Showing posts with label Dunia Niaga. Show all posts
Showing posts with label Dunia Niaga. Show all posts

Saturday, July 4, 2009

Tujuan Perniagaan

Di antara tujuan perniagaan diwujudkan ialah memenuhi tuntutan agama. Ini sesuai dengan tujuan syari'at diturunkan. Syari'at Islam diturunkan untuk memenuhi tahap dharuriyyah(keperluan asas) manusia yang didefinasikan sebagai pemeli-haraan 5 perkara asas untuk kehidupan manusia iaitu:

1.AGAMA

2.NYAWA

3.AKAL

4.KETURUNAN

5.HARTA

Oleh itu Islam mengharamkan mafa'sid (segala yang boleh memberi kesan negatif keatas salah satu atau kelima-lima perkara ini) dalam kegiatan perniagaan kerana jelas ia boleh memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian dharuriyyah iaitu pemeliharaan kelima-lima perkara ini. Umpamanya, arak diharamkan oleh Islam.

1. Kita boleh memahami rasionalnya dengan menganalisa kesan negatif arak terhadap agama, nyawa, akal, ketu-runan dan harta manusia.

2. Apabila ianya boleh menjejas perkara-perkara ini ia akan merosakkan kehidupan bermasyarakat, menjejas ketahanan masyarakat dan nasib masa depan generasi akan datang.Perceraian, homoseksual, anak luar nikah, jenayah serta ketidakstabilan politik akan berleluasa.

3. Apabila perkara yang mafa'sid ini ditegah dan tidak dibenarkan untuk diperniagakan atau di keluarkan maka akan lahir masyarakat yang sihat, berakhlak mulia, produktif dan berkualiti tinggi.


Oleh itu kegiatan perniagaan dalam Islam adalah satu ibadah yang sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan kehendak syari'at Islam akan mendapat keredhaan Allah.
Ini selari dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi:

Sesuatu itu wajib apabila yang wajib tidak dapat dilaksanakan tanpanya.

Memenuhi tanggungjawab terhadap diri dan kehidupan sosial sesuai dengan kesan falsafah yang diasaskan oleh tauhid, tu-juan kewujudan sesuatu syarikat ialah untuk memenuhi tanggungjawab berikut:

  • Keperluan diri secara sederhana
  • Keperluan keluarga
  • Keperluan masa depan. Membantu dalam menghadapi perkara-perkara yang datang tanpa diundang
  • Keperluan anak-anak akan datang
Perkhidmatan dan sumbangan sosial, termasuk berusaha untuk menegakkan
agama Islam, membantu kearah pencapaian matlamat negara seperti membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan, menstabilkan harga, keselamatan,dan lain-lain.


Oleh itu jelas bahawa dalam Islam falsafah perniagaan ialah untuk membangunkan spiritual, mental dan jasmani manusia supaya manusia dapat melaksanakan tugasnya sebagai Khalifatullah fi Al-ardh' dengan sebaik mungkin. Dalam Islam apa sahaja yang kita lakukan untuk mencari harta adalah dilihat sebagai alat untuk menca-pai matlamat yang unggul iaitu untuk mentaati Allah dalam semua aspek kehidupan kita.

Oleh itu termasuk diantara tujuan perniagaan ialah untuk usahawan mendapatkan keuntungan kerana itu merupakan hak yang diberikan kepada mereka kerana usaha dan risiko yang harus mereka tanggung.


bisnes
dipetik dari buletin Jihad Bisnes Edisi 1
JK Dana KnL

Read more...

Tuesday, June 2, 2009

Sukarnya bergelar usahawan..!!!

pada post yang lepas aku ade menceritakan tentang syarikat yang telah aku tubuhkan.buat makluman kalian, aku sudah pun memulakan perniagaan ini beberapa bulan lebih awal daripada tarikh yang disebutkan itu.bezanya sebelum ini aku tiada syarikat yang berdaftar dan sejak hari itu aku sudah ada. maklumlah, diri ini perlukan pengalaman dan ilmu juga sebelum menubuhkan syarikat sendiri. setelah beberapa bulan, baru ku mengerti tentang susah payah dalam menguruskan perniagaan ini. bukan semudah yang disangka, malah lebih sukar dari yang difikirkan.tapi aku harus terus berdiri mengolak langkah dalam mencari rezeki dengan penat lelah ku sendiri.barulah aku dapat berbangga bahawasanya aku sudah dapat pelihara hidup sendiri dan tidak perlu lagi wang tajaan dari 'FAMA' (singkatan bagi 'Father Mother').

buat masa sekarang, aku hanya mendapat projek-projek kecil sahaja. bukanlah aku ingin mengeluh tapi aku bersyukur.aku akui bahawanya itu juga rezeki dariNya yang Esa. tetapi, aku impikan seandainya aku mendapat projek-projek besar yang lebih menguntungkan.lebih-lebih lagi aku sedang menghadapi masalah yang agak besar yang sememangnya memerlukan wang untuk menyelsaikannya.aku tidak mahu menyusahkan ibu bapa ku lagi dan apatah lagi para sahabat yang sememangnya ringan tangan untuk membantu.aku ingin uruskannya sendiri selagi mana aku mampu.apakah masalahnya?harap maaf.tidak dapat didedahkan :p..

sebenarnya, aku pernah ditawarkan beberapa tawaran yang agak besar.sememangnya dapat mengembirakan hati ini seandainya projek itu jatuh ke dalam gengaman.tapi, bak kata ayat quran yang mulia yang bermaksud "maka kamu merancang, dan Allah juga merancang, dan Allah lah sebaik-baik perancang". itulah hakikat keadaannya. tidak semestinya apa yang terhidang indah dihadapan kita adalah bermakna ia milik kita. tetapi Allah yang menetap samada ia milik kita ataupun sebaliknya. Subhanallah.Maha Suci Allah..

ku sedar, hidup ini sememangnya begitu.bak kata orang "bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah". masih banyak perlu ku pelajari, masih jauh harus ku harungi, masih tinggi harus ku daki. dalam usaha menjadi muslim sejati. buat rakan-rakan pembaca sudikah kalian berkongsi ilmu dan pengalaman.sesungguhnya diri ini budak baru belajar...sekian (^_^)


Read more...

Tuesday, September 9, 2008

Bisnes oh bisnes..

BISNES???hm..ape yg anda fikir bila sebut bisnes ni?kali ni aku nk kongsikan sesuatu yg agak baru bg kita dlm dunia bisnes hari ini.iaitu MUSLIPRENEUR.pernah dengar??bagi yg cepat pick up takde masalah la kan.tp bg yg lampi(lambt pickup) tu...xpe aku akan terangkan...


Muslimpreneur atau name panjangnya muslim entrepreneur atau dalam bahasa malaysianya usahawan muslim. Ia merupakan satu istilah yg dibawa oleh KARISMA yg dari segi teorinya dimaksudkan disamping seseorang itu berniaga dia menyampaikan dakwah islamiah.Dlm bhs yg lbh mudah dialah pendakwah dia jugalah peniaga yg berjaya.amacam??best x??

Pada 30 ogos hingga 1 september yg lalu,aku tlh mengikuti satu prog yg bernama Inaugural Muslimpreneur Ledership Camp (IMPAC).Prog ini anjuran JK Dana KNL dan ditaja oleh JIM.Prog ini telah mengumpul hampir semua JK Dana dr setiap lokaliti bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bisnes dan muslimpreneur.dan aku merupakan wakil JK Dana Uia gombak.
~forum jutawan~




















~penceramah2 yang banyak memberi tips dan pengajaran~

Antara aktiviti2 menarik prog 3hari 2 malam ini iailah ceramah2 dari ahli2 peniaga yg juga merupakan ahli angota JIM juga, yang menampilkan 3 org jutawan, dan 'business simulation' yang merupakan acara kemuncak prog ini.

~wajah2 ketika pembentangan projek kambing boer~



















~ke hulu ke hilir masa bussiness simulation~

"sabda nabi s.a.w: didorong atas kamu ialah perniagaan kerana dalamnya ialah sembilan persepuluah punca rezeki"

Read more...