Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Monday, January 4, 2010

Nasi Maqlubah

Seperti ku katakan, setiap hujung minggu ku penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik. namun aku sempat meluangkan masa bersama sahabat-sahabat seperjuangan ku untuk memasak. memasak?? tentu ia mengejutkan. bukanlah aku yang memasak tapi cukuplah setakat membantu mereka yang lebih mahir dalam bidang itu.
seperti tertera pada tajuk diatas kami memasak nasi maqlubah ia merupakan resipi dari timur tengah. pernah aku saksikan di kaca televisyen cara mereka membuat masakan yang enak itu. namun, kali ini aku berpeluang untuk membuat dan merasanya. di sini aku ingin berkongsi resipi dan cara membuatnya..

selamat mencuba...!!!

Bahan-bahan:
3 gelas beras Thailand Sunwhite.
1 peket syairiyyah (vermicelli)
1 biji terung besar (bazinjan)
1 ketul kentang besar
1 bunga kobis (zahri)
3 biji lemon (potong)
1 biji bawang besar(potong dadu)
1 batang kayu manis.
Air Rempah (baharat).
2 sudu besar serbuk kunyit (kurkum/usfur)
2 sudu besar rempah campuran (baharat musyakkal)
2 sudu besar serbuk cumin (jintan) (kammon)
2 sudu besar rempah kabsah
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah lada putih
2 sudu besar serbuk halia (zanjabil)
#kalau tidak ada rempah di atas, masukkan rempah-rempah yang anda ada.

-pembantu chef, umair(kiri) & anwari(kanan)-

Cara-cara:

1. Basuhkan beras.
2. Rendam beras selama 20 minit.
3. Bersihkan ayam dan potong 8 bahagian (mengikut kesesuaian)
4. Rendam ayam selama setengah jam dalam perahan lemon dan sedikit air.
5. Sementara itu panas air setengah periuk besar.
6. Setelah air menggelegak, masukkan ayam yang telah direndam dengan lemon tadi.
7. Masukkan 1 sudu besar setiap rempah-rempah di atas.
8. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu sebatang kayu manis.
9. Rebus ayam tersebut hingga masak.


Sementara itu...
1. Kupaskan kulit terung.
2. Potong terung anggaran 1/2 inci tebal.
3. Terung direndam dengan sedikit garam (supaya apabila digoreng, terung tidak menyerap banyak minyak)
4. Kupas kentang.
5. Potong kentang 1/2 inci tebal
6. Potong bunga kobis.

Panaskan minyak.
Goreng terung sehingga kekuningan dan angkat.
Goreng kentang sehingga kekuningan dan angkat.
Goreng bunga kobis hingga kekuningan dan angkat.
Goreng syaiiriyyah hingga garing dan angkat.

-pembantu chef, Marwan-

Sementara itu...
1. Beras ditoskan dan letakkan dalam besen.
2. Gaul beras denga sedikit garam.
3. Masukkan satu sudu besar setiap rempah dan gaulkan dengan beras.
4. Masukkan syairiyyah dan gaulkan bersama beras.
5. Biarkan seketika.
6. Sediakan periuk di atas api.
7. Masukkan 1/4 campuran beras di atas.
8. Masukkan ayam (dari sup)
9. Masukkan 1/4 beras di atas.
10. Masukkan terung goreng.
11. Masukkan1/4 beras.
12. Masukkan kentang goreng.
13. Masukkan 1/4 beras.
14. Masukkan bunga kobis goreng.
15. Akhir sekali masukkan sup ayam yang telah ditapis.
16. Kalau sup ayam tidak cukup, tambah air panas sehingga air mencecah 1 inci (2 jari) atau lebih sikit dari paras beras dan campuran. (jangan tambah air sejuk.) Masak di atas api sederhana atau di dalam oven.
-ketua chef, Moja-

Selepas semuanya selesai. dan masa untuk makan. tetapi, segala menu diatas tidak sempurna tanpa sentuhan terakhir ini.ia merupakan antara syarat penting untuk menjadikannya 'nasi maqlubah'.kerana 'maqlubah' bermaksud terbalik..saksikan..



ittadukimas!! (^_^)


p/s: resipi ni copy dari orang lain punya website.so, kalu ade yang tak faham tu buat2 faham la...

Read more...

Friday, January 1, 2010

"Bercinta Sampai ke Syurga"

Tentu para pembaca sekalian agak terkejut dan terkesima apabila terbaca tajuk "entry" di atas kn? mungkin dalam andaian pemikiran kalian aku akan berkongsi tentang perkara yang jiwang dan romantik ataupun isu 'cinta islami'. seandainya itulah andaian kalian, maka tidaklah jauh sangat ia tersasar.
Perkara yang ingin ku kongsikan kali ini adalah tentang sebuah buku yang baru saja aku selesai membacanya. anda boleh katakan ini ruang "book review" walaupun aku tidaklah sehebat itu untuk berbuat sedemikian. walaubagaimanapun, buku ini merupakan segelintir buku yang berjaya aku baca dari 'kulit ke kulit'. berbeza dari buku yang lain, yang kebanyakannya hanya ku baca sekadar untuk mencari jawapan kepada persoalan ataupun penyelesaian kepada masalah ku.dan aku berhenti membaca setelah aku mendapat apa yang inginkan. oleh itu, tidak banyak buku yang ku baca sampai khatam.

Namun, seperti mana aku telah nyatakan pada post ku yang lepas. aku ingin berubah. berubah menjadi seorang yang rajin membaca buku-buku ilmu dan fikrah. dan aku dapati buku ini dapat menarik minat ku..


Terus kepada isu yang di bincangkan, buku ini karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. lebih dikenali dengan Abu Saif yang mengasaskan ruang blog saifulislam.com. buku karangannya ini merupakan sambungan ataupun siri ke-2 bagi buku 'Aku Terima Nikahnya'. oleh itu buku ini mendapat nama Aku Terima Nikahnya 2 - Bercinta Sampai ke Syurga.

Suatu hari yang lepas, seorang sahabatku bertanya padaku tentang buku yang sedang aku baca ini. namun, aku tidak memberi tahu kepadanya. mungkin kerana aku agak segan untuk memberi tahu pada masa itu. mungkin dia akan dapat jawapannya setelah menbaca 'entry' kali ini.

Buat pengetahuan kalian, aku masih belum membaca buku siri pertamanya itu walaupun aku telah membeli kedua-dua siri itu. ini kerana siri yang pertamanya aku telah hadiahkan kepada kakak ku untuk meredakan sedikit masalah hati yang dia sedang hadapi. mungkin setelah membacanya dia akan merasa lega.

Buku ini banyak menceritakan tentang kehidupan rumah tangga dan permasalahan-permaslahannya. tidak dinafikan jua terdapat ruangan sebelum mendirikan rumah tangga.namun, dapat ku rasakan yang bahawa aku sepatutnya masih belum sesuai untuk membaca buku ini melihatkan diri yang masih jauh dari alam itu. tapi, ku redahi jua buku yang setebal 271 muka surat itu.

Penulis ada mengongsikan tentang pengalaman-pengalaman beliau dan isu-isu masa sebelum perkahwinan, keibubapaan dan juga masalah-masalah rumah tangga yang merumitkan. beliau turut menceritakan bagaimana perkahwinan diantara 'ikhwah' dan 'akhwat' ataupun 'muslimin' dan 'muslimat' yang perkahwinan mereka didirikan atas dasar tarbiah yang jauh dari dosa dan maksiat, malah memilih pasangan sefikrah unutk bersama masih menghadapi masalah-masalah rumah tangga hingga hancur bertaburan. bila difikirkan semula agak pelik. namun, itulah realiti hari ini. buku ini mengupas masalahnya dan membandingkan mereka yang mendirikan syariatullah dan sunnatullah.

TANGGUNGJAWAB TANPA CINTA ADALAH BEBAN DAN DERITA


ini merupakan salah satu point yang ingin ku highlightkan. dalam buku ini, penulis cuba menceritakan bagaimana perkahwinan boleh goyah andai tiada rasa cinta di dalam sesebuah rumah tangga. beliau turut menyebut tentang isteri yang akan mempertikaikan peratusan cinta suami terhadapnya. permasalahan ini amatlah ketara. ini akan melibatkan keikhlasan pasangan dalam menjalankan tugasan terhadap pasangannya. segala tanggungjawab dan kerja rumah tangga akan dirasakan seperti terpaksa dan membebankan. langkah yang sewajarnya perlu diambil oleh pasangan masing-masing agar ia dapat diselesaikan. pelbagai punca yang boleh menyebabkan kejadian ini antaranya ialah tujuan dan bagaimana perkahwinan itu didirikan.
namun, bagi yang masih jauh dari alam perkahwinan itu, dapat ku katakan teori ini juga berguna dalam hidup ku dan seluruh kaum manausia yang lain. sebagai seorang pelajar dan pekerja, kita sepatutnya mencintai apa yang kita lakukan. 'we should love what we do'. dengan itu barulah lahir rasa ikhlas dalam berkerja. dan kualiti kerja kita akan menjadi lebih elok. ia berkaitan motivasi diri dalam menangani sesuatu hal.
nampaknya sampai di situ saja perkongsian buku ku ini. buku ini aku baru sahaja selesai membacanya pada khamis malam (31/12/09) dan sekarang aku telah pun memulakan buku bacaan baru. insyaAllah, akan ku kupasnya setelah aku selesai membacanya.
sekian...

Read more...

Tuesday, December 22, 2009

STUDY HARD, WORK HARD, PLAY HARD AND PRAY HARDER

Sewaktu aku ingin menulis post ini aku kebingungan. tentang apakah tajuk post ku kali ini...mungkin di akhir coretan ku ini baru ada idea yang datang mencelah. apapun, post kali ini aku hanya mengisi ruang untuk motivasi diri. almaklumlah, di UIAM ini sudah di minggu ke-3. assignment, quiz, presentation semuanya sudah bermula. begetu juga dengan aku.


Bukan setakat itu, malah jadual perjalanan hidup ku sebagai mahasiswa, dan da'i juga telah penuh sepanjang semester. ada yang sampai bertintih sampai 3 program di hujung minggu. pening kepalaku untuk mengatur dan memilih aktiviti. Namun, aku tahu dan pasti yang mana perlu diutamakan yang mana perlu diketepikan.


masa akan terus berlalu, usia akan terus tua. hari akan terus berubah. tetapi adakah kita berapa di pada waktu yang sepatutnya? Tahun Baru Hijrah sudah bermula. Tahun Baru Masihi bakal menjelang tiba. apakah azam kita sudah diperbaharui? persoalan yang paling penting, apakah azam tahun lepas sudah kita penuhi? andai sudah terlaksana Alhamdulillah. semoga usaha terus maju ke hadapan. andai belum terlaksana, percayalah perjalanan kita masih panjang. masih belum terlambat untuk terus melangkah. tapi pastikan kita melangkah ke arah yang betul.



hari ini aku sungguh gembira, entah mengapa. alangkah indahnya jika setiap hari begini. sehinggakan aku telah membeli beberapa buku bacaan dan beberapa buah daripada itu Aku hadiahkan kepada sahabatku. bagiku, aku seorang yang malas membaca tetapi ingin aku ubah sifat itu. mungkin ini satu permulaan dari perubahan yang ini ku buat dalam hidupku. semoga apa yang ku impikan ini menjadi kenyataan apabila tahun ini berakhir.


baiklah, masa untuk ber'blogging' sudah tamat. ingin ku luangkan masa dengan menbaca buku-buku ilmu. akhir sekali, ingin ku kongsi kan moto tahun baru ku iaitu:


"STUDY HARD, WORK HARD, PLAY HARD AND PRAY HARDER"

Read more...

Thursday, July 2, 2009

adoi..~_~

untuk pengtahuan rakan-rakan semua diriku ini amat malas melayan tag mengetag ni.malas nak layan dan malas nak tag orang lain.buat serabut otak jer..huhu..tapi almaklumlah tag ini telah diberi oleh abg aku, Huzaifah or lebih glamour dengan panggilan Jai kat uia ni(glamour la jgk..huhu..jgn marah bro)..ahaks..so nak tak nak terpaksa la aku melayan..huhu..so lets check it out..

>> 5 fakta menarik tentang pemberi award nih..

:: 1st, die ni abang kandung aku.sbb tu jgk die tag aku..haha

:: bufday die ari nih(2july)..haha..tak wish lg ni.sj nk buat senyap..haha

:: ni yang paling best..die baru tukar makwe..hahaha.bulan lps la..huhu

:: seorang yang angin jgk kadang-kadang.sampai kite pn hangin..tp kite adik.buat senyap je la..haha

:: n last skali die grad ujung tahun ni..heh

>>Tulis 10 fakta/hobi tentang diri sndiri sbelum memilih penerima award seterusnya.. (10??aku xde la hobi bnyk cam tu..adoi~~layan je la..huhu)

> pendiam..agak la..

> tak tetap pndirian sikit

> iman naik slow tp turun laju plak..huhhu..sedey..

> kurang keyakinan diri

> kurang motivasi

> suka makan..hahaha

> umur 21tahun(muda lagi..ahaks)

> bufday aku 4 jun 88..ha, ingt tau..huhu

> Anak ke-2 daripada 5 orang adik-beradik.sume laki..pergh

> aku ni businessman..aku da ade syarikat sendiri..anything, juz give a call..huhu


>> Pilih penerima award seterusnya..n describe tentang mereka..

danial- member usrah

izah - gud fren of mine

hidayah - member yang ganas..haha

kalu korg rajin layan je la eh..kalu malas.buat dek je la..lol..c ya ^_^

Read more...