Tuesday, December 30, 2008

FREE FOR PALESTINE..!!

INTIFADHA KE-3
..meletus jua..


Israel sedang menyerang saudara-saudara kita di Palestine..!!
Sahabat-sahabat kita sedang bermati-matian mempejuangkan tanah suci umat islam itu.
Dimanakah kita!!?
Masih lena di buai mimpi indah dunia yang fana??

Ayuh, bangkitlah wahai saudara-saudara ku..!!!


DEMONSTRASI BANTAHAN TERHADAP SERANGAN ISRAEL KE ATAS PALESTIN
bertempat di Jalan Tun Razak
bermula dari bangunan Tabung Haji ke kedutaan Amerika Syarikat
pada 30Disember 2008

laungan pemuda-pemuda palestin

pemuda-pemuda yang memenuhi Jalan Tun Razak

para wanita turut serta membantah

-israel is not real-

team KARISMA dan JIM yang menyertai demonstrasi

..semoga Allah menerima bantahan ini sebagai salah satu jalan jihad kami..
..amin..


عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ

Maksud hadis:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”


Read more...

KKBK suatu pengajaran

Pada mulanya aku tidak ingin berkongsi tentang program ini.kerana ia suatu yang biasa bagi ku.tetapi selepas mendapati program ini berjaya memasuki akhbar Sinar Harian, aku mengubah fikiran ku.
program yang ku maksud kan itu adalah Karnival Kebudayaan Belia & Komuniti (KKBK). anjuran KARISMA. anda dapat melihat iklan tentang program ini pada post ku yang bertarikh 21 dis lalu.

KKBK suatu pengajaran?

mungkin semua urusetia yang terlibat dalam program ini akan bersetuju dengan pendapat ku ini. anda pun akan setuju andainya anda berkunjung ke karnival itu. sebagai seorang urusetia KKBK saya akui terdapat banyak sangat kekurangan dalam organisasi karnival.malah ada peniaga juga menegur dan memberi nasihat kepada kami.tidak kurang pula yang marah akan pengurusan karnival ini yang masihbelum profesional.apa pun segala nasihat dari semua pihak kami terima dengan hati yang terbuka. sesungguhnya kami masih belajar dan memohon agar di beri tunjuk ajar.

buat semua urusetia, teruskanlah berusaha untuk menganjurkan program seumpama ini.berfikirlah secara posotif.sesungguhnya apa yang disusunNya itu ada hikmah disebaliknya.mungkin Dia sedang mengajar kita tentang sesuatu dari program ini.sebagai seorang yang berfikir adakah kita melihatnya?marilah kita sama-sama bermuhasabah. menilai kembali dimana silap dan kurangnya kita. mungkin kita ada membuat kesilapan terhadapNya.siapa tahu.

apa pun di kesempatan ini ingin ku ucapkan jutaan terima kasih kepada YB Rodziah Ismail dan kerajaan negeri Selangor atas sumbangan kewangan dan sokongan moral yang di berikan. tidak lupa juga kepada para penaja yang turut serta memberi sumbangan.

KKBK dalam Sinar Harian

Read more...

Monday, December 29, 2008

SALAM MA'AL HIJRAH

Apakah kita sudah bersedia untuk menerajui tahun baru?








"sesungguhnya orang yang berhijrah ialah orang yang menjauhi apa yang ditegah oleh Allah dari melakukannya"

Hadith Riwayat Bukhari & Muslim

Tahun Baru, Azam Baru...

Read more...

Band Nasyid Terbaru: ALGEBRA

Siapa Algebra?

Algebra adalah gabungan 5 anak muda iaitu Ahnaf Jamal (19- vokalis utama/gitar), Nur Mohd Alieff Ayub (20- vokalis kedua/drummer), Raja Mohd Farhan Raja Shaifulzaman (21-keyboardist), Ahmad Syauqi Ahmad Shabir(19-lead guitar) dan Mohd Hafiedz Samsuri (24-percussionist/drummer) yang merupakan mahasiswa-mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan. Algebra ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan aktif membuat persembahan dengan menyampaikan lagu-lagu yang bersumberkan hadis. Algebra yang dipimpin oleh Xifu Naser juga merupakan artis pertama bernaung di bawah Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan jenama Nasyeed.Com.

Band Nasyid Pertama

Walaupun kumpulan-kumpulan nasyid sedia ada di Malaysia berbentuk “vocal group”, namun Algebra membawa kelainan dalam industri nasyid tanah air apabila muncul sebagai kumpulan nasyid pertama yang tampil dalam bentuk “band”. Ini merupakan satu langkah yang berani di sebalik masih terdapat segelintir pihak yang masih berpendapat bahawa penggunaan alat muzik bertali dan tiupan tidak islamik.

Yang Benar Tetap Benar

Album Yang Benar Tetap Benar ini mengandungi 10 track merangkumi 8 buah lagu dan dua bacaan puisi. Antara lagu yang dijangka hit ialah

Aku Rela (ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA (SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)/Algebra)

Islam Di China ( ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA / Dakmie & Algebra),

Aku Bukan Musuh Harta ( ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA / Kopratasa & Algebra)

Derita Hati Seorang Bonda (ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA / Aishah & Algebra).

Daerah Ini(ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA / Algebra),

Puisi Dunia ( ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA/ Algebra),

Suara Tajdid Kami ( ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA/ Algebra) dan

Yang Benar Tetap Benar ( ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA / Algebra).

Sementara itu 2 buah puisi yang dibacakan oleh SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin berjudul Itulah Politik Namanya dan Salah Menduga menyempurnakan kandungan 10 track album ini. Selain itu, album ini turut melibatkan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain. Album ini juga adalah terbitan dan edaran Nasyeed.Com.



AKU RELA
Telah ku rela nama dan diri

Menjadi sasaran kerana cinta, (aku berkorban)
Telah ku rela segala tohmahan
bermahajalela Kerana cinta, (aku terpaksa)
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa,
meluah fakta,
mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta.
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah.
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga

Read more...

Sunday, December 21, 2008

KARNIVAL KEBUDAYAAN BELIA & KOMUNITI 2008








Jom ramai2 berkampung di
Dataran Kemerdekaan Shah Alam

pada 27 - 28 disember 2008

dan ikuti pelbagai aktiviti2 menarik tersedia utk anda!!

Cepat2!! Rugi tak datang ^-^

Read more...

Monday, December 15, 2008

ASSALAMUALAIKUM GUYZ...
I'M NOT AROUND THIS FEW WEEKS BACK. WELL, NOW IS VACATION PERIOD FOR IIU STUDENT AND I'M HAVING A LIL BIT PROBLEM GET ONLINE DURING THIS HOLIDAY. SO, THAT'S MAKE ME CAN'T KEEP ON POSTING FOR THIS FEW WEEK.
HOWEVER, NEXT SEMESTER IS GETTING STARTED AND LOTS OF THING THAT I WANNA SHARE WITH ALL OF YOU. SO, CHECK IT OUT ON THIS COMING SEMESTER. BECAUSE I'LL BE BACK..HEHE
MA'ASSALMA...

Read more...