Tuesday, December 30, 2008

KKBK suatu pengajaran

Pada mulanya aku tidak ingin berkongsi tentang program ini.kerana ia suatu yang biasa bagi ku.tetapi selepas mendapati program ini berjaya memasuki akhbar Sinar Harian, aku mengubah fikiran ku.
program yang ku maksud kan itu adalah Karnival Kebudayaan Belia & Komuniti (KKBK). anjuran KARISMA. anda dapat melihat iklan tentang program ini pada post ku yang bertarikh 21 dis lalu.

KKBK suatu pengajaran?

mungkin semua urusetia yang terlibat dalam program ini akan bersetuju dengan pendapat ku ini. anda pun akan setuju andainya anda berkunjung ke karnival itu. sebagai seorang urusetia KKBK saya akui terdapat banyak sangat kekurangan dalam organisasi karnival.malah ada peniaga juga menegur dan memberi nasihat kepada kami.tidak kurang pula yang marah akan pengurusan karnival ini yang masihbelum profesional.apa pun segala nasihat dari semua pihak kami terima dengan hati yang terbuka. sesungguhnya kami masih belajar dan memohon agar di beri tunjuk ajar.

buat semua urusetia, teruskanlah berusaha untuk menganjurkan program seumpama ini.berfikirlah secara posotif.sesungguhnya apa yang disusunNya itu ada hikmah disebaliknya.mungkin Dia sedang mengajar kita tentang sesuatu dari program ini.sebagai seorang yang berfikir adakah kita melihatnya?marilah kita sama-sama bermuhasabah. menilai kembali dimana silap dan kurangnya kita. mungkin kita ada membuat kesilapan terhadapNya.siapa tahu.

apa pun di kesempatan ini ingin ku ucapkan jutaan terima kasih kepada YB Rodziah Ismail dan kerajaan negeri Selangor atas sumbangan kewangan dan sokongan moral yang di berikan. tidak lupa juga kepada para penaja yang turut serta memberi sumbangan.

KKBK dalam Sinar Harian

2 ulasan:

zahidzuhri said...

Antara pengajaran kita patut ketahui adalah awlawiyat untuk mengadakan program sebigini.

Kalau sekiranya masyarakat setempat pun tak pergi ke karnival,kenapa tak ikhwah dan akhawat di seluruh malaysia??

The reason being is because...ikhwah dan akhawat kita tak cukup ramai lagi untuk memenuhi karnival itu,justeru kena tingkatkan lagi proses menarik orang dan membina aka tarbiah itu sendiri...

wallahualam

Ahmad Usamah said...

betol3(dengan nada upin dan ipin)...
hehhe..
cube byng kan andai kn kita diuji dr segi kesungguhan kita mencari mad'u,dr segi cara yg berhkmah kita mencari mad'u,or keberkesanan, or strategi kita.adakah kita berjaya?hmm..adakah apa yg kita lakukan di kkbk merupakan refleks kpd perjuangan kita dlm jln dakwah ini?hopefuly not...sme2 kita fikirkan..(^_^)