Monday, September 22, 2008

SAUDARA BARU, SAUDARA KITA

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

dan

Hidayah Centre (Pusat Sokongan Saudara Baru)

Majlis Berbuka Puasa Kali Ke-4

“Saudara Baru, Saudara Kita”


Tarikh

20 September 2008 / 20 Ramadhan 1429H (Sabtu)

Masa

5.00 petang - 10.00 malam

Tempat

Dewan Persidangan Utama,

Kompleks Perbadanan Putrajaya



Objektif Program
.: Mengumpulkan dana demi menjayakan pengoperasian Hidayah Centre di seluruh Malaysia :.
.: Meraikan saudara baru dan juga para dermawan :.
.: Mewujudkan jaringan perhubungan di kalangan masyarakat :.
.: Mengukuhkan ukhuwwah sesama saudara seagama :.
.: Memberi peluang kepada para hadirin untuk menyelami di samping memahami kehidupan saudara baru :.









Ketibaan tetamu


Berbuka Puasa




















Makan Malam dan Persembahan Nasyid oleh kumpulan Saff-One & Demascus




Solat Isyak dan Tarawikh
Dipimpin oleh
Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)



Tazkirah
Disampaikan oleh
Tuan Haji Ayub Abdul Rahman
(Bekas Paderi Roman Katholik, Pendakwah Rabithah A-Alam Al-Islami)



Apakah itu Hidayah Centre?

Penubuhan Hidayah Centre di bawah naungan JIM adalah dengan matlamat-matlamat berikut:
1. Penempatan sementara saudara baru
2. Pusat perlindungan saudara baru
3. Pusat pendidikan dan bimbingan saudara baru
4. Kerja-kerja penghubung dengan agensi kerajaan dan NGO lain
5. Dakwah kepada bukan Islam dan proses pengislaman

Setelah 3 tahun berada di persada perjuangan dalam menyebarluaskan Islam dan memberikan sokongan kepada saudara baru kita, antara pencapaian Hidayah Centre adalah seperti berikut;

1. Beroperasi di 14 lokasi di seluruh negara termasuk di negeri-negeri strategik seperti Sabah dan Sarawak
2. Memberikan bimbingan kepada saudara baru
3. Memberikan kaunseling pemulihan dan pemantapan akidah saudara baru
4. Program-program pembinaan dakwah
5. Program berterusan seperti Hidayah Centre Evening Talk
6. Latihan Dakwah Praktikal
7. Sambutan hari raya
8. Pengislaman saudara baru dan lain-lain

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


(As-Saff : 10-11)

Read more...

Thursday, September 18, 2008

Aceh...dengarkanlah...

Beberapa hari yang lalu aku telah menghadiri suatu mesyuarat ataupun reunion FOA.jadi ini telah membuatkan aku ingin bercerita tentang itu.sudah sekian hari ingin menulis post ini tapi dari mana harus ku mulai...

...tapi setelah detik ini berlaku,ku mula coret jua...

16hb september 2008,lebih kurang jam 1pagi...

Hati ku terasa sebak seketika pabila merima SMS dari seorang sahabat dr Uia Nilai yg bernama farahin.berlaku sedikit perbualan diantara kami...

farahin: "aslmkum usamaaaaah... td mustafa iss kol.huuuu...sedeeeyyhhh... N ye kbo wandi n noval pndoh dh.xskoloh kt iss dh.."

usamah: "biar betik??diorang pndh mane?ble mustafa call?"

farahin: "xahu r diorg pndh mane.dlm kul 11 lbh td.mule2 mus kol.pah2 t'putus.pah2 ye ato msg suh kol mule sbb hp kwn ye abih kdt.org pn kol r mule.nsib baek tgh ade kdt."

usamah: "pastu cmne?ble diorg pndh?"
(msg terakhir ku)

farahin: "xtau la pndh bile"


perbualan sms kami terhenti disitu kerana waktu sdh lwt dan aku pun agak mengantuk setelah pulang dr prog Sambutan Malam Kemerdekaan Ke-45 di Stadium Petaling Jaya.bagi yang masih belum mengenali ku dengan dengan agak lama,mungkin mereka tertanya2 siapakah mustafa?siapa pula noval dan wandi.sesungguhnya ini bkn lah sebuah novel ataupun cerpen tetapi ini adalh suatu realiti...
mari ku imbas kembali kenangan manis yg menyentuh kalbu ku dan juga rakan seangkatan dengan ku...

kira2 5 bulan yg lalu pada 21 mac hingga 30 mac aku telah dijemput utk menyertai suatu prog yg boleh dikatakan prog yang banyak ku simpan kenangan manis yang tersemat di hati sanubari ini.ia merupakan prog yang bernama FRIENDS OF ACEH atau nama singkatannya, FOA.ia merupakan prog baktisiswa yang julung2 dianjurkan oleh CFSIIUM ke luar negeri.iaitu nanggroe aceh darussalam.sebuah negeri di rantau indonesia.prog selama 10 hari itu ckp mengamit memory.usah disebut kenalan baru malah lebih dari itu.pertemuan yang sementara tapi bnyk nostalgia.

click to comment
~keindahan masjid Baiturrahman...SubhanaAllah~

apa pun, tujuan utama kami ke sana tak lain dan tak bukan untuk berbakti.dan kami menumpukan pada anak2 mangsa tsunami yang amat memerlukan ilmu dan tunjuk ajar.sasaran kami di 2 tmpt utama iaitu pasentren babun najah dan islamic solidary school. perjalanan kami di sana dipermudahkan lagi apabila kami dibantu oleh Pemerintah Mahasiswa Universiti Syiah Kuala ataupun PEMA UNSYIAH.dan salah satu prog utama kami di sana ialah "Sesi Motivasi Bersama Presiden UIAM'' adalah hasil kerjasama baik kami dengan Pema Unsyiah.
kami juga sempat singah ke rumah anak yatim sapura yang ditaja oleh sebuah syarikat Sapura Sdn Bhd dan mendapat bantuan daripada Mercy Malaysia.kami juga sempat singah dan membeli belah di sekitar kawasan banda aceh, ke pantai Lok Nga(pantai dimana berlakunya tsunami) dan juga masjid turki yang mana masjid ini adalah masjid yang tak runtuh walaupun dirempuh tsunami yang dahsyat.selama kami di banda aceh, rumah haji menjadi tempat penginapan kami.

Pasentren Babun Najah

click to comment

~wajah2 ahli kelompok Aceh Sukses~

Aku merupakan ahli jawatan kuasa biro kebajikan prog ini dan aku juga diberi peluang untuk menjadi Facilitator untuk prog ini.aku mempunyai Co-Fci yang bernama Fiza dan AJK yang bernama Asyraf.di sini aku mendapat kumpulan yang digelar Aceh Sukses.keadaan kemudahan kelengkapan di sini sudah menampakkan taraf hidup para pelajar di pasentren ini.kami berprogram di sini selama 2 hari sahaja.iaitu dari 22hb hingga 23 hb.di sini hubungan kami dengan adik2 di sini seperti adik beradik malah ada diantara kami memangigl mereka dengan panggilan anak.

Islamic Solidary School

click to comment
~wajah2 ahli kelompok Pemburu~

perjalanan kami diteruskan lagi pada hari ke6 apabila kami terpaksa berpindah ke kediaman kami dari asrama haji ke sebuah sekolah asrama yang dipanggil Islamic Solidary School ataupun ISS.selama 3hari dan 2 malam kami menetap di situ.lokasinya agak jauh dari banda aceh dan mengambil masa selama 45minit hingga 1 jam untuk ke sana.keadaan kemudahan di sini agak baik berbanding dengan pasentren babun najah kerana sekolah ini ditaja oleh Islamic Developement Bank(IDB)..
kehadiran kami disana disambut dengan ceria oleh penhuni sekolah itu dan mereka sempat mengadakan majlis sambutan untuk kami.seperti biasa setiap faci diberi kumpulan dan kali ini ku mendapat kumpulan yang kemudian nya diberi nama Penburu.di sini berlaku sedikit perubahan apabila AJK ku asyraf di tukar kepada Farahin.tetapi aku dan fiza masih sepasukan walaupun ada diantara faci dan co-faci ditukar kerana ingin memberi peluang untuk AJK yang lain yang masih belum memegang mana2 kumpulan.
tumpuan yang lebih perlu diberikan pada adik2 di sini kerana mereka agak kasar dan kurang berminat untuk berlajar.oleh itu kami terpaksa untuk cari cara untuk menarik minat mereka.ini menyebabkan aku,fiza dan farahin lebih mengenali dan lebih rapat dengan mereka.


~Sesi bersama presiden UIAM~

~dari kiri Dean CFSIIUM,Tan Sri Sanusi Junid,(bekas presiden uia),Azli(prog manager FOA)~



~sebelum majlis Sesi Bersama Presiden UIAM~
~biro kebajikan FOA~


~aku dengan marwan di pantai Lok Nga~

click to comment
~pasukan FOA~


andai ingin ku ceritakan semuanya sudah pasti mengambil masa berhari2.jadi elok sahaja sebagai pengenalan.lagipun kami sekarang sedang merancan untuk menubuhkan sebuah NGO dengan objektif yang sama yang akan meneruskan kerja2 murni ini.dan buat masa sekarang kami sedang menyiapkan surat dan kad hari raya untuk adik2 kami di sana.

hanya satu sahaja yang ku pinta agar adik2 di sana sentiasa tahu dan mengerti bahawa kami di malaysia ini amat merindui mereka.dan sesungguhnya kami sentiasa berdoa agar Allah akan mempertemukan kami dengan anak2 aceh itu lagi...


Dimana akan ku cari
Aku menangis seorang diri
Hatiku selalu ingin bertemu
Untukmu aku bernyanyi

Untuk aceh tercinta
Aku ingin bernyanyi
Walau airmata dipipiku

Aceh dengarkanlah
Aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam mimpi

Lihatlah hari berganti
Namun tiada seindah dulu
Datanglah aku ingin bertemu
Denganmu aku menyanyi

Untuk aceh tercinta
Aku ingin bernyanyi
Walau airmata dipipiku

Aceh dengarkanlah
Aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam mimpi







dedikasi buat semua pasukan FOA,
kumpulan Aceh Sukses dari Babun Najah
dan kumpulan Pemburu dari ISS.
~wajah kalian tetap dalam kenangan~

Read more...

Wednesday, September 17, 2008

16 September...???

Pertama sekali ingin sekali aku nyatakan disini bahawasanya aku bukanlah ingin membuat post yg berbau politik.tapi aku hanya ingin berkongsi pengalaman...
Seperti yang kita sedia maklum politik malaysia agak kurang stabil sejak akhir2 ini.ada yang mengatakan 16 september ini cuti disebabkan ingin menyambut hari malaysia yang ke45.tapi nampaknya tidak kesampaian la kot hajat at Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI).meskipun begitu sambutannya tetap diadakan.

~DSAI bersama isteri, Wan Azizah~

~DSAI ketika memberi ucapan~

Di sini aku ingin berkongsi pengalaman ku pada malam 16hb itu.mungkin ada yang tak berapa tau tentang apa yang berlaku pada malam itu.apa yang berlaku pada malam iailah telah diadakan suatu prog anjuran Pakatan Rakyat yang telah mengumpulkan lebih 10,000 penyokong DSAI.program yang bertempat di Stadium petaling jaya itu merupakan Sambutan Hari Malaysia Ke45.agenda utama pada malam itu sudah tentu ucapan DSAI sendiri.

~kemeriahan Sambutan Hari Malaysia Ke45~

Sebagai aktivis jemaah islam(konon2nya la kan..) aku tak ketinggalan untuk turut serta merasai kemeriahan sambutan hari malaysia yang ke45 itu.aku dengan rombongan 2 buah kereta yang disertai oleh akh dhany,akh auzan,akh azree,marwan,zulfadli dan tidak ketinggalan presiden Karisma sendiri, akh Amirul Letfee.mungkin anda fikir kami kesana bertujuan untuk melaungkan semangat reformasi.sudah tentu apa yang and afikirkan itu salah sama sekali.

Yang sebenarnya kami hanya ingin mengedarkan risalah tentang iftar unutk saudara yang akan dianjurkan oleh Hidayah Center(Pusat Sokongan Saudara Baru) dan JIM.usah terkejut ya...kami hanya ingin mengambil peluang yang ada untuk mempromosikan program ini.bukan kita tidak tahu.program yang dihadiri oleh DSAI itu sudah tentu ramai orang yang datang untuk menyaksikannya.

Tetapi sayang seribu kali sayang.mungkin mungkin ada hikmah dariNya yang Maha Agung.hasrat kami untuk ke sana tidak kesampaian sepenuhnya.salah satu kereta rombongan telah tersesat jalan.kereta yang aku, marwan,zul dan abg dhany naikilah yang sesat tu.bukannya apa,kami hanya terlepas simpang.hendak dijadikan cerita lagi kami sendiri pun tidak tahu dimana lokasi sebenarnya program itu berlangsung.hanya yang tahu jalan untuk ke sana adalah amirul seorang sahaja yang menaiki sebuah lagi kereta.

~bergambar bersama YB. Ustaz Badrul Amin~

~kami membaca akhbar Suara KeADILan~


Apabila kami tiba di sana DSAI sedang menyampaikan kata2 penutup.apa yang kami sempat dengar adalah beberapa patah kata dari DSAI,sorakan REFORMASI berulang2 kali dan nyanyian lagu negara ku beramai2.hanya beberapa keping risalah sahaja yang sempat kami edarkan kerana penonton yang hadir pada malam itu sudah menyerbu keluar...

walaubagaimana pun, aku bersyukur kerana dapat merasai perkara sebegini yang jarang sekali peluang dapat ku capai.sebagai seorang rakyat Malaysia lebih2 lagi seorang muslim, aku sentiasa berdoa agar malaysia mendapat pemerintah yang adil dan saksama dan yang paling penting menjulang islam itu sebagai suatu cara hidup di negara ini.insyaAllah...

Read more...

Tuesday, September 9, 2008

Bisnes oh bisnes..

BISNES???hm..ape yg anda fikir bila sebut bisnes ni?kali ni aku nk kongsikan sesuatu yg agak baru bg kita dlm dunia bisnes hari ini.iaitu MUSLIPRENEUR.pernah dengar??bagi yg cepat pick up takde masalah la kan.tp bg yg lampi(lambt pickup) tu...xpe aku akan terangkan...


Muslimpreneur atau name panjangnya muslim entrepreneur atau dalam bahasa malaysianya usahawan muslim. Ia merupakan satu istilah yg dibawa oleh KARISMA yg dari segi teorinya dimaksudkan disamping seseorang itu berniaga dia menyampaikan dakwah islamiah.Dlm bhs yg lbh mudah dialah pendakwah dia jugalah peniaga yg berjaya.amacam??best x??

Pada 30 ogos hingga 1 september yg lalu,aku tlh mengikuti satu prog yg bernama Inaugural Muslimpreneur Ledership Camp (IMPAC).Prog ini anjuran JK Dana KNL dan ditaja oleh JIM.Prog ini telah mengumpul hampir semua JK Dana dr setiap lokaliti bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bisnes dan muslimpreneur.dan aku merupakan wakil JK Dana Uia gombak.
~forum jutawan~




















~penceramah2 yang banyak memberi tips dan pengajaran~

Antara aktiviti2 menarik prog 3hari 2 malam ini iailah ceramah2 dari ahli2 peniaga yg juga merupakan ahli angota JIM juga, yang menampilkan 3 org jutawan, dan 'business simulation' yang merupakan acara kemuncak prog ini.

~wajah2 ketika pembentangan projek kambing boer~



















~ke hulu ke hilir masa bussiness simulation~

"sabda nabi s.a.w: didorong atas kamu ialah perniagaan kerana dalamnya ialah sembilan persepuluah punca rezeki"

Read more...

Malam Simfoni Kesyukuran...

Pada 27 ogos yg lalu, convest 08 telah diadakan satu konsert yang dipanggil "Malam Simfoni Kesyukuran".menampilkan 7 artis nasyid tanah air sudah tentu ia merupakan suatu malam yg amat mengamit memory.Antara artis2 yg tampil pada malam itu ialah Saujana, NowSeeHeart, Far East.Juga,penampilan artis nasyid terkenal tanah air kita seperti Rabbani, Raihan dan Hijjaz turut serta menceriakan suasana pada malam itu.Juga tidak ketinggalan satu kumpulan artis baru yg dikenali sebagai Syifa'.Dengan hanya membeli tiket bernilai RM6 peminat2 hiburan alternatif ini sudah dapat menyaksikan malam yg bergemelapan itu.Ia diadakan di dewan besar Uia Gombak yg dihadiri oleh lebih 1400 org penonoton.Konsert ini diadakan bersempenakan dgn sambutan kemerdekaan dan kehadiran bulan ramadhan yg mulia ini.


sebenarnya aku agak kecewa krn target penonton yg hadir adalah seramai 3000 org.sebagai ajk pablisiti & promosi,aku seharusnya merasa kecewa.apa pun,bila difikirkan kembali dengan masa yang diberikan hanya 1mingu lebih utk mempromosikan prog ini aku merasa banga pula dengan pencapaian ku dan ahli jwtn kuasa ku.walaupun masa yg suntuk lebih2 lg aku pula sibuk dgn convest stabaz kami dpt mengumpul seramai 1400 org pada malam itu.Syukur Alhamdulillah...


Dikesempatan ini ingin ku ambil peluang ini utk pengucapkan ribuan terima lasih dan penghargaan terhadap ajk2 "Malam Simfoni Kesyukuran" terutama sekali biro pablisiti & promosi, Kpd eryn,nisa',firdaus dan andy.juga tidak lupa kpd nazli,pro manager yg bertngkus lumus utk menjayakan prog ini.Tahniah juga utk nya..

~ahli biro jawatan kuasa ku~

~bersama abg ito lara, manager Far East~

Tidak ketinggalan jutaan kpd artis2 jemputan NowSeeHeart, Far East, Saujana, Syifa', Rabbani, Raihan dan Hijjaz.Juga kpd Majlis Usahawan Nasyid Malaysia(MUNSYID) kerana menaja prog yg sememangnya menelan belanja yg besar.Terima kasih buat semua dan maaf diatas segala kekurangan.

Read more...

Monday, September 1, 2008

FAST 2 FUND CAMPAIGN



(klik di gambar untuk menderma)



Seperti tidak cukup dengan kesengsaran yang sudah sekian lama ditanggung oleh rakyat palestin,rejim zionis Yahudi sekali lagi menyerlahkan sikap zalimnya ke atas saudara-saudara kita di palestin.terbaru, satu janayah kemanusian paling kejam di abad ini telah dilakukan oleh mereka terhadap saudara-saudara kita di Gaza.
kini Gaza

~bergelap,


~kemasukan makanan,


~ubat-ubatab dan bahan api disekat,


~tiada bekalan elektrik di hospital,


~pesakit2 di ambang maut,


~penyaluran air bersih terputus,

~bekalan makanan semakin berkurangan,

~menjadi terbuka terbesar di dunia dan menghadapi malapetaka kemanusiaan yang menyayat hati.

dimankah peranan kita untuk membantu meringankan kegetiran hidup yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Gaza?
sempena ramadhan yang akan datang ini marilah kita sama2 berpuasa sambil menderma...

model pengiraan:
puasa sepanjang bulan ramadhan
30 hari x RM3 sehari = RM90


sebarang sumbangan bolehlah dihantarkan ke alamat berikut:

sekretariat "fast to fund"

pertubuhan jamaah islah malaysia(JIM)

Lot 300.2, Lorong Selangor,

Pusat Bandar Melawati,

53100 Kuala Lumpur


sumbangan secara online boleh dibuat melalui http://www.jim.org.my/e-bazaar


bandingkanlah(derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah sama seperti benih yang tumbuh memberikan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.dn ingatlah,Allah akan melipatgandakan pahala bagisesiapa yang dikehandakiNya dan Allah Maha Luas rhmat kurniaNya lagi melipat ilmu pengetahuanNya.

~al-baqarah 2:261~

Read more...