Friday, August 15, 2008

Tika ukhwah bertasbih...


Rehlah Gombak (ROMBAK)


tempat:
HUTAN LIPUR KANCHING


tarikh:
10hb OGOS 2008


masa:
8pg - 1ptg

Pasti anda tertanya2 pabila melihat gambar diatas itu kan?"kemana pulak dia ni pergi?" pasti itu yang tertanya2 di benak hati anda. untuk pengtahuan anda, kali ini aku ke Hutan Lipur Kanching.terletak di ceruk2 hutan daerah Rawang.Program ini dianjurkan oleh Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia(KARISMA) cawangan UIAM,Gombak.kelab apakah itu?bak kata abg bil (raja lawak), hampa fikir la sendiri...hahha


~~aksi basah usrah saladin~~

~~game bermodul: naga~~
permainan ini agak pelik bagiku.pertama kali aku mendengar nama permainan ini ku berkata "game pekebende lah yg abg dhany nk buat ni?nk kne kan org la tu..."itulah getus hati ku yang kehairanan.tetapi apabila diterangkan cara permainannya baru aku mengerti akan rasionalnya permainan ini.
bagi yang pertama kali mendengar permain bermodul ini biar aku terang kan.permainan ini agak serupa seperti permainan musang dan anak ayam.masih ingatkah permainan di kala anda masih kecil dahulu?perbezaannya permainan ini merupakan perlawanan antara naga2 yang mempertahankan ekornya dari diambil oleh naga yang lain.dan hanya kepala naga sahaja yang boleh merampas ekor itu dari orang yang akhir skali.
~~game bermodul:bina menara ~~
permainan bermodul ini pula menguji kesabaran,ketahanan dan kepercayaan kita terhadap sahabat kita.ia tentang mendirikan menara memanjat badan ahli kumpulan kita.kumpulan mana yang tertinggi dikira sebagai pemenang.

~~wajah ceria ikwah2~~

~~sila teka, senyuman apakah itu??~~

~~sempat pose sebelum pulang~~

program yang disertai oleh lebih kurang 20 orang pejuang2 islam ini sememangnya menyeronokkan.pasti anda dapat melihatnya pada gambar2 diatas.apapun, semoga ukhwah yang tersemat erat akan terus kukuh dibawah lembayung rahmat dan kasihNya....
..insyaAllah..


Read more...

Thursday, August 14, 2008

IIUM CONVOCATION FESTIVAL 2008
(CONVEST '08)

...is coming...!!!


date:
21st july 2008 - 27th july 2008

venue:
International Islamic University Malaysia, gombak

events:
opening ceremony

futsall

student's leader convention

discover the beauty of islam

forum hal ehwal islam

paintball tournament

kursus perkahwinan

mock trial


CONVEST (STABAZ) '08

date:
21st JULY 2008

venue:
CONVEST HILL,

International Islamic University Malaysia, gombak


Activities :


Various stalls and bazaars,


Games and Entertainment,


Ghost House,


Islamic Musical Nite dan Concert,


Autoshow dan Car Demo,


Cake & Fruit Decoration Competition,


Colouring Contest Story Telling Competition for Kids,


Exhibitions,


Cultural Performances and many more...


Come and join us with this glorious events.There will be lots of joy & excitement.Don't forget to bring your friends too...

Read more...

Wednesday, August 13, 2008

Andaiku tahu kapan tiba ajalku...



PAMERAN ALAM BARZAKH

tempat:
KORIDOR MASJID SULTAN HAJI AHMAD SHAH(SHAS),
UIAM,GOMBAK

tarikh:
21hb july 2008 - 25hb july 2008

anjuran:
masjid SHAS dengan kerjasama SRC,uia

serta

QURANIC YOUTH CLUB(QYC), INTELECTUAL YOUTH CLUB(IYC), JAMAATUL KHATIMUL QURAN(JKQ), MAARUF CLUB

objektif utama:
~mengingatkan para pelajar uia tentang KEMATIAN

aktiviti:
pameran, tayangan video, demo mengkafankan jenazah


Penat baktisiswa masih belum habis,penat lain pula datang menjelma.sakit urat disebabkan perlawanan bola dengan pelajar UM pun masih terik terasa(rujuk post "aku di perantauan...").tapi apa nak kata, siapa suruh terima amanah sangat.pagi2 lagi aku mendapat SMS dari kak fatimah(senior aku) untuk datang ke foyer masjid untuk membantu kerja2 persediaan tempat."malas betul la..." keluh hatiku.tapi ku gagahi juga untuk ke sana.
program pameran alam barzakh ini berlansung selama seminggu.ia dianjurkan sempena program let's splandors our solah.terdapat beberapa lagi program yang dianjurkan sempena program itu seperti let's solat campaign dan forum israk ma'kraj.

~seorang pelajar sedang melihat gambar yang dipamerkan~
ditempat pameran itu terdapat kain yang dilekatkan dengan bahan pameran seperti gambar,ayat2 al-quran,cerita pendek, dan kata hikmah.

~~barang2 untuk memandikan & mengkafankan jenazah~~
di satu sudut foyer masjid itu terdapat pula satu meja yang diletak barang2 untuk memandi dan mengkafan kan jenazah.iaitu kapur narus,sarung tangan,sabun,kapas,kain kafan dan beberapa barang lagi.
~~sepujuk surat buat teman yang menyambut hari lahir untuk mengingatkan dia tentang kematian~~~~antara gambar yang dipamerkan~~














<<~~keranda dan replica mayat~~ ~~replika kubur~~>>

dibahagian tengah2 foyer masjid itu pula terdapat keranda yang diatasnya tertulis "percuma untuk merasa berada di dalam".ia adalah sebagai persediaan untuk kita apabila tiba "masa" nya nanti.

~~suasana di bilik mandi jenazah~~
~~tab mandi jenazah~~

antara keistimewaan program ini adalah para pengunjung diberi peluang untuk memasuki bilik mandi jenazah yang dibuka khas untuk lawatan.aku dapat melihat beberapa orang pelajar yang membuat mimik muka ketakutan apabila kami ahli jawatankuasa menjemput mereka untuk masuk.pertama kali aku memasuki bilik itu aku agak terperanjat apabila aku dapati ada penghawa dingin di dalamnya.aku berbisik pada diri sendiri "mewah giler cam ni..."hanya itulah yang hanya mamou ku ucapkan...

ada satu lagi aktiviti yang diadakan pada hari terakhir program ini.iaitu demo mengkafankan jenazah.ia berlangsung pada hari jumaat pada pukul3 petang.sambutan agak memuaskan dan semuanya berjalan lancar.namunbegitu, aku agak kesal kerana tidak dapat menyertai demo itu lantaran terpaksa menguruskan gerai palestin yang dibuka di aikol...

apapun, semoga segala usaha dan penat lelah ahli jawatan kuasa program ini yang ingin mendekatkan pelajar dengan pencipta mereka mendapat barakah dan diterima sebagai amal yang tertinggi disisiNya.insyaAllah...

~~aku sempat bergambar ditempat pameran(^_^)~~

Andai ku tahu…
Kapan tiba ajalku…

Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…


Andai ku tahu…

Kapan tiba masaku…

Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…

Aku takut akan semua dosa dosaku…

Aku takut dosa yg terus membayangiku…


Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…

Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…


Andai ku tahu….

Kapan tiba ajalku…

Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…

Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu




ANDAIKU_TAHU - UNGU


Read more...

Thursday, August 7, 2008

Aku di perantauan...

PROGRAM RAKAN MUDA-KELAB MA'ARUF
WAWASAN DESA IPT

TARIKH:
25-27 JULAI 2008


TEMPAT:
KAMPUNG BUKIT KAPAR

ANJURAN:
JABATAN BELIA DAN SUKAN,
GERAKAN BELIA 4B BUKIT KAPAR

DAN
KELAB MA'RUF UIAM





يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَإِٓلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣

Maknanya:Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (13)



PENGENALAN

Untuk makluman semua,program baktisiswa ini adalah program kebajikan untuk penduduk kg dan lebih dikenali dengan program anak angkat.Ia merupakan program anjuran kementerian belia dan sukan untuk pelajar2 universiti dan penduduk2 kg yang terpilih.tujuan utamanya sudah tentu untuk saling berkenal-kenalan dan memupuk nilai kasih sayang serta memberi peluang kepada pelajar untuk membuat kebajikan.

kelab ma'aruf pula merupakan sebuah kelab dakwah yang berdaftar di uia gombak dan diberi peluang ini untuk menganjurkan program ini.kami,peserta program seramai 40 orang telah bertungkus lumus untuk memastikan program ini berjalan lancar.

manakala kg bkt kapar adalah sebuah kg yang besar dan terletak di daerah klang, selangor.apa yang istimewa tentang kg ini adalah hampir ke semua ataupun 99% penduduk kg ini adalah berbangsa jawa...


JUMAAT,25hb JULAI 2008
(hari pertama)


Kami bertolak dari uia gombak ke kg. bkt. kapar lebih kurang jam 9 pagi(spttnye pkl8.tp bas lambat).selepas mendengar ucapan/amanat dari presiden kelab ma'aruf ,bro ridzuan kami mengorak langkah dengan penuh semangat & hati yang girang menuju ke destinasi...

~~majlis pembukaan dan sesi suai kenal~~


setibanya kami di sana,kami disambut dengan paluan kompang dan wajah ceria penduduk2 kg itu.perasaan gembira dan gementar bercampur baur setelah kaki pertama menjejakkan kaki di kg itu.penduduk kg menyambut kami dengan penuh kegembiraan kami balasi dengan senyuman ikhlas yang mencerminkan kegembiraan di hati.
tanpa membuang masa majlis pembukaan terus dimulakan.majlis yang separa formal itu di akhiri dengan pembahagian anak angkat setelah program dirasmi kan oleh wakil pegawai dari jabatan belia dan sukan.
pada awalnya aku mendapat seorang ibu angkat bernama saadiah bersama dengan seorang lagi pserta bernama hilmi.tetapi wanita berkerja sebagai seorang guru itu memohon agar ditukar dengan peserta perempuan oleh kerana kempunan untuk memperoleh anak perempuan.oleh itu,kami mendapat ayah angkat baru yang dia lebih selesa dipanggil abg aziz(mgkn dia rse muda lg kot).apa pun, aku dan hilmi berasa gembira mendapat keluarga angkat baru itu dan tidak sabar untuk pergi ke rumahnya.
di ruamh abg aziz aku berkenalan dengan kak emi(istri abg aziz),wawa(anak abg aziz),mak(ibu mertua abg aziz),ayah(bapa mertua abg aziz) & anas(adik kak emi).

selepas makan tengahari,kami bergerak ke dewan GB4B td(tmpt mjls pembukaan td) untuk sesi suai kenal.pada waktu petang pula, peserta berpecah kepada 2 kumpulan.1 kumpulan pergi melawat kg dan 1 lagi pergi ke sek. keb.bukit kapar(SKBK) untuk persediaan pada malam itu.
~~solat hajat & ceramah motivasi~~

malam pertama kami diperkampungan orang jawa ini bermula dengan kehadiran pelajar dan ibu bapa pelajar untuk acara solat maghrib,solat hajat bacan yasin dan solat isyak.pada malam itu kami di imami oleh bro. nurul amin yang merupakan peserta juga.dan bacaan yasin diketuai oleh bro. ashraf fauzan.














setelah selesai solat isyak,kami beralih pula ke acara seterusnya iaitu ceramah motivasi.mengikut perancangannya kami menjemput seorang penceramah luar yang juga merupakan graduan uia yang bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tanah air.tetapi masalah timbul apabila kami terpaksa mengambil alih tempat beliau kerana beliau lewat untuk hadir ke sekolah itu dan ceramah beliau terpaksa dibatalkan.lantaran itu, terima kasih yang tidak terhingga dan mohon maaf diucapkan kepada bro. syarief kerana terpaksa mengambil alih tugas itu.masalah itu memberi sedikit tekanan kepada kami tetapi semuanya kelihatan tenang sahaja.
malam itu berakhir setelah semua pelajar dan ibu bapa pulang ke rumah dan kami dibenarkan pulang setelah menjamu sedikit jamuan ringan.

SABTU,26hb JULAI 2008
(hari ke-2)
Pagi itu bermula dengan post mortem bagi hari pertama.tetapi oleh kerana kelewatanku, aku terlepas apabila penyelaras program ditegur kerana masalah seumpama itu timbul pada malam itu.walaubagaimanapun, semua teguran itu kami terima dan kami akui itu sememangnya adalah dari kekurangan kami sendiri.



~~sesi post mortem untuk hari pertama~~



aktiviti pada hari ini banyak menggunakan tenaga antaranya gotong royong kawasan SKBK,rewang(kerja kahwin),sukan dan malam kebudayaan.
~~gotong royong~~

di sekolah itu,kami diminta untuk membersihkan kawasan kolam dan kawasan taman sains mereka.untuk pengtahuan semua, SKBK pernah digelar sekolah terbersih di malaysia jadi,tugas yang kami lakukan hanyalah sedikit oleh kerana sekolah itu sudah tersedia bersih..tahniah untuk SKBK.



~~pose bersama pohon kenangan~~
pohon ini kami tanam sebagai tanda kenangan atau ingatan buat SKBK.



~~"rewang" majlis kenduri kahwin~~



sepertimana yang aku nyatakan tadi, salah satu acara kami pada hari ini adalah melawat ke sbuah rumah yang akan mengadakan kenduri kahwin.di situ kami dapat pelajari budaya jawa mengadakan kenduri kahwin.dalam bahasa mereka rewang itu adalah kerja kahwin.



~~sukan bersama pelajar UM dan kg kerayong~~

Pada petang itu kami konvoy beramai2 ke kg kerayong untuk mengadakan pertandingan sukan diantara uia-kg bkty kapar dan um kg kerayong.terdapat sukanneka seperti bina straw dan sukan lasak iaitu bola sepak,futsal,dan bolajaring.setelah semuanya berakhir,kelihatan pihak um-kerayong banyak menjuarai permainan.dan sebelum pulang kami sempat bergambar beramai2...


~~malam kebudayaan bersama pelajar UM dan kg kerayong~~

pada malam kebudayaan itu telah diadakan 9 persembahan. 2
dari pihak kami, 2 dari UM, 2 dari kg kerayong dan 3 dari kg bukit kapar.dari kami,kami telah mempersembahkan 1 prsembahan nasyid dan sajak.apa yang mengagumkan pelajar2 UM sememangnya sudah bersedia lebih awal dengan persembahan pentomin dan dikir barat mereka yang penuh semangat.malam itu diserikan lagi dengan tarian,pertunjukan silat,kompang yang dipertontonkan oleh penduduk kg.Setelah malam kebudayaan selesai.para hadirin dan kami dihidangkan nasi ambang oleh pihak GB4B.Nasi ambang merupakan makanan tradisi masyarakat jawa.Berlaukkan ayam dan ikan kering dan berkuah kan serunding, nasi yang dimakan di dalam dulang itu cukup mengenyangkan.
<<~~makan nasi ambang dengan adik angkat ku~~






AHAD,27hb JULAI 2008


(hari ke-3,hari terakhir)


pagi terakhir kami dimulakan dengan postmortem untuk hari ke-2 dan semuanya kelihatan baik2 belaka.kemudian kami bersiap untuk majlis penutup...


~~majlis penutup~~



setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap yang bermula pasti akan beremu akhirnya.itulah sunnatullah.hanya Dia yang kekal abadi.begitu juga program ini.program ini ditutup dengan penyampaian sijil dan cendera hati.kami,GB4B dan JBS saling bertukar2 hadiah dan cenderahati.

sebelum pulang ke kampus kami diberi masa beberapa jam untuk meluangkan masa bersama keluarga angkat. abg aziz mebawa aku dan hilmi pusing sekitar kawasan bkt kapar.
setelah selsai solat asar berjemaah disurau,kami sempat mengadakan sesi ucapan perpisahan dan seterusnya terus bersalam-salaman untuk berangkat pulang.kelihatan beberapa orang diantara kami termasuk aku sendiri menitiskan air mata.begitu juga ibu bapa angkat kami.meskipun masa yang suntuk untuk bersama mereka tetapi ternyata kasih sayang tetap berada di hati anak adam ini...


~~pose sblm berpisah~~



~~in memory forever..insyaAllah~~
~~keluarga angkatku~~

~~a whole big family~~

Ya Allah, ya tuhan ku,Kau telah ikat silaturrahim ini,maka kau kekal kan lah ia agar sentiasa erat dan kekal utuh hingga ke akhirnya.Ya Allah,kepada Kau ku memohon pertolongan dan kepadaKau jua ku berserah diri,bimbinglah mereka ke jalan yang Kau redhai.sesungguhnya,Kau lah yang maha berkuasa dan maha menentukan segalanya...
...amin ya rabbal alamin...




Read more...

Tuesday, July 22, 2008

My Journey: new campus,new challenge...

Sejak 1 julai lg ku berada di sini dan kelihatan hidup ku kian berubah.dan sesunguhnya hidupku ini memang amat memerlukan perubahaan.perubahan dari kurang baik kepada yang lebih baik,dari yang lebih baik kepada yang terbaik...insyaAllah.sesunguhnya Allah sentiasa bersama hamba Nya...
Di sini aku cerita kn serba sedikit rutin hidup aku di uia ni.Di samping aku tnjk kn bebrapa gmbr utk tontonan umum.Jadi hrp korang dapat baca dan tinggal kan komen ttg hidup ku ini...

<<~~meja study ku~~
~pg2 mcm bese la..bngn subuh ,n sdh tntu la stlh mennunaikn solat subuh aku msti tdo blk pnye..haha.xleh di lps kn la time tu.baik pnye...well,nk buat cm ne class stiap ari pkl10.jd ape lg kn.tdo la..haha..~
~gmbr ni plak adela a part of my room.amacam kemas x?ni je aku leh tnjk kat part blk aku.sbb blah katil n almari sume tngng langgang haahaa..anyway,dtg la snga blk aku.mahalah(asrama) ali blok ...tuUt...bilik...tUuT... hehe.sj xnk bgtau.mane leh tls dlm blog.kantoi nti hahaa~
~~masjid uia~~
~hAyYa 'AlA sOLaH...kalu nk tau,ni bleh dikate kn port lpk kat uia yg plg famous skali(pd pndgn aku la kan..).lbh2 lg time wktu tngh ari or zuhur.almaklum la nk blk blik pnye la jauh.pastu kne pg clas plak pkl 2.jd ramai la mkhluk Allah yg lpk kat dlm msjd ni utk tngu wktu class.elok la jgk.ble time solat zuhur rmai la yg menunaikan nye secara berjemaah..Alhamdulillah.at least diorg yg lpk tu bleh la nk iktikaf.dpt la jgk pahala...huhu~



~~KENMS cafe~~
~port mkn time tnghari..nyum2..haha..lps pg class pg msti la prut prlu di isi diwktu tngh ari.ye X?jd ini la port aku slalunye.tp jrg2 skali pg jgk la aku sngh kat tmpt len.kdng2 nk tkr selera la jgk kn.lgpn cafe ni la yg plg dkt dgn class aku.jd mls ssh2 fkr.mkn kat cni sdh...~





~~ruang srt khabar library~~ ~~kaunter library~~

~di kala ptg nye plak ini la port lpk aku.hahah..cm poyo la plak kte lpk kat lib.tp jgn risau.kalu muke aku ni study time2 dunia msh aman tu kr aku buang tabiat la tu ahhaah..bese nye aku lpk kat computer lab je.cek frenster la.ape lg yg aku buat ble online.nk cr bhn studi cm lme lg ahaha..hm..ni la bnde yg aku ckp awl2 tu.mls xhbs2..haa,btw,yg dlm gmbr tu bkn aku tau.yg blah kiri tu namenye rahmat,die tngh ngadap ppr arab tu.tp ntah la die phm ke x..huhu..yg sblh lg tu yg pkai bj kuning tu ulwan.ntah la die buat ape kat kaunter lib tu.mamat ni nmmg ntah pape ckit..huhu..jgn mrh ye ulwan..hahaha.~


~~cafe mahallah~~
~menjelang mlm plak,ape lg yg aku buat.kalu xmeetg,aku pg cc,xpn lpk blik aziz(member aku la tu),xpn study..haaha...kr ade jgk la erti stdy dlm kamus idup aku ni.
...n bese nye diner aku kat mahalah je.n mknn yg mnjd fovorite aku adlh "mix"...aku pn xtau ape yg best.fries dgn sausage je kot.tp sdp plak diorg ni buat..yg dlm gmbr tu time aku kat cafe mahalah bilal.tngh tngh mkn la tu konon2 nye ehehe..
...n ble wktu da lwt mlm mata pn da ngantok ape lg tdok je la jwpn nye..~

~ccac office~

~tngh tngu turn utk interview tahfiz...ntah dpt ke x ni huhu~

~nk cite jgk la cikit prkara yg bkn rutin hdp aku.pd suatu ari aku jln2,ntah xtau nk buat ape da kat uia ni time tu.aku trjmpe sorg member aku ni.die pn kte die br apply joiun class debate.aku pn aik excited la kan.aku pn tnye die class tahfiz ade x.die pn jwb ade n ari tu adela ari trakhr utk pply.aku pn ape lg.da la pkl4.30 da mse tu.trus rush ke ccac ofis(bhgn yg hndle class tahfiz n yg seumpama dgn nye la).nsb baik smpt.alhamdulillah.pg la aku isi form n pastu mdm kat kaunter tu suh tngu utk pngln interview.n 1 ari aku dpt call dr ccac ofis tu n aku pn pg la interview tu.da la xbwk alquran.ust yg interview aku ut plak xbg pnjm quran.nsb baik aku ade software quran dlm hnset aku.lega la sikit...hm..ape yg nyedihkan nye,aku da la lbh mse hfz ayat yg ust tu suh hfz.time tasmik plak gagap plak.member aku ckp mmg ssh nk hfz kalu gne hnset ni...nk dipendk kn cite nye,slps bbrapa ari aku pn pg la cek result..n..dgn takdir ilahi.mgkn ade hikmah nye.aku fail.aku xdpt join class tahfiz tu.sngh mnyedihkn la.tp mcm aku kte kn td la.mgkn ade hkmah nye.mgkn Allah swt ade bnde yg lbh baik nk bg kat aku or maybe its just not da time ye or watever He has dicide da best for me.ape2 pn itu la antr ksh yg jrg ku lalui di uia ni...~

Owh ye,bagi yang masih belum sampai ke uia tu.ni ada gambarnya.mungkin tidak sehebat university lai diluar sana tapi ia tetap menjadi kebangaan bagi diri ku untuk menjadi salah satu pelajar di sini...
~~IIUM administration building~~
~btol2 dpn pintu msk uia~
~~IIUM from the sky view~~
~subhanallah...~
Dan untuk pengetahuan semua,uia baru saja berumur 25thn.dan hari tu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dtg utk smbt jubli perak uia.
..hEpY bEsDaY uIa..

Jadi itu saja dari ku.harap rakan,sahabat,teman dan taulan dpt memberi komen dan nasihat tentang hidup baru ku ini...sekian
Waallahualam

Read more...