Siapa Algebra? Algebra adalah gabungan 5 anak muda iaitu Ahnaf Jamal (19- vokalis utama/gitar), Nur Mohd Alieff Ayub (20- vokalis kedua/drummer), Raja Mohd Farhan Raja Shaifulzaman (21-keyboardist), Ahmad Syauqi Ahmad Shabir(19-lead guitar) dan Mohd Hafiedz Samsuri (24-percussionist/drummer) yang merupakan mahasiswa-mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan. Algebra ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan aktif membuat persembahan dengan menyampaikan lagu-lagu yang bersumberkan hadis. Algebra yang dipimpin oleh Xifu Naser juga merupakan artis pertama bernaung di bawah Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan jenama Nasyeed.Com. Band Nasyid Pertama Walaupun kumpulan-kumpulan nasyid sedia ada di Malaysia berbentuk “vocal group”, namun Algebra membawa kelainan dalam industri nasyid tanah air apabila muncul sebagai kumpulan nasyid pertama yang tampil dalam bentuk “band”. Ini merupakan satu langkah yang berani di sebalik masih terdapat segelintir pihak yang masih berpendapat bahawa penggunaan alat muzik bertali dan tiupan tidak islamik. Yang Benar Tetap Benar Album Yang Benar Tetap Benar ini mengandungi 10 track merangkumi 8 buah lagu dan dua bacaan puisi. Antara lagu yang dijangka hit ialah Aku Rela (ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA (SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)/Algebra) Islam Di China ( ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA / Dakmie & Algebra), Aku Bukan Musuh Harta ( ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA / Kopratasa & Algebra) Derita Hati Seorang Bonda (ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA / Aishah & Algebra). Daerah Ini(ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA / Algebra), Puisi Dunia ( ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA/ Algebra), Suara Tajdid Kami ( ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA/ Algebra) dan Yang Benar Tetap Benar ( ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA / Algebra). Sementara itu 2 buah puisi yang dibacakan oleh SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin berjudul Itulah Politik Namanya dan Salah Menduga menyempurnakan kandungan 10 track album ini. Selain itu, album ini turut melibatkan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain. Album ini juga adalah terbitan dan edaran Nasyeed.Com.
Telah ku rela nama dan diri
Menjadi sasaran kerana cinta, (aku berkorban)
Telah ku rela segala tohmahan
bermahajalela Kerana cinta, (aku terpaksa)
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa,
meluah fakta,
mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta.
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah.
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga
0 ulasan:
Post a Comment