertama menjejakkan kaki di kg itu.penduduk kg menyambut kami dengan penuh kegembiraan kami balasi dengan senyuman ikhlas yang mencerminkan kegembiraan di hati.
tanpa membuang masa majlis pembukaan terus dimulakan.majlis yang separa formal itu di akhiri dengan pembahagian anak angkat setelah program dirasmi kan oleh wakil pegawai dari jabatan belia dan sukan.
pada awalnya aku mendapat seorang ibu angkat bernama saadiah bersama dengan seorang lagi pserta bernama hilmi.tetapi wanita berkerja sebagai seorang guru itu memohon agar ditukar dengan peserta perempuan oleh kerana kempunan untuk memperoleh anak perempuan.oleh itu,kami mendapat ayah angkat baru yang dia lebih selesa dipanggil abg aziz(mgkn dia rse muda lg kot).apa pun, aku dan hilmi berasa gembira mendapat keluarga angkat baru itu dan tidak sabar untuk pergi ke rumahnya.
di ruamh abg aziz aku berkenalan dengan kak emi(istri abg aziz),wawa(anak abg aziz),mak(ibu mertua abg aziz),ayah(bapa mertua abg aziz) & anas(adik kak emi).
selepas makan tengahari,kami bergerak ke dewan GB4B td(tmpt mjls pembukaan td) untuk sesi suai kenal.pada waktu petang pula, peserta berpecah kepada 2 kumpulan.1 kumpulan pergi melawat kg dan 1 lagi pergi ke sek. keb.bukit kapar(SKBK) untuk persediaan pada malam itu.
~~solat hajat & ceramah motivasi~~
malam pertama kami diperkampungan orang jawa ini bermula dengan kehadiran pelajar dan ibu bapa pelajar untuk acara solat maghrib,solat hajat bacan yasin dan solat isyak.pada malam itu kami di imami oleh bro. nurul amin yang merupakan peserta juga.dan bacaan yasin diketuai oleh bro. ashraf fauzan.
setelah selesai solat isyak,kami beralih pula ke acara seterusnya iaitu ceramah motivasi.mengikut perancangannya kami menjemput seorang penceramah luar yang juga merupakan graduan uia yang bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tanah air.tetapi masalah timbul apabila kami terpaksa mengambil alih tempat beliau kerana beliau lewat untuk hadir ke sekolah itu dan ceramah beliau terpaksa dibatalkan.lantaran itu, terima kasih yang tidak terhingga dan mohon maaf diucapkan kepada bro. syarief kerana terpaksa mengambil alih tugas itu.masalah itu memberi sedikit tekanan kepada kami tetapi semuanya kelihatan tenang sahaja.
malam itu berakhir setelah semua pelajar dan ibu bapa pulang ke rumah dan kami dibenarkan pulang setelah menjamu sedikit jamuan ringan.
malam itu berakhir setelah semua pelajar dan ibu bapa pulang ke rumah dan kami dibenarkan pulang setelah menjamu sedikit jamuan ringan.
SABTU,26hb JULAI 2008
(hari ke-2)
(hari ke-2)
Pagi itu bermula dengan post mortem bagi hari pertama.tetapi oleh kerana kelewatanku, aku terlepas apabila penyelaras program ditegur kerana masalah seumpama itu timbul pada malam itu.walaubagaimanapun, semua teguran itu kami terima dan kami akui itu sememangnya adalah dari kekurangan kami sendiri.
aktiviti pada hari ini banyak menggunakan tenaga antaranya gotong royong kawasan SKBK,rewang(kerja kahwin),sukan dan malam kebudayaan.
~~gotong royong~~
di sekolah itu,kami diminta untuk membersihkan kawasan kolam dan kawasan taman sains mereka.untuk pengtahuan semua, SKBK pernah digelar sekolah terbersih di malaysia jadi,tugas yang kami lakukan hanyalah sedikit oleh kerana sekolah itu sudah tersedia bersih..tahniah untuk SKBK.
~~pose bersama pohon kenangan~~
pohon ini kami tanam sebagai tanda kenangan atau ingatan buat SKBK.
pohon ini kami tanam sebagai tanda kenangan atau ingatan buat SKBK.
~~"rewang" majlis kenduri kahwin~~
sepertimana yang aku nyatakan tadi, salah satu acara kami pada hari ini adalah melawat ke sbuah rumah yang akan mengadakan kenduri kahwin.di situ kami dapat pelajari budaya jawa mengadakan kenduri kahwin.dalam bahasa mereka rewang itu adalah kerja kahwin.
~~sukan bersama pelajar UM dan kg kerayong~~
Pada petang itu kami konvoy beramai2 ke kg kerayong untuk mengadakan pertandingan sukan diantara uia-kg bkty kapar dan um kg kerayong.terdapat sukanneka seperti bina straw dan sukan lasak iaitu bola sepak,futsal,dan bolajaring.setelah semuanya berakhir,kelihatan pihak um-kerayong banyak menjuarai permainan.dan sebelum pulang kami sempat bergambar beramai2...
~~malam kebudayaan bersama pelajar UM dan kg kerayong~~
pada malam kebudayaan itu telah diadakan 9 persembahan. 2
dari pihak kami, 2 dari UM, 2 dari kg kerayong dan 3 dari kg bukit kapar.dari kami,kami telah mempersembahkan 1 prsembahan nasyid dan sajak.apa yang mengagumkan pelajar2 UM sememangnya sudah bersedia lebih awal dengan persembahan pentomin dan dikir barat mereka yang penuh semangat.malam itu diserikan lagi dengan tarian,pertunjukan silat,kompang yang dipertontonkan oleh penduduk kg.Setelah malam kebudayaan selesai.para hadirin dan kami dihidangkan nasi ambang oleh pihak GB4B.Nasi ambang merupakan makanan tradisi masyarakat jawa.Berlaukkan ayam dan ikan kering dan berkuah kan serunding, nasi yang dimakan di dalam dulang itu cukup mengenyangkan.
<<~~makan nasi ambang dengan adik angkat ku~~
pada malam kebudayaan itu telah diadakan 9 persembahan. 2
dari pihak kami, 2 dari UM, 2 dari kg kerayong dan 3 dari kg bukit kapar.dari kami,kami telah mempersembahkan 1 prsembahan nasyid dan sajak.apa yang mengagumkan pelajar2 UM sememangnya sudah bersedia lebih awal dengan persembahan pentomin dan dikir barat mereka yang penuh semangat.malam itu diserikan lagi dengan tarian,pertunjukan silat,kompang yang dipertontonkan oleh penduduk kg.Setelah malam kebudayaan selesai.para hadirin dan kami dihidangkan nasi ambang oleh pihak GB4B.Nasi ambang merupakan makanan tradisi masyarakat jawa.Berlaukkan ayam dan ikan kering dan berkuah kan serunding, nasi yang dimakan di dalam dulang itu cukup mengenyangkan.
<<~~makan nasi ambang dengan adik angkat ku~~
AHAD,27hb JULAI 2008
(hari ke-3,hari terakhir)
pagi terakhir kami dimulakan dengan postmortem untuk hari ke-2 dan semuanya kelihatan baik2 belaka.kemudian kami bersiap untuk majlis penutup...
~~majlis penutup~~
setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap yang bermula pasti akan beremu akhirnya.itulah sunnatullah.hanya Dia yang kekal abadi.begitu juga program ini.program ini ditutup dengan penyampaian sijil dan cendera hati.kami,GB4B dan JBS saling bertukar2 hadiah dan cenderahati.
sebelum pulang ke kampus kami diberi masa beberapa jam untuk meluangkan masa bersama keluarga angkat. abg aziz mebawa aku dan hilmi pusing sekitar kawasan bkt kapar.
setelah selsai solat asar berjemaah disurau,kami sempat mengadakan sesi ucapan perpisahan dan seterusnya terus bersalam-salaman untuk berangkat pulang.kelihatan beberapa orang diantara kami termasuk aku sendiri menitiskan air mata.begitu juga ibu bapa angkat kami.meskipun masa yang suntuk untuk bersama mereka tetapi ternyata kasih sayang tetap berada di hati anak adam ini...
~~pose sblm berpisah~~
~~a whole big family~~
Ya Allah, ya tuhan ku,Kau telah ikat silaturrahim ini,maka kau kekal kan lah ia agar sentiasa erat dan kekal utuh hingga ke akhirnya.Ya Allah,kepada Kau ku memohon pertolongan dan kepadaKau jua ku berserah diri,bimbinglah mereka ke jalan yang Kau redhai.sesungguhnya,Kau lah yang maha berkuasa dan maha menentukan segalanya...
...amin ya rabbal alamin...
...amin ya rabbal alamin...
1 ulasan:
Salam..
Wahh macam report nak antar ke STAD nie:) Pasnih bolehla mintak tolong buatkan report program ana plak:)
Post a Comment