Wednesday, August 13, 2008

Andaiku tahu kapan tiba ajalku...



PAMERAN ALAM BARZAKH

tempat:
KORIDOR MASJID SULTAN HAJI AHMAD SHAH(SHAS),
UIAM,GOMBAK

tarikh:
21hb july 2008 - 25hb july 2008

anjuran:
masjid SHAS dengan kerjasama SRC,uia

serta

QURANIC YOUTH CLUB(QYC), INTELECTUAL YOUTH CLUB(IYC), JAMAATUL KHATIMUL QURAN(JKQ), MAARUF CLUB

objektif utama:
~mengingatkan para pelajar uia tentang KEMATIAN

aktiviti:
pameran, tayangan video, demo mengkafankan jenazah


Penat baktisiswa masih belum habis,penat lain pula datang menjelma.sakit urat disebabkan perlawanan bola dengan pelajar UM pun masih terik terasa(rujuk post "aku di perantauan...").tapi apa nak kata, siapa suruh terima amanah sangat.pagi2 lagi aku mendapat SMS dari kak fatimah(senior aku) untuk datang ke foyer masjid untuk membantu kerja2 persediaan tempat."malas betul la..." keluh hatiku.tapi ku gagahi juga untuk ke sana.
program pameran alam barzakh ini berlansung selama seminggu.ia dianjurkan sempena program let's splandors our solah.terdapat beberapa lagi program yang dianjurkan sempena program itu seperti let's solat campaign dan forum israk ma'kraj.

~seorang pelajar sedang melihat gambar yang dipamerkan~
ditempat pameran itu terdapat kain yang dilekatkan dengan bahan pameran seperti gambar,ayat2 al-quran,cerita pendek, dan kata hikmah.

~~barang2 untuk memandikan & mengkafankan jenazah~~
di satu sudut foyer masjid itu terdapat pula satu meja yang diletak barang2 untuk memandi dan mengkafan kan jenazah.iaitu kapur narus,sarung tangan,sabun,kapas,kain kafan dan beberapa barang lagi.
~~sepujuk surat buat teman yang menyambut hari lahir untuk mengingatkan dia tentang kematian~~~~antara gambar yang dipamerkan~~














<<~~keranda dan replica mayat~~ ~~replika kubur~~>>

dibahagian tengah2 foyer masjid itu pula terdapat keranda yang diatasnya tertulis "percuma untuk merasa berada di dalam".ia adalah sebagai persediaan untuk kita apabila tiba "masa" nya nanti.

~~suasana di bilik mandi jenazah~~
~~tab mandi jenazah~~

antara keistimewaan program ini adalah para pengunjung diberi peluang untuk memasuki bilik mandi jenazah yang dibuka khas untuk lawatan.aku dapat melihat beberapa orang pelajar yang membuat mimik muka ketakutan apabila kami ahli jawatankuasa menjemput mereka untuk masuk.pertama kali aku memasuki bilik itu aku agak terperanjat apabila aku dapati ada penghawa dingin di dalamnya.aku berbisik pada diri sendiri "mewah giler cam ni..."hanya itulah yang hanya mamou ku ucapkan...

ada satu lagi aktiviti yang diadakan pada hari terakhir program ini.iaitu demo mengkafankan jenazah.ia berlangsung pada hari jumaat pada pukul3 petang.sambutan agak memuaskan dan semuanya berjalan lancar.namunbegitu, aku agak kesal kerana tidak dapat menyertai demo itu lantaran terpaksa menguruskan gerai palestin yang dibuka di aikol...

apapun, semoga segala usaha dan penat lelah ahli jawatan kuasa program ini yang ingin mendekatkan pelajar dengan pencipta mereka mendapat barakah dan diterima sebagai amal yang tertinggi disisiNya.insyaAllah...

~~aku sempat bergambar ditempat pameran(^_^)~~

Andai ku tahu…
Kapan tiba ajalku…

Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…


Andai ku tahu…

Kapan tiba masaku…

Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…

Aku takut akan semua dosa dosaku…

Aku takut dosa yg terus membayangiku…


Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…

Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…


Andai ku tahu….

Kapan tiba ajalku…

Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…

Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu




ANDAIKU_TAHU - UNGU


1 ulasan:

cikEff said...

haha~ada jugak psl ni~
siap nama akak lagi.
terima kasih, penat2 pun jd komiti gk.
May Allah bless us^^