Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts
Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts

Wednesday, July 1, 2009

bertaubatlah kamu dengan sebenar-benar taubat


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam dan selawat dan salam ke atas junjungan besar para Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, dan seluruh ahli keluarga dan para sahabat seluruhnya.


Ya Allah Yang Maha Besar, ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa besar ataupun dosa-dosa kecilku, yang jelas ataupun yang samar, yang aku ketahui ataupun yang tidak aku ketahui sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui akan sesuatu dan Maha Pengampun.pada Mu aku sembah dan pada Mu jua tempat ku memohon pertolongan.


Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni juga dosa-dosa ibu bapaku, sesungguhnya mereka telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang, rahmatilah mereka, kasihilah mereka seperti mana mereka kasih padaku semasa aku kecil.


Ya Allah, ampunilah dosa-dosa abang dan adik-adik ku, ampuni jua dosa-dosa kaum kerabatku, dan semua sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan dan seluruh kaum muslimin yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.

Ya Allah, aku hamba Mu yang lemah merayu memohan ampun dan maaf dari Mu yang Maha Sempuna dan Maha Mulia.Ampunilah aku dari segala dosa-dosa ku yang lampau dan akan datang.

Ya Allah, aku menghadapi hari ini dengan bersaksi terhadap-Mu, dan terhadap para malaikat pemikul Arasy, dan para malaikat-Mu dan setiap makhluk-Mu, bahawa Engkau merupakan Ilah yang benar dan Nabi Muhammad ialah hamba-Mu dan utusan-Mu.(Riwayat Al-Tirmizi)

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan,kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk, dan azab kubur.Ya Allah, berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanafaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan.(Riwayat Muslim)



Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu(riwayat Ahmad & Al-Tirmizi), dan jangan kau pesongkan hatiku setelah kau memberi petunjuk kepada ku, kurniakanlah aku rahmat dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk untuk ku dalam menyelesaikan urusan ku.(Tafsir Ruhil Ma'ani' tafsir ayat 10 surah al-Kahfi)


Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. wahai Tuhan kami, berilah ampun bagiku da kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.(surah ibrahim:40-41)


Wahai Tuhan ku, aku telah menganiaya diri aku sendiri dan Engkautidak mengampukan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami daripada orang yang rugi. (surah al-A'araf:23)

Berikanlah aku rezki dan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan periharalah kami daripada azab neraka.(surah al-Baqarah:201)

Maha Suci Engkau, Tuhan yang Maha Agung dan salam sejahtera keatas para Rasul dan segala puji-pujian hanyalah untuk Engkau, Tuhan sekalian alam.

Ameen Ya Rabbal Alamin



beberapa petikan doa diambil dari buku Doa & Zikir Harian

disusun oleh Ust. Haji. Zahazan Mohamed

Read more...

Saturday, June 20, 2009

buat mereka yang bergelar pelajar

MUSIM PEPERIKSAAN SUDAH BERMULA...!!!
Bagi pelajar UIA, gombak khususnya dan umumnya kepada mereka yang bergelar pelajar diluarsana yang senasib dengan kami, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER !!!


PELAJARAN DAN KESIHATAN

Bagi pelajar Taman Ilmu dan Budi, UIA sesetengah dari mereka sudah pun memulakan peperiksaan mereka. Di saat genting ini bukan lagi masa untuk membaca buku teks yang setebal 3inci itu, malah setiap dari mereka sepatutnya sudah pun bersedia dengan nota-nota ringkas dan latihan-latihan yang mencukupi. dan sememangnya bukan masa untuk tidur berlebihan atau pun menghadap permainan komputer berpanjangan. ia adalah masa untuk kita berjaga malam dan bersiap awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran. tetapi bukan bermaksud tidur tidak dijaga kesihatan di abaikan.malah menjadi salah satu faktor utama untuk menjadi seorang individu muslim adalah badan yang sihat. bayangkan, andaikan seorang pelajar yang rajin mengulangkaji pelajaran dari awal semester hingga kehujungannya. dia hanya tumpukan pada pelajarannya sehingga mengabaikan kesihatan.makan minum tidak dipedulikan sangat. malah dengan niat ingin menjimat masa dia hanya mengambil makanan segera sebagai alas perut. maka, tiada kemungkinankah beliau akan jatuh sakit? apatah lagi apabila beliau jatuh sakit pada hari peperikasaan. sungguh tertekan, sungguh menguji perasaan.malah menguji iman. bagi mereka yang lemah imannya sudah tentu tuhan yang akan dipersalahkan.nauzubillahi min zalik.



AKADEMIK DAN TARBIYAH


Bagi mereka yang sudah bersedia awal dengan nota-nota dan latihan serta sudah berusaha dan berdoa semampu mungkin, syabas diucapkan. Anda sudah pun berjaya mengharungi ujian sebagai seorang pelajar. Mengapakah aku berkata sedemikin? Kerana menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja berjaya dalam peperiksaan malah berjaya dari awalnya. Iaitu berjaya dari segi cara hidup, pengurusan masa, makanan yang terjaga dan ibadah yang sempurna. Kebanyakan kita hari ini hanya memandang pada keputusa grad sahaja. sedangkan kita lupa syahsiah dan ibadah serta aqidah seseorang pelajar muslim juga amatlah penting.malah lebih dari menduduki peperiksaan. masyarakat kita hari ini terlalu mementingkan kejayan akademik dari pembangunan tarbiyah para pelajar. para ibu bapa berpesan kepada anak-anak mereka "belajar elok-elok, dapat pointer tinggi-tinggi dan jangan tinggal solat, jangan lupa baca al-quran". aku ingin bertanya pada kalian. adakah seruan berbunyi sedemikian adalah sebaik-baik seruan?? sedar tidak sedar dalam kata seru diatas tadi ibu atau bapa tadi telah mengutamakan dunia daripada akhirat.mereka menyeru kepada pelajaran dahulu(hal duniwi) dan baru kemudian solat dan baca al-quran(hal ukhrawi). adakah itu sebaik-baik seruan? sebagai seorang muslim sudah tentu tidak.setiap hari kita diseru sebanyak 5 kali sehari yang berbunyi "Hayya ala solah, hayya ala falah" dan itulah juga sebaik-baik serta semulia-mulia seruan. marilah kita sama-sama mengaplikasikan seruan sebegitu. solatlah dulu baru kita belajar..insyaAllah..

KESUNGGUHAN DAN TAWAKAL
Apakah itu tawakkal?apakah pula kaitannya dengan kesungguhan? ketahuilah sungguh rapat kaitannya. tawakal maksudnya berserah diri sepenuhnya terhadap Allah yang Maha Esa setelah kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu yang dikehendaki.jadi bayangkan, seandainya seseorang itu telah berusaha bersungguh-sungguh sehabis mungkin dan telah menjawab peperiksaan sebaik mungkin dan apabila tiba hari keputusan dia mendapati keputusannya yang kurang memuaskan. jadi bayangkan perasaannya? seringkali ke dengaran kes-kes bunuh diri disebabkan kekecewaan antaranya apabila kehilangan kerja, bankrap, penceraian atau putus hubungan dengan orang tersayang dan bermacam-macam perkara lagi.semuanya disebabkan diri manusia yang tidak berserah diri kepada Allah. mereka berpendapat mereka bahawasanya mereka dapat menentukan apa yang akan terjadi masa hadapan, mereka percaya apa yang diimpi dan dirancang selalunya menjadi. sungguh silaplah seandainya ada sesiapa yang berfikir sedemikian. Allah telah firman dalam kitabNya yang agung yang bermaksud :
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu, Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.[159]" [Ali Imran : 159]
ini bermakna kita hanya makhluk yang lemah. kita tidak dapat menentukan masa depan kita sendiri. kerana yang Maha menentukan segala-galanya dan memiliki Qada' dan qadar adalah Allah 'azzajalla.

Waakhirul kalam, berdoalah seikhlas hati, usaha dan ikhtiar bersungguh-sungguh, dan tawakal sepenuhnya. itu sahaja point yang ingin ku sampaikan pada post kali ini. dan insyaAllah anda akan menjadi pelajar muslim yang berjaya jika mengamalkan nya..selamat mencuba -sekadar ratapan bersama


(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Az-Zumar : 9)

Read more...

Thursday, June 11, 2009

Kau pergi dulu dari ku

11 jun 2009


8.07 am

telefon bimbit ku yang semakin uzur itu berdering menandakan ada pesanan ringkas yang memasuki peti masuk pesanan.deringan yang nyaring itu mengangu aku yang masih dalam khusyuk dalam lena selepas subuh.suatu tabiat yang ku akui tidak berapa elok. namun, pesanan ini ku dapati agak berbeza dan agak menyedihkan. ia dari nombor yang tidak ku kenali.
" slm n slmt pg smua.br sj dikejutkan dgn berita pemergian shbt kt, saudara ammar zulkifli (ketau pelajar '00)..beliau t'libat dlm kemalangan d mesir bbrapa jam yg lalu. jd, sama2 kt berdoa utkkesejahteraan beliau dan moga2 dosa2 diampuni dan tdk lupa juga buat kita smua yg msh hidup -hrp maklum"
ia merupakan pesanan makluman tentang pemergian seorang sahabat lama ku yang di waktu sekolah rendah ku, Ammar Bin Zulkifli.


-ammar berada pada kedudukan ke-7 dari kiri duduk-

-aku berdiri paling atas paling hujung sebelah kanan-
gambar ketika darjah 4, di SRI Aman

sejurus sahaja aku membaca pesanan itu, aku tersentak.terbayang semua kenangan silam suka ria bersamanya.masih jelas diingatan ini.masih jelas saat kami sekelas berkejar-kejaran di diwaktu sekolah dulu.sungguh syahdu hati ku untuk menerima tamparan hebat itu.tetapi apakan daya, itu kehendakNya yang Maha Esa. ku menyangka pesanan itu hanya pesanan gurauan tetapi siapakah sekejam itu untuk berbuat demikiam.beberapa minit kemudian satu pesanan lagi singgap ke telefon bimbit ku. dan aku baru aku pasti ia benar.ia sebuah berita dari jauh nun di tanah arab, mesir.dalam pesanan itu dan khabar berita dari sahabat-sahabat yang lain, dikatakan kemalangan jalan raya telah menimpa dia beserta 4 orang lagi sahabat yang menuju ke tempat untuk melakukan 'survey' bagi sebuah program kelompok tahun mereka.

baru beberapa hari yang lepas aku mengeluarkan post yang ku dedikasikan buat semua sahabat ku yang berada diperantauan menuntut ilmu. tidak pernah ku sangka hari ini akan tiba. mungkin ia suatu petanda dari Nya yang Maha Mengetahui.Waallahu 'alam.


walauapapun, islam mengajar kita agar tidak terlalu sedih atas setiap pemergian.hidup perlu diteruskan.sedih,tangisan,terikan tidak mampu memulangkan mereka yang telah pergi dahulu.hanya sekalung doa dari hati yang tulus sahaja yang mampu ku panjatkan agar dirinya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa..amin ya rabbal alamin.


wajah cerianya

dedikasi buat Allahyarham Ammar bin Zulkifli
semoga berbahagia disana.

"Every soul shall have a taste of death: and only on the Day of Judgment shall you be paid your full recompense. only He who is saved far from the Fire and admitted to the Garden will have attained the object (of Life): for the life of This world is but goods and chattels of deception."
( Aali Imran: 185)


Read more...

Tuesday, June 9, 2009

Duhai Sahabat...

Duhai sahabat,

aku tertanya di benak hati ku,

mengapakah pertemuan ini tercipta,

sekiranya sudah pasti perpisahan akan berlaku.

mungkin jawapannya hanya Tuhan yang tahu.


Duhai Sahabat

aku bersyukur kerna sempat mengenalimu di alam fana ini,

walaupun pada awalnya aku tidak menyedari kehadiran mu,

walaupun aku tidak menghargai kewujudan mu disisi ku,

tapi kini aku sedar aku jelas,

bertapa mahalnya erti sebuah persahabatan.


Duhai Sahabat,

mampukah ku harungi hidup ini tanpamu disisi,

mampukah ku redahi onak dan duri ini sendiri,

mungkin ia lagi mudah andai dikau disisi,

mungkin ia lagi jelas andai dikau menemani.


Duhai Sahabat,

Ku tangisi perpisahan ini,

walaupun ia suatu yang biasa di dunia ini,

ku tidak mahu sendiri di jalan ini,

ku perlukan orang meminpin menujuNya,

ku takut,

ku khuatir,

aku tercicir.


Duhai Sahabat,

maafkan aku atas silap tutur cara ku,

ku pohon doa dan restu darimu agar dipermudah hidup ini bagi ku,

aku pasrah,

aku redha,

andai itu lah kehendakNya Yang Esa,

sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmah dariNya..insyaALLAH.


Dan di ketika itu kita
Membina subur nur harapan
Terbina indah mimpiku

Terpatri sebuah ikatan
Hadapi segala rintangan
Indahnya sinar bercahaya

Dan di saat berbicara
Akan tekad yang di jiwa
Berpisah mengejar cita
Yang diimpi sekian lama

Kan ku abadi saat gemilang
Suka duka manisnya kenangan
Bersemadi di ingatan
Mogakan kekal sepanjang zaman

Hanya kuharapkan ketenangan
Melayari hidup sendirian
Dalam mengejar impian
Moga tertakdir rahmat di tuhan

Ku kan tetap bersama menuju impian di cita
Kepuncak kegemilangan yang tiada tara
Saat waktu kitakan pasti bersua akhirnya
Kita kan tetap bersama dalam mengejar cita


Duhai Sahabat,

ingin ku nyatakan disini,

walaupun lautan luas membahagikan kita,

walau gunung yang memuncak mengasingkan kita,

sesungguhnya aku tetap disini,

aku tetap sahabatmu yang dulu,

mungkin banyak yang telah berubah,

tetapi selagi kau akui aku sahabatmu,

maka akulah sahabat mu.


Duhai Sahabat,

dimana pun anda berada,

apapun jua anda lakukan,

dulu,kini,

dan selamanya,

engkau lah sahabat ku.


p/s:dedikasi buat semua sahabat yang jauh merantau membawa diri menuju cita yg diimpibuat saudara Allahyarham Ammar Zulkifli yang meninggal dunia pada 11 Jun di mesir

Read more...

Saturday, May 30, 2009

Hayya 'Ala Solah...

wahai rakan2, mari lah kita sama2 hayati hadith ini...



tetapi hari ini kita sibuk dgn hal2 dunia.hingga leka,lupa dan alpa..
tidk salah jika ingn sibuk dgn hal2 dunia.mahupun berhibur di dunia.tetapi jgn lah kita lupa kita diturunkn didunia ini ada tugasan nya.jadilah seperti mana video clip ini...



tidak kira apa yg kita lakukan.pasti kan solat jgn di lupa kan...



solatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
waAllahu 'alam... =D

Read more...

Wednesday, October 8, 2008

Tercemarnya hari yang mulia...

Hari raya hari yang mulia. semua umat islam bergembira.ziarah menziarahi, berjabat mesra bermaaf maafan, sudah menjadi amalan dan adat budaya kamu melayu. tidak kurang juga adat memberi duit raya kepada anak2 menjadi satu tradisi yang membangkitkan lagi suasana kegembiraan.dan sememangnya menjadi satu sunnah Rasullullah untuk bergembira di hari lebaran ini..
~~kubur pahlawan tanah melayu ditanah perkuburan islam Johor Bharu~~

menyebut tentang adat dan budaya ingin sekali aku menyebut permasalahah yang timbul antara adat dan syariah islam.pada aidilfitri,salah satu adat umat melayu adalah ziarah kubur.ziarah kubur ini dibenarkan di dalam islam. Aku juga turut menziarah kubur nenek ku pada 1syawal itu. Menzirahi kubur ini adalah sunnah Nabi saw. Cuma, Nabi saw tidak pernah menzirahi kubur pada hari2 tertentu.Malahan nabi pernah menziarahi kubur pada waktu malam seperti hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a.

“Bahawasanya Nabi s.a.w. pernah keluar ke Baqi’ (tempat pemakaman kaum Muslimin), lalu baginda mendoakan mereka.” Kemudian ‘Aisyah bertanya tentang hal itu, baginda menjawab: “Sesungguhnya aku diperintah untuk mendoakan mereka.” – Hadis riwayat Imam Ahmad



::: Bid'ah :::

Jadi, tiada salahnya kita meziarahi kubur nenek moyang kita asalkan tujuannya TIDAK MELANGGAR SYARIAT ISLAM. mengapakah aku menekankan sebegitu rupa?tentu ada sebabnya.tajuk post ku kali ini menyebut tentang 'bid'ah'.adakah anda tahu apa itu bid'ah?


~~'kemeriahan' ditanah perkuburan~~

Dari segi bahasa bid'ah itu adala 'benda baru'.atau dari segi syaraknya ia adalah amalan ibadah tidak pernah dilakukan oleh Rasullullah saw. Amaran nabi :-
من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد
“Barang siapa mereka cipta perkara2 (agama) dari kami yang bukan dari kami maka ia tertolak” (HR Imam al-Bukhari)

“Sesiapa yang berbohong ke atas-ku secara sengaja, maka ambillah satu tempat di dalam neraka.” (HR Imam Muslim).

mungkin ada dikalangan pembaca tertanya2 adakah salah jika mahu menziarahi kubur sedangkan Rasullullah juga pernah melakukannya. Sudah tentu jawapannya tidak salah. Seperti yang ku nyatakan tadi ziarah kubur tiada salahnya. Ia dibenarkan di sisi syarak. Tetapi yang ingin ku nyatakan di sini adalah amalan2 kita ketika menziarahi kubur itu. Tentu anda terkejut dengan kenyataan saya itu.jangan risau. Mari kita selidik dalil2 dan nas2 nya.


::: Ziarah Kubur Pada Hari Raya :::
ada pendapat mengatakan meziarahi kubur pada aidilfitri juga merupakan suatu kesalahan.kerana Rasullullah saw tidak pernah mengadakan hari yang tetap untuk menziarahi.Rasullullah akan menziarah apabila baginda mahu tanpa mengira masa tertentu seperti hari aidilfitri. itu menurut sunnah yang sebenarnya.jadi, janganlah kita menetapkan mana2 hari yang menjadi kemetian untuk melawat kubur walaupun hari raya.tetapi andainya itu sajalah masa yang kita ada untuk menziarahi kubur ia tidak dilarang.dalam erti kata lain menziarahi kubur pada hari raya adalah bukan sunnah dan tidak digalakkan.




::: Membaca Yasin atau Al-Quran Di Kuburan :::


~~yasin dibacakan tanpa nas yang kukuh~~


Antara amalan kegemaran orang melayu ketika menziarahi kubur yang ternyata melanggar syarak adalah membaca surah yasin. Sesetengah orang mengatakan bahawa membaca yasin dikuburan itu boleh berdasarkan hadith berikut:

“Barang siapa berziarah ke kuburan kedua-dua orang tua atau salah satu di antara mereka pada setiap hari Jumaat dan membacakannya surah Yasin, maka dia akan diampuni dosanya dan dihitung sebagai kebaikan.”

tetapi yang sebenarnya hadith ini adalah hadith yang tidak sahih.Al-haitham di dalam majma' al-zawaid mengatakan hadith ini lemaah (jld 3, m.s 87, Dar al-Fikr, Beirut). Al-Albani mengatakan hadith ini palsu di dalam al-silsilah al-dhoiefa,(jld 1, m.s. 126 maktabah al-maarif al-riyadh).

Jadi,apakah benar ada kelebihan membaca surah yasin di kubur?jika dilihat kepada hadith2 yang sahih dari Nabi saw kita akan dapati keadaan sebaliknya. sebagai cotoh hadith yang diriwayatkan oleh imam muslim di dalam sahihnya, Nabi saw bersabda :


“Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, maka sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.”

(HR Muslim dan al-Tirmizi daripada hadith Abu Hurairah)

Berdasarkan hadith ini, ia menunujukkan tanah perkuburan bukanlah tempat membaca al-Quran. ini kerana nabi saw telah menyamakan rumah yang tidak dibaca al-quran di dalamnya dengan tanh perkuburan.ini sekaligus memberi isyarat tanah perkuburan itu bukan tempat untuk membaca al-Quran. hadith sahih yang diriwayatkan oleh imam muslimini jelas bertentangan maksudnya denagan hadith yang tidak diketahui darjatnya di atas.

Orang ramai berkata al-quran di baca untuk di sedeqahkan kepada simati.tetapi Imam al-Nawawi r.h pula di dalam Syarah Muslim (jilid 1, ms. 90) telah berkata:

Adapun bacaan al-Qur’an (yang pahalanya dikirimkan kepada simati) maka yang masyhur di dalam mazhab Syafi’i tidak dapat sampai kepada si mati yang dikirim…Sedang dalilnya bagi Imam al-Syafi’i dan pengikut-pengikutnya ialah firman Allah:

“bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.”

Dan Sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi.

oleh itu berdasarakn hadith yang telah di kemukakan bahawa kawasan perkuburan bukanlah tempat untuk membaca al-Qur’an sebagaimana di rumah. Menerusi hadis ini juga kita dapat fahami bahawa dilarang menjadikan rumah seperti kuburan yang tidak dibaca al-Qur’an. Jumhur ulamak salaf seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi’i, Imam Ahmad dan imam-imam yang lain melarang membaca al-Qur’an di perkuburan.



::: Menabur bunga di atas kubur :::

~~sebuah keluarga sedang menyiram air dan menabur bunga mawar~~

~~gerai menjual bunga dan air dikawasan perkuburan untuk kemudahan penziarah kubur~~


Dalam hal ini terdapat Khilaf fiqhi (terdapat pelbagai pendapat Imam). Aliran Salafiyya spt Syaikh alUthaymeen (Fatawa alUthaymeen), almarhum Syaykh Ben Baz (Lajnah Daimah), Syaikh Albani (fatawa Medinah & Ahkam alJanaiz # 123) berpendirian keras dgn menegahnya atas alasan bid’ah dan diciplak dari amalan Yahudi-Kristian. Pendapat ini disandarkan kepada alKattabi (Ma’alim asSunnan 1/27) dan Syaikh Ahmed Syakir (syarah sunan atTermidzi 1/103). Syaikh Syakir berpendapat amalan menabur bunga dan meletak kalungan bunga ini diambil dari amalan masyarakat Kristian Koptic di Mesir.


Adapun Lajnah Fatwa alAzhar (pengerusi: Syaikh Atiyah Saqr) berpendapat setelah ditimbang dari dua pendapat yg harus dan haram, dimenangkan pendapat yg mengharuskan kerana terdapat asal dari asSunnah di mana biasa Nabi
saw meletak pelapah tamar dan ranting yg masih hidup di atas pusara (Hadith Bukhari-Muslim). Jika bebunga hidup digunakan mengganti pelepah tamar dan ranting kayu, maka disitulah keharusannya. Tetapi jika karangan bunga itu dari jenis yg mahal atau menyerupai acara kaum bukan Islam, maka ia ditegah.

Sebelum saya akhiri saya ingin menyeru pada seluruh umat islam agar kita kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah.dan sunnah2 yang diambil mestilah yang sahih dan boleh diterima semuanya.kebanyakan dari kita pada hari ini hanya mengikut sahaja perbuatan nenek moyang kita tanpa bertanya asal usul sesuatu amalan itu. janganlah kita menjadi pentaqlid buta yang hanya menerima ilmu tanpa mengenal pasti kesahihannya.

Jadi,bagaimana pandangan anda tentang perkara ini?masih berpegang pada sesuatu yang sesat?
Sesungguhnya setiap yang baru itu bida'h,dan setiap bida'h itu sesat dan setiap yang sesat itu tempatnya di neraka.tepuk dada tanya iman sendiri..WaAllahu A'lam..


rujukan:
http://soaljawab.wordpress.com

Read more...

Sunday, June 22, 2008

Indahnya...

Sesungguhnya kawan,rakan dan teman yang sebenar disisi ALLAH amat sukar di cari...


dan sesungguhnya ukhwah itu amat unik dan istimewa...





Mari lah teman kita menyemai rasa kasih dan sayang sesama kita.Sesunguhnya setiap muslim adalah bersaudara...





Oleh itu mari lah kita membina UKHWAH ISLAMIYAH sesama kita...

indahnya ukhwah...(^_^)

Read more...

Tuesday, June 3, 2008

Nakba 60 (1948-2008)

1948 dikenali sebagai tahun perang Arab-Israel




Perang Arab-Israel 1948, dikenali juga sebagai Perang Kemerdekaan Israel, adalah merupakan perang yang pertama di dalam satu siri peperangan antara negara Israel dan negara jiran Arabnya dalam konflik Arab-Israel. Bagi orang Yahudi Israel, peperangan ini menandakan kejayaan penubuhan negara Israel, tetapi bagi orang-orang Arab Palestin, ia menandakan permulaan bagi peristiwa-peristiwa yang dirujuk daripada bahasa Arab sebagai 'Al-Nakba' yang bermaksud 'malapetaka', perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pengusiran keluar beratus-ratus ribu penduduk Palestin tempatan dari negara Israel yang baru dibentuk, dan kemudiannya pelarangan pihak Israel kembali ke kampung halaman mereka.Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan memisahkan tanah Palestin kepada negara Yahudi dan negara Arab, satu rancangan yang ditolak oleh masyarakat Arab.Mandat British terhadap Palestin sepatutnya berakhir pada 15 Mei 1948, tetapi kepemimpinan Yahudi, diketuai oleh bakal Perdana Menteri David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei.Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain.Pada akhir Mei 1948, 6000 tentera Syria, 4500 Iraq, 6000 Transjordan, 1000 Lubnan dan 5000 Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir.Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmaqdis Barat.Dalam perjanjian gencatan senjata, Semenanjung Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah mandat British terhadap Palestin dahulu yang lain menjadi Israel


Read more...

Wednesday, April 23, 2008

kecantikan tanpa biaya

Khassun ila hadhrathi akhowat fillah,
As alukum billah...


1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan
pandangan) sebagai celak bagi kedua
belah alis mata kalian. InsyaALLAH,
pandangan visual kalian akan menjadi
makin jernih dan bening.


2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan
kebenaran (al haq) pada....
ulasan bibir delima kalian. InsyaALLAH,
ukiran senyuman kalian akan bertambah
manis dan dihargai ramai.




3) Bedakkanlah raut wajah kalian dengan
kosmetik yang berasaskan malu dan
keadaban. InsyaALLAH, kesederhanaan
lahiriah yang kalian biaskan itu akan
menyejukkan mata yang memandang.



4) Lumurkanlah sabun istighfar ke
sepelusuk anggota badan kalian.
InsyaALLAH, ia bisa mengikis daki
kotoran dosa dan kesalahan yang telah
kalian lakukan.



5) Rawatkanlah rambut kalian dengan
hijab ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan
menyelimuti azaraul jasad sang hawa
daripada menjadi mangsa kerakusan insan
yang terlepas daripada tambatan keimanannya.



6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan
kalian dengan gelang sedekah dan
jari-jemari kalian dengan cincin
ukhuwwah Islamiyyah. InsyaALLAH, kelak
kalian akan temui warga Sholihin yang
nilaiannya melangkaui segunung emas permata.



7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan
suara kalian dengan tilawatul Qur’an dan
zikrullah. InsyaALLAH, berkat
kekhusyu’kan dan penghayatan, hulwatul
Iman akan dikecapi ruh kalian
sebagaimana lidah merasakan kemanisan
makanan.



8) Luruskanlah postur tubuh badan kalian
dengan ketulusan dalam menunaikan solat
dan peng‘ibadatan kepada Yang ESA.
InsyaALLAH, takkan DIA persia-siakan
keikhtilasan atau keikhlasan atau
keistiqomahan kalian dalam mencari
keredhoan-NYA.



Wa akhiran..



9) Hembuskanlah nafas ta’abud wa
taqarrub ila ALLAH S.W.T. ke dalam ruh
dan sanubari kalian. InsyaALLAH, selama
itu takkan kalian rasai ketandusan kasih
sayang mahupun kegelisahan dalam kehidupan.



Wallahu’alam bishowab.

Read more...

7 ayat-ayat cinta



Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahmannirrahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah:
jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquataillahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillahi wa inna ilaihiraji'un:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Read more...